Falsafah Ilmu

Episod kali ini teman ingin mengajak pengunjung blog ini kesatu subjek baru yang teman pelajari di muhadaroh atau kelas bersama pensyarah di Universiti Al-Azhar.. 'Falsafah Ilmu'..

Dalam kajian Falsafah Ilmu ini aspek Epistemologi (sumber ilmu) merupakan persoalan yang sangat utama.Malah sesetengah sarjana mentakrifkan yang epistemologi itulah yang merupakan falsafah ilmu atau lebih terkenal dengan nama Theory of Knowledge (Nazriyatul Ma'rifah) iaitulah "teori pengetahuan".Sebenarnya Istilah epistemologi berasal dari perkataan Yunani "episteme" yang bererti pengetahuan.Ada dua persoalan utama dalam epistemologi iaitu sumber ilmu pengetahuan dan kebenaran atau hakikat ilmu pengetahuan itu sendiri.

Timbul satu persoalan apakah kebenaran dalam mencapai hakikat pengetahuan ini? Sebenarnya epistemologi bermaksud membahaskan tabi'at untuk mencapai makrifat hingga mampu membantu ketahap mengetahui hakikat kewujudan (ontologi) dan nilai ilmu (aksiologi).Epistemologi ini juga membahaskan tentang kaedah-kaeda
h dan perkembangan serta sumber pengetahuan melalui penggunaan akal dan pancaindera.

Pertama sekali mengenai masalah sumber ilmu pengetahuan ini.Antara yang terpenting ialah sumber rasionalisme yang menekankan kepercayaan kepada kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran.Aliran ini menekankan bahawa manusia mempunyai kekuatan sendiri untuk mengetahui dengan pasti tentang berbagai-bagai perkara.Yakni ianya bersifat fitrah dimana idea tentang kebenaran dikatakan sudah ada dalam diri setiap orang tanpa perlu mencarinya melalui pengalaman dan pengamatan terlebih dahulu.Dalam erti kata yang lain rasionalisme ialah kepercayaan bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk mengetahui sesuatu.Bahkan rasinalisme berpendirian bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah kita dapat memperolehi pengetahuan malah paling benar.Nak diceritakan begitu pentingnya sumber hingga seseorang yang cacat pancainderanya pun masih boleh mendapat pengetahuan melalui renungan akal dan matahatinya.

Yang kedua kaedah yang mementingkan pengalaman pancaindera atau deria sebagai sumber pengetahuan.Ia juga disebut sumber empirisisme (al-hissi wat tajribi) Secara ringkasnya beberapa contoh aliran yang menjadikan impirisisme ini sebagai satu kaedah dan ikutan diera kemuncaknya falsafah khususnya dibarat.Antaranya seperti eksistensialisme (wujudiyah) materialisme (
maddiyah),positivisme (wad'iyyah).Hampir kesemua aliran ini menganggap bahawa manusia dilahirkan dengan selembar akal yang kosong yang baru dicorakkan oleh pengalaman indera kemudianya.Positivisme yang diasaskan oleh Augustus comte (gambar) mendukung teori tiga proses sejarah manusia yang bermula dengan tahap teologi diikuti tahap metafizik dan akhirnya tahap positif.Pada tahap positif inilah membawa kepada keingkaran manusia terhadap metafizik dengan erti kata yang lain manusia tidak lagi memerlukan kepada agama sebaliknya lebih meyakini ilmu pengetahuan yang berasaskan pengalaman positif iaitu melalui pancaindera
semata.

Baiklah rasanye cukup sekadar itu...sambungan akan datang teman akan cuba membuka rahsia penyelewengan ilmu dan kelemahan aliran empirisme dan rasionalisme serta pandangan islam terhadap manhaj atau kaedah ilmu yang sebenar.

0 comments: