Ya Ibni ( Wahai anakku)


Ya ibni
Lahirmu kedunia hanyalah satu pinjaman
Yang dimas'ulkan kepada orang tuamu
memenuhi tuntutan kalimah tauhid
Tidaklah aku perlu mencukupkan kamu
sedangkan kamu telahpun dicukupkan
Kelak kamu akan dewasa
mengenali dunia sebelum kealam fana
merentasi gelombang keasyikan dunia
semenjak engkau lahir kedunia
engkau telah berundur daripadanya dan menuju keakhirat
Perkampungan akhirat yang ditujui itu
adalah lebih hampir daripada perkampungan
yang telah engkau tinggalkan

Ya ibni
Akan datang kepada manusia nanti
suatu zaman yang tidak tenang mata orang alim..
dikala manusia berbangga
dengan pertuturan mereka yang indah
maka senangilah hatimu
dengan keindahan diammu
berwasapadalah daripada berdusta
dan berakhlak buruk
sesungguhnya orang berbohong akan hilang air mukanya
dan siapa yang buruk amalannya
maka banyak berdukacita
kasihilah temanmu dan teman bapamu
jangan pula kamu ghairah
untuk mengasihi orang jahil
kerana dia akan menganggap
kamu redha dengan amalannya
janganlah memandang remeh
kemarahan orang yang bijaksana
kerana kemarahan itu
menyebabkan ia berberat hati terhadapmu

Ya ibni
Setiap amalan tidak dapat dilakukan
melainkan dengan keyakinan
sesiapa yang lemah keyakinannya
maka lemahlah amalannya.
Apabila syaitan cuba datangkan keraguan
maka kalahkanlah ia dengan keyakinan dan nasihat
Apabila syaitan cuba datangkan rasa jemu dan malas
maka kalahkan ia dengan mengingati kubur dan kiamat
Apabila syaitan cuba datangkan sifat tamak dan gementar
maka beritahunya bahawa
dunia akan dipisahkan dan ditinggalkan
Sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam
ramai manusia yang tenggelam di dalamnya.
Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu,
iman sebagai penumpang
tawakkal sebagai layar,
semoga akan memperolehi kejayaan




Read More...

Sekadar peringatan...

Teka-teki Imam Ghazali.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Read More...

UBAT PENAT

Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan dari membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik t awan an perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w . ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Read More...

Terminologi Falsafah Rentas Zaman

Dari perspektif terminologi, falsafah mempunyai beragam makna. Keadaan ini sudah tentunya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Ini termasuklah perkembangan falsafah, rumusan tersendiri oleh para failasuf serta gambaran yang mewakili objek yang berbeza-beza.

Zaman Yunani, sebagai tapak bermuaranya falsafah ada menyimpan khazanah tentang makna-makna falsafah. Upamanya Sokrates sendiri - yang lebih kita kenali sebagai bapa falsafah Yunani - menyifatkan falsafah sebagai kajian alam tabii secara teori bagi mengenali serta memahami diri kita sendiri. Manakala Plato yang terkenal dengan karya monumentalnya tentang asas demokrasi Republic menyifatkan falsafah sebagai kajian pengetahuan untuk mencapai kebenaran yang abadi dan azali. Dan, makna yang persis turut diungkapkan oleh muridnya Aristotles.

Dalam sejarah Islam, terminologi falsafah jadi lebih menarik sehinggakan ia dalam tempoh yang beberapa kurun hagemoni ilmu Islam pernah menguasai pentas intelektual tamadun dunia, atau lebih tepat lagi sebelum kejatuhan dinasti Abbasiyyah. Al-Kindi (796-873) contohnya telah mengkategorikan falsafah kepada tiga cabang iaitu sains fizik (tahap terendah), sains matematik (tahap pertengahan) dan sains tawhid (tahap tertinggi). Bagi Al-Kindi lagi, falsafah merupakan ilmu yang termulia yang harus dimanfaatkan oleh mereka yang berakal.

Manakala Al-Farabi (870-950) yang kita ketahui telah mempopularkan istilah madani melalui kitabnya yang sering disebut hingga kini, Ara`Ahl al-Madinah al-Fadilah menyimpulkan falsafah dalam dua bentuk; teori (yang merangkumi ilmu fizik, matematik dan metafizik) dan amali (yang merangkumi ilmu etika atau akhlak). Bagi Al-Farabi lagi, falsafah merupakan ilmu pengetahuan yang menceritakan alam semesta ini pada hakikat yang sebenarnya. Manakala Ikhwan al-Safa (927-975) – suatu nama asing dalam dunia barat sebelum diperkenalkan oleh Sayyed Hossein Nasr - seolah-olah melanjutkan definasi Al-Farabi dengan merumuskan aktiviti falsafah sebagai mereka yang mencintai ilmu, mengetahui hakikat wujud serta membina teori serta amal agar selari dengan kehidupan dunia dan akhirat.

Namun, klimaks pertembungan dua kutub pandangan terhadap falsafah dapat dicermati melalui gagasan dua tokoh yang berbeza waktu hidup; Al-Ghazzali (1059-1111) vis a vis Ibn Rushd (1126-1198). Ketika ini, aktiviti-aktiviti falsafah mula berada di ambang mehnah. Kegetiran ini dapat diperhatikan menerusi wacana hangat dalam Tahafut Al-Falasifah (oleh Al-Ghazzali) dengan tandingannya Tahafut al-Tahafut (oleh Ibn Rushd). Detik ini, melalui penafsiran Al-Ghazzali, falsafah telah dikonotasikan dengan usaha untuk meletakkan wahyu (Al-Qur’an) di bawah telunjuk akal, sesuatu yang dianggap meremehkan ajaran agama.

Dan, pendapat ini dinafikan oleh Ibn Rushd dengan menyatakan bahawa falsafah sesekali tidak bermaksud untuk mengatasi agama, apalagi menentangnya. Pada Ibn Rushd, falsafah adalah jalan untuk taqarrub pada sang Khaliq melalui bacaan-bacaan terhadap alam ciptaannya. Kita maklum, melalui gagasan pemikiran Ibn Rushd-lah yang banyak merangsang era Aufklami (meminjam istilah Shaharir Mohamad Zain) barat sehingga ia dikatakan wujud galuran pemikiran antara Ibn Rushd hingga Immanuel Kant.

Dalam dunia Islam juga, melalui Mullah Shadra, beliau telah memperkenalkan suatu sistem falsafah baru dengan kepintarannya mensintesiskan elemen-elemen yang sesuai dalam peripatetik, iluminasisme dan metafizik. Dan, akhirnya gagasan cemerlang beliau ini tersohor sebagai hikmat muta’aliyyah (atau theosophy transcendent). Kegetiran pertembungan antara dua kutub dalam dunia Islam tidak berakhir begitu sahaja, malah tempiasnya melimpah ke dunia barat. Ketika mana dunia Islam mula meminggirkan wacana falsafah sebagai suatu tradisi keilmuan, barat mula mengambil alih peranan. Penguasaan intelektual silih berganti.

Zaman Pertengahan Eropah (1100-1300), Thomas Aquinas (1225-1274) ahli falsafah Kristian mula memaknai falsafah sebagai fakta yang diperolehi dari prinsip umum, manakala falsafah adalah ilmu materialis yang mutlak hasil dari taakulan alam. Waktu ini, falsafah di barat masih jernih terhadap agama, hinggakan filosof mereka turut dikenali sebagai skolastik. Nah, masuknya zaman renaisans, bermulalah satu babak baru terhadap terminologi falsafah di barat lantaran kekangan kuasa agama (gereja) yang melampau terhadap negara.

Bertitik tolak dari sini, terminologi falsafah dari kacamata barat mula mempersoalkan peranan agama. Hal ini dapat diteliti menerusi idea Machiavelli (1469-1527) yang mengagaskan sekularisasi negara. Manakala Bruno (1548-1604) telah di jatuhkan hukuman bakar hidup-hidup oleh gereja mempercayai Panteisme serta menaruh syak wasangka terhadap matlamat Tuhan menjadikan manusia di muka bumi.

Kemudian, nafas baru falsafah disuntik oleh Rene Descates (latin: Renatus Cartesius) yang disifatkan sebagai bapa falsafah moden ekoran gagasannya yang memisahkan jirim dalam sisi-sisi pandang kita. Cogito ergo sum (saya berfikir, bererti saya ada) merupakan jargonnya yang sangat mashyur sekali. Dalam zaman renainsans ini, tampilnya juga Spinoza (1632-1677) yang membentuk pemikiran berasaskan kepada kepercayaannya bahawa bahan itu bukan minda dan juga bukan jirim.

Selain daripada itu, bagi beliau, tafakur rasional pada Tuhan untuk memahami alam tabii merupakan format agama yang paling mulia harakatnya. Sebenarnya di sini beliau telah menjelaskan tentang apa itu falsafah menurut perspektifnya. Bila berbicara tentang Spinoza, ia barangkali mengingatkan kita pada untaian perhargaan Betrand Russell sebagai “the noblest and most lovable of the great philosopher”.

Dari pengalaman barat juga, kita tentu maklum bahawa Micheal Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History telah meletakkan Isaac Newton (1642-1727) sebagai tokoh kedua yang berpengaruh selepas Nabi Muhammad SAW, pendiri agama Islam.

Apa signifikannya tulisan Hart ini? Secara sepintas, ia mengambarkan kepada kita bahawa selain agama, sains turut berpengaruh dalam mencorak pemikiran dunia. Nah, Newton upamanya mengkaji alam tabii menerusi kalkulus ciptaannya dan memperkuatkan lagi keyakinan bahawa selepas Tuhan menciptakan alam, ia membiarkan alam ini terurus secara mekanikal.

Bagi beliau lagi, inilah adalah sebahagian daripada aktiviti yang dinamakan falsafah. Terminologi falasafah beliau disanggah oleh puak-puak gereja kerana ia telah mencabar fahaman umum bahawa Tuhanlah yang mengurus segala-galanya – dari awal sampai akhir alam. Tradisi mencabar kuasa dogmatik gereja terus berlangsung. Seterusnya Galileo Galilei - tokoh Itali yang mencipta teleskop yang pertama - pada lebih kurang seabab kemudian dari Newton turut mengungkapkan hal yang persis.

Selepas zaman renainans, Eropah mula menjengah zaman Aufklami. Dalam zaman ini, terdapat seorang ahli falsafah yang agung, Immanuel Kant (1724-1804). Beliau amat diingati kerana telah berjaya mensintesiskan agama, material dan akal dalam satu rumusan – satu kerangka usaha seperti Mullah Shadra tadi. Menurut Kant, falsafah adalah ilmu yang menjawab persoalan. Upamanya beliau menukilkan, apakah yang kita tahu; apakah yang sepatutnya kita lakukan; apakah yang harus kita harapkan.

Persoalan-persoalan beliau ini sebenarnya merujuk kepada teori epistemologi, etika dan hubungan manusia dengan alam tabii. Satu hal lagi yang menarik mengenai Kant ialah ketika mana beliau menyeru agar cara pandang kita terhadap objek diubah.

Maksudnya begini: lazimnya subjek yang memandang objek, dan pada Kant wajar sekali objek-objek pula yang memandang subjek. Idea beliau ini sangat matang dan ia diistilahkan sebagai ‘revolusi Copernicus terhadap subjek’. Barangkali beliau mengingatkan kita tentang bagaimana Copernicus cuba mengubah cara pandang umum terhadap pergerakan alam (bumi). Kemudian Hagel (1770-1831) - yang mana Karl Marx banyak terhutang ilmu dengannya - menegaskan pula fungsi falsafah ialah upaya untuk memahami taakulan realiti kehidupan, memahami proses evolusi material dan menentukan matlamat akhir bagi kehidupan.

Kendatipun begitu, Kierkegaard (1813-1855) memahami falsafah sebagai urusan kehidupan dalaman bagi mencari dan mewujudkan kebenaran. Manakala pengasas mazhab Vienna, Wittgenstein (1889-1951) berpendapat bahawa metafizik bukanlah sebahagian daripada bidang falsafah. Sebaliknya Bertrand Russell (1872-1970) cuba mengambil sikap yang lebih serdahana dengan menganggap falsafah berada di antara sains dan teologi.

Selain daripada itu Jean-Paul Sartre yang popular dengan falsafah exstansialisme pula membahaskan falsafah dari dimensi yang mirip dalam aliran Kierkegaard iaitu mengajar manusia untuk serius dalam kehidupan serta tidak ada makna berdiri berdepan dengan Tuhan melainkan itu semua adalah kekosongan. Sebab itu, Sartre percaya bahawa manusia sebenarnya telah dihukum untuk hidup bebas.

Manakala Martin Heidegger, filosof kebangsaan Jerman melihat falsafah pula sebagai ikhtiar untuk menemukan kembali keagungan “ada” (sein, being) seperti yang dibangkitkan oleh beliau dalam bukunya yang sangat memikat Sein und Zeit (ada dan waktu). Sebenarnya antara Kierkegaard, Sartre dan Heidegger masing-masing merupakan sosok utama yang berperanan dalam aliran exstansialisme.

Di samping itu, terminologi falasafah yang diguna pakai oleh Michel Foucault juga tidak kurang menariknya. Foucault yang pernah menjadi menganggotai Parti Komunis Perancis telah mengangkat wacana kuasa sebagai tema dutama alam falsafah ilmunya. Bagi beliau, ilmu adalah produk dari kuasa. Lebih mudah lagi, tidak ada ilmu tanpa kuasa. Sesuai dengan gaya pemikirannya yang post-modernisme, beliau berseberangan pendapat dengan Juergen Habermas dalam menafsir posisi akal.

Habermas, intelektual Jerman (masih hidup!) yang akrab dengan slogan public sphere

Demikian sorotan ringkas terminologi dan penerokaan yang mengisahkan falsafah dalam definatif masing-masing; menurut perkembangan, penafsir (filosof) dan cara mereka menceritakan objek yang berbeza-beza.
mengutarakan akal sebagai wahana utama falsafah. Sebaliknya Foucault melihat akal sebagai salah satu bentuk hagemoni ke atas manusia. Kehangatan diskusi antara Foucault dengan Habermas ini pernah cuba didebatkan secara terbuka di Amerika Syarikat antara keduanya, namun sayang sekali, Foucault telah pergi dulu (buat selama-lamanya) sebelum sempat hasrat ini direalisasikan.



http://selak.blogspot.com

Read More...

Amalku Cita-Citaku…Tujuanku Harapanku…

Bismillah walhamdulillah…

Nun…demi kalam dan demi apa yang dituliskan…

Amalku cita-citaku…tujuanku harapanku…

Walau di mana jua,sampai bila masa…

Itulah lakaran di laman fikiranku, malam yang kian sirna…

Merayap-rayap di kaki fajar…

musim sedang berbunga…

Namun ku masih leka…berselimut kaku berdengkur…

Pada titian usia yang kian merapuh…di bibir mega ku berbisik…

Basuhlah mata, hidupkan wajah…

Pada lembaran al-Furqan ku lafazkan…

Pada tinta-tinta pena yang kian mengalir…

Lantaran tinta ulama’ akan dibalas dengan darah syuhada’…

Tali perjuangan ini akan tetap berpilin…

Mengayam utuh rentak kehidupan, memberi makna lakaran perjalanan…

Lantaran hidup bukan sekadar kebetulan…

Aku akur akan suratan…

sebuah ketentuan yang pasti…

Andaikata bumi ini dilanda sumpah tujuh keturunan…

Takkan ku bermati di tujuh hari…

Membiarkan rebut taufan melanggar…

Dibelah pasir membakar jasad hitam…

Akan ku sapu mendung yang menghitam di mukaku…

Aku anyam rantai azam kekuatan…

Melawan ombak-ombak ganas yang menerpa ke mukaku…

Akanku berdiri menjadi bentengnya…

Angkatan sebuah kepastian pasti akan berkunjung…

Lentera ini takkan padam…

Pada hari ini…bukan hari semalam…

Bukan jua detik yang tak pasti datang…

Paduan genggam bara semangat…membakar rentung jasad resesif…

Membangkitkan aku berdiri gagah…

Lantaran …izinkan lentur temali dura…

Yang bercangkaliwang di dadaku saban kala…

Kanku kafan dengan kain putih, biar lena bersemadi…

Akanku tancap nisan sebuah kenangan usang…

Dan relakan bangkitku menebus maruah!

Tapi….andaikata aku gugur…

Biarkan tumbuh benih pejuang, jangan aku mati hina berlutut…

Meninggalkan sepi anak-anak bangsa…

Dengan tangan kosong retorik semata-mata…

Aku bukan insan yang bertempik sorak di gelanggang…

Bukan mulia disambut hamparan merah…

Kerana aku dilahirkan untuk mentafsir…

Makna seorang aku…

Aku seorang hamba kepada Pencipta…

Aku seorang anak….

Aku seorang pelajar…

Aku…. “Islamic student”…

Mentafsir erti sebuah cita-cita…

Dan melihat gemerlapan sinar Tuhan di seluruh pelusuk alam…

Waallahu subhaanahuu wataala a'lam..

Read More...

Kostum (away) terbaru bakal diperkenalkan oleh bintang-bintang Chelsea, seperti John Terry, Michael Ballack, Petr Cech, Didier Drogba, Joe Cole, Ashley Cole dan Arjen Robben pada 14 Juni.

Menurut satu sumber di chelseafa.com
the Blues akan mengenakan kostum terbarunya ini pada pertandingan pre-season melawan klub Korea Selatan, Suwon Blue-Wings di Los Angeles, 17 Julai 2007.

beli..beli...jangan tak beli.....

Read More...

Logical Positivisme


Sekilas Perkembangan Positivisme

Secara umum boleh dikatakan bahwa akar sejarah pemikiran positivisme dapat dikembalikan kepada masa Hume (1711-1776) dan Kant (1724-1804). Hume berpendapat bahwa permasalahan-permasalahan ilmiah haruslah diuji melalui percobaan. Sementara Kant adalah orang melaksanakan pendapat Hume ini dengan menyusun Critique of pure reason (Kritik terhadap pikiran murni). Selain itu Kant juga membuat batasan-batasan wilayah pengetahuan manusia dan aturan-aturan untuk menghukumi pengetahuan tersebut dengan menjadikan pengalaman sebagai porosnya.

Pada paruh kedua a
bad XIX muncullah Auguste Comte (1798-1857), seorang filsuf sosial berkebangsaan Perancis, yang banyak mengikuti warisan pemikiran Hume dan Kant. Melalui tulisan dan pemikirannya, Comte bermaksud memberi peringatan kepada para ilmuwan akan perkembangan penting yang terjadi pada perjalanan ilmu ketika pemikiran manusia beralih dari fase teologis, menuju fase metafisis, dan terakhir fase positif. Pada fase teologis diyakini adanya kuasa-kuasa adikodrati yang mengatur semua gerak dan fungsi yang mengatur alam ini. Zaman ini dibagi menjadi tiga periode: animisme, politeisme dan monoteisme. Selanjutnya pada zaman metafisis kuasa adikodrati tersebut telah digantikan oleh konsep-konsep abstrak, seperti ‘kodrat’ dan ‘penyebab’. Dan akhirnya pada masa positif manusia telah membatasi diri pada fakta yang tersaji dan menetapkan hubungan antar fakta tersebut atas dasar observasi dan kemampuan rasio.

Semasa dengan Comte ini muncul pula John Stuart Mill (1803-1873)—filsuf logika berkebangsaan Inggris—dan Herbert Spencer (1820-1903) yang dianggap sebagai tokoh penting positivisme pada pertengahan kedua abad XIX dan dalam waktu yang bersamaan dianggap sebagai tokoh positivisme terakhir untuk periode pertama (periode Comte-Mill-Spencer).

Periode kedua dari perkembangan positivisme banyak diwarnai oleh pemikiran dan pendapat filsuf Austria, Ernst Mach (1838-1916), yang dikenal sebagai tokoh Empiriokritizimus atau kadang disebut juga dengan Machisme. Selain Mach dikenal pula Avenarius, Person dan Henri Poincare.

Pada tahun 1922 Morits Schlick—waktu itu professor ilmu-ilmu induktif di Universitas Vienna—mendirikan sebuah perkumpulan yang dikenal sebagai Vienna Circle (Halaqah Vienna). Perkumpulan yang dianggap sebagai penerus Machisme ini diikuti oleh banyak ilmuwan matematika dan fisika, antara lain: Waismann, Neurach, H. Feigl, F. Kaufmann dan Carnap. Kajian-kajian yang diadakan oleh perkumpulan ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran-pemikiran Wittgenstein, terutama melalui bukunya yang terkenal, Tractatus Logico-Philosophicus yang terbit pertama kali pada tahun 1922 dalam bahasa Jerman.

Pada masa Vienna Circle inilah positivisme menemukan bentuknya yang matang. Dan pada masa ini pulalah—tepatnya tahun 1931—untuk pertama kali nama positivisme pertama kali dipakai oleh H. Feigl. Selain positivisme sebenarnya dikenal pula dua nama lain yang digunakan untuk menyebut sekumpulan pemikiran yang dikenal dalam kalangan Vienna Circle ini, yaitu Empiricism dan Logical Empiricism, yang kesemuanya mempunyai inti yang sama yaitu penolakan terhadap metafisika dengan alasan bahwa permasalahan yang dibahas dalam metafisika adalah permasalahan yang berada di luar batas pengalaman manusia sehingga tidak dapat dibuktikan kebenarannya secara empiris.

Positivisme dan Asas Verifikasi (Mabda’ Al-Tahqîq)

Schlick dianggap sebagai orang yang pertama kali mengenalkan asas ini—dalam kalangan Vienna Circle—setelah melakukan diskusi yang panjang dengan Wittgenstein. Secara implisit dalam Tractatus Wittgenstein telah menyatakan penerimaannya terhadap asas verifikasi. Hal inilah yang membuat para pengikut positivisme berpendapat bahwa suatu proposisi (al-qadhîyah) dianggap mempunyai arti hanya apabila proposisi tersebut dapat dibuktikan kebenarannya. Ini sangat erat kaitannya dengan Hume yang membagi proposisi ke dalam dua bagian: pertama, proposisi logis dan matematis; dan kedua, proposisi empiris. Hanya dua jenis proposisi inilah yang dianggap memiliki arti. Oleh karena itulah para pengikut positivisme menolak proposisi-proposisi yang ada dalam metafisika, dengan alasan bahwa proposisi-proposisi tersebut tidak dapat digolongkan ke dalam salah satu dari dua jenis proposisi di atas.

Untuk memperjelas kajian kita, berikut ini akan kita uraikan pengertian proposisi, macam-macamnya, dan beberapa hal penting yang berkenaan dengan itu.

Proposisi adalah satuan pemikiran. Dengan istilah lain dapat dikatakan bahwa proposisi adalah batas terkecil dari pembicaraan yang dapat dipahami. Apabila kita membagi-bagi satu kesatuan pemikiran—sebuah makalah misalnya—maka bagian-bagian terkecil dari pemikiran tersebut itulah yang kita namakan sebagai proposisi. Sebenarnya proposisi masih bisa dibagi lagi ke dalam bagian-bagian yang lebih kecil. Hanya saja bagian-bagian tersebut sudah tidak dapat dikatakan sebagai pemikiran lagi.

Bagian terkecil dari pemikiran (proposisi) inilah yang dapat dibuktikan benar atau salahnya. Cara yang digunakan untuk membuktikan bahwa suatu proposisi bernilai benar atau salah sangat tergantung pada jenis proposisinya. Dalam hal ini dikenal dua jenis proposisi, yaitu:

a. Proposisi berita (al-qadhîyah al-ikhbârîyah)

Proposisi berita adalah proposisi yang memberitakan pengetahuan baru bagi kita. Misalnya: “Cahaya berjalan dengan kecepatan 186 ribu mil per detik.” Dalam proposisi ini kita mendapatkan pengetahuan baru, yaitu bahwa cahaya berjalan dengan kecepatan tersebut. Informasi tentang kecepatan cahaya yang dimuat oleh proposisi ini merupakan tambahan dari pengertian cahaya yang sebelumnya sudah kita ketahui. Oleh karena itulah proposisi ini disebut dengan proposisi berita.

Contoh lain dari proposisi jenis ini adalah: “Ahmad Syawqi adalah orang pertama yang menulis drama puitis dalam sastra Arab.” Subyek dari proposisi ini adalah Ahmad Syawqi. Ahmad Syawqi adalah sebuah nama. Dan tidak dengan sendirinya pemilik nama itu adalah orang pertama yang menulis drama puitis dalam sastra Arab. Oleh karena itu, proposisi di atas memberitakan kepada kita sesuatu yang sebelumnya belum kita ketahui.

Cara yang digunakan untuk menghukumi proposisi jenis ini, apakah benar atau salah, adalah dengan kembali pada kenyataan (alam). Sebuah proposisi yang berbunyi: “Gula mencair dalam air”, dapat kita buktikan kebenarannya dengan mengambil sesendok gula dan memasukkannya ke dalam segelas air. Dan karena kenyataan membuktikan bahwa apabila kita memasukkan gula ke dalam air maka dia akan mencair, maka dapat kita simpulkan bahwa proposisi di atas adalah benar. Oleh karena itu, apabila ada proposisi yang berbunyi: “Gula tidak mencair di dalam air”, maka ini adalah proposisi yang salah.

b. Proposisi pengulangan (al-qadhîyah al-tikrârîyah, repetisi)

Yang dimaksud dengan proposisi pengulangan adalah proposisi yang unsur-unsur predikatnya merupakan pengulangan dari unsur-unsur subyeknya. Dengan demikian proposisi jenis ini tidak memberikan pengetahuan baru bagi kita. Misalnya: “Janda adalah perempuan yang pernah menikah.” Proposisi ini tidak memberitakan sesuatu yang baru bagi kita, karena apabila kita ditanya ‘Apakah itu janda?’, kita tidak akan bisa menjawabnya kecuali dengan menyebut sifat yang ada dalam proposisi tersebut, yaitu ‘perempuan yang pernah menikah’. Dengan kata lain lain dapat dijelaskan bahwa subyek dan predikat yang terdapat dalam proposisi pengulangan ini memiliki arti yang sama, hanya saja memiliki susunan kata yang berbeda.

Apabila benar-salahnya proposisi berita ditentukan oleh sesuai-tidaknya proposisi tersebut dengan alam nyata, maka tidak demikian halnya dengan proposisi pengulangan. Nilai kebenaran proposisi pengulangan ditentukan oleh kesesuain definisi antara unsur-unsur penyusun proposisi tersebut. Dan ini sangat tergantung pada kesepakatan kita dalam mendefinisikan suatu kata. Selama kita masih sepakat bahwa janda adalah perempuan yang pernah menikah, maka proposisi di atas adalah benar dan akan salah apabila dikatakan bahwa janda adalah perempuan yang belum menikah, kecuali apabila kita sepakat untuk merubah definisi kata janda.

Seluruh proposisi yang ada ilmu eksakta adalah proposisi berita karena proposisi-proposisi tersebut menggambarkan apa yang terjadi di alam nyata dan sangat erat hubungannya dengan pengalaman. Sedangkan semua proposisi yang ada dalam matematika dan logika adalah proposisi pengulangan karena proposisi-proposisi tersebut hanya merupakan pengulangan susunan kalimat (tahshîl al-hâshil, mengadakan yang sudah ada). Oleh karena itulah, para pengikut positivisme menyatakan bahwa proposisi-proposisi dalam matematika dan logika semuanya bersifat a priori. Namun demikian hal ini tidak lantas menjadikan proposisi-proposisi tersebut keluar dari lingkup pengalaman, tapi justru sebaliknya. Penjelasan dari hal ini adalah bahwa sebenarnya proposisi-proposisi yang ada dalam matematika dan logika itu—dalam bentuk yang sangat abstrak dan umum—menggambarkan hubungan antara satu benda dengan benda yang lain di alam nyata.

Dari uraian di atas dapat disimpulkan bahwa—menurut positivisme—suatu proposisi dianggap mempunyai arti hanya apabila proposisi tersebut dapat dibuktikan benar-salahnya, baik dengan menggunakan verifikasi logis (al-tahaqquq al-manthiqî) maupun verifikasi empiris (al-tahaqquq al-tajrîbî). Sementara proposisi yang tidak mungkin dibuktikan salah-benarnya dengan salah satu dari dua jenis verifikasi ini dianggap tidak mempunyai arti.

Hal ini pada gilirannya sangat mempengaruhi ‘apakah sebenarnya yang benar-benar bisa disebut sebagai ilmu?’ Berdasarkan dua jenis proposisi di atas, positivisme membagi ilmu ke dalam dua bagian. Pertama, ilmu-ilmu formal yang mencakup matematika, logika (dalam arti sempit), dan logika terapan. Dan kedua, ilmu-ilmu aktual yang mencakup ilmu-ilmu eksakta.

Ilmu-ilmu yang menjadikan manusia sebagai obyek bahasannya—seperti psikologi, ilmu ekonomi dan sosiologi—dianggap sebagai cabang dari eksakta dalam pengertian yang luas, karena materi yang dibahas dalam ilmu-ilmu ini adalah sesuatu yang ada di alam nyata dan dapat ditangkap melalui panca indera sebagaimana materi yang dibahas dalam ilmu-ilmu eksakta.

Sedangkan metafisika harus keluar dari lingkaran ilmu. Hal ini disebabkan karena materi yang dibahas dalam metafisika adalah segala sesuatu yang ada di balik alam nyata tapi bukan merupakan bagian dari alam nyata itu. Dan karena manusia tidak dapat menerangkan kecuali sesuatu yang ada di alam nyata, maka proposisi-proposisi yang ada dalam metafisika tidak dapat dikatakan benar atau salah.

Demikian halnya dengan etika dan estetika. Dua yang terakhir disebut ini tidak dapat digolongkan baik ke dalam ilmu-ilmu formal maupun ilmu-ilmu aktual. Alasannya adalah karena keduanya berhubungan erat dengan perasaan. Dan karena setiap orang mempunyai perasaan yang berbeda dengan yang lain, maka proposisi-proposisi yang ada dalam keduanya tidak dapat diuji kebenarannya.



Tugas Filsafat Menurut Aliran Positivisme

Tujuan utama yang ingin dicapai oleh positivisme adalah membebaskan ilmu dari kekangan filsafat (metafisika). Menurut Ernst, ilmu hendaknya dijauhkan dari tafisran-tafsiran metafisis yang merusak obyektifitas. Dengan menjauhkan tafsiran-tafisran metafisis dari ilmu, para ilmuwan hanya akan menjadikan fakta yang dapat ditangkap dengan indera untuk menghukumi segala sesuatu. Hal ini sangat erat kaitannya dengan tugas filsafat. Menurut positivisme, tugas filsafat bukanlah menafsirkan segala sesuatu yang ada di alam. Tugas filsafat adalah memberi penjelasan logis terhadap pemikiran. Oleh karena itu filsafat bukanlah teori. Filsafat adalah aktifitas. Filsafat tidak menghasil proposisi-proposisi filosofis, tapi yang dihasilkan oleh filsafat adalah penjelasan terhadap proposisi-proposisi.

Alasan yang digunakan oleh positivisme dalam membatasi tugas filsafat di atas adalah karena filsafat bukanlah ilmu. Kata filsafat hendaklah diartikan sebagai sesuatu yang lebih tinggi atau lebih rendah dari ilmu-ilmu eksakta. Penjelasan dari hal ini adalah bahwa tugas utama dari ilmu adalah memberi tafsiran terhadap materi yang menjadi obyek ilmu tersebut. Tugas dari ilmu-ilmu eksakta adalah memberi tafsiran terhadap segala sesuatu yang terjadi di alam dan sebab-sebab terjadinya. Sementara tugas ilmu-ilmu sosial adalah memberi tafsiran terhadap segala sesuatu yang terjadi pada manusia, baik sebagai individu maupun masyarakat. Dan karena semua obyek pengetahuan—baik yang berhubungan dengan alam maupun yang berhubungan dengan manusia—sudah ditafsirkan oleh masing-masing ilmu yang berhubungan dengannya, maka tidak ada lagi obyek yang perlu ditafsirkan oleh filsafat. Oleh karena itulah dapat disimpulkan bahwa filsafat bukanlah ilmu.

Satu-satunya tugas yang tersisa bagi filsafat adalah analisa bahasa (tahlîl al-lughah). Tujuan dari analisa ini adalah untuk mencapai kejelasan dan ketelitian, menghindari istilah-istilah dan proposisi-proposisi yang tidak jelas (tidak mempunyai arti) yang banyak didapatkan dalam bahasa (terutama bahasa filsafat), dan untuk memperoleh arti yang detail dari suatu proposisi serta menguji apakah proposisi tersebut sesuai dengan kenyataan atau tidak. Dari penjelasan ini dapat disimpulkan bahwa filsafat tidak menambahkan sesuatu yang baru bagi pengetahuan kita dan tidak pula memberi tafsiran atas apa yang terjadi di sekitar kita, tapi yang dikerjakan oleh filsafat hanyalah sekedar memberi batasan arti istilah-istilah bahasa untuk menghindari kerancuan.

Berkenaan dengan tugas filsafat sebagai aktifitas dalam menganalisa bahasa, berikut akan kita bicarakan hubungan antara bahasa dan logika dengan alam.

Menurut positivisme, alam tidaklah tersusun dari kumpulan benda-benda, melainkan terdiri dari kumpulan kejadian-kejadian (al-waqâ’i‘). Russel berkata: Tidak ada materi, tidak pula akal. Hanya sense-data (al-waqâ’i‘ al-hissîyah al-mufradah)-lah satu-satunya yang bisa dibilang ada. Sementara dalam Tractatus, Wittgenstein menulis:

Alam adalah segala sesuatu yang ada. (1)

Alam adalah kumpulan kejadian-kejadian bukan benda-benda. (1,1)

Kejadian-kejadian yang ada di alam ini dapat dibagi ke dalam dua macam. Pertama, kejadian kompleks (waqî‘ah murakkabah). Kejadian kompleks ini dapat dibagi-bagi lagi menjadi kejadian-kejadian yang lebih kecil. Bagian terkecil dari kejadi yang tidak dapat dibagi lagi disebut dengan kejadian atomik (waqî‘ah dzurrîyah), dan ini adalah jenis kedua. Kejadian-kejadian ini digambarkan oleh bahasa melalui proposisi-proposisi. Proposisi yang menggambarkan kejadian kompleks disebut dengan proposisi kompleks (qadhîyah murakkabah), dan proposisi yang menggambarkan kejadian atomik disebut dengan proposisi atomik (qadhîyah dzurrîyah).

Dari keterangan ini dapat disimpulkan bahwa hubungan antara bahasa dengan alam adalah seperti hubungan antara gambar dan aslinya. Dengan demikian kita dapat membedakan proposisi-proposisi yang mempunyai arti dan proposisi-proposisi yang tidak mempunyai arti. Proposisi yang mempunyai arti adalah proposisi menggambarkan suatu kejadian di alam nyata, meskipun tidak selalu benar. Sementara proposisi yang tidak menggambarkan suatu kejadian di alam nyata—seperti proposisi-proposisi metafisika—tidak bisa dikatakan benar atau salah karena sama sekali tidak mempunyai arti.

Proposisi-proposisi bahasa tak lain adalah gambaran logis dari kejadian-kejadian yang ada di alam. Oleh karena itu, proposisi-proposisi tersebut tidak hanya sekedar menggambarkan benda-benda saja, tapi menggambarkan hubungan antar benda-benda tersebut. Hubungan antar benda-benda dalam kejadian dan hubungan antar nama-nama dalam proposisi disebut dengan structure (bunyah). Kalau kita perhatikan benda-benda yang ada di alam dan hubungan yang terjadi di antara benda-benda tersebut, akan kita dapatkan satu hubungan yang bersifat umum yang disebut dengan The Logical Structure of The World, yang menggambarkan keterkaitan antara logika dan alam, dimana hubungan-hubungan yang terjadi antar benda di alam tak lain adalah hubungan logis. Oleh karena itu dapat disimpulkan bahwa logika itu menyelai alam, dalam arti bahwa batasan-batasan alam dengan sendirinya adalah batasan-batasan logika. Ini berarti bahwa gambaran logis yang dilakukan oleh bahasa tidak boleh melampaui apa yang terjadi di alam.

Berdasarkan apa yang telah diuraikan di atas, para pengikut positivisme menganggap permasalahan-permasalahan yang selama ini dihadapi oleh filsafat sebenarnya bukanlah permasalahan yang sesungguhnya. Semua itu disebabkan oleh salahnya pemahaman terhadap logika bahasa. Filsafat banyak sekali berbicara tentang sesuatu yang tidak mempunyai arti, seperti al-‘aql al-kullî (rasio jeneral) , al-zamân al-wujûdî (masa eksistensial), al-rûh al-muthlaq (ruh absolut) dan lain-lain. Hal ini disebabkan oleh usaha-usaha para filsuf untuk memberi tafsiran terhadap apa yang terjadi di alam secara universal, sehingga mereka terjebak dalam proposisi-proposisi metafisis.

Berangkat dari semua yang kita bicarakan di atas, para pengikut positivisme berpendapat bahwa agar filsafat terbebas dari metafisika, maka tugasnya harus dibatasi sekedar sebagai analisa bahasa. Sedangkan tafsiran terhadap apa yang terjadi di alam dan pada diri manusia diserahkan kepada ilmu-ilmu eksakta (dalam arti yang luas).

Read More...

Rumman (Punica granatum)

Allah S.W.T berfirman dalam Al Quraan tentang “rumman” :

“Kami jadikan kebun-kebun dari anggur,zaitun serta buah rumman (delima) yang bersamaan (rupa dan rasa) dan yang tidak bersamaan..” - surah Al An-am ayat 99

“Sesiapa yang makan “rumman” (delima) Allah akan cahayakan hatinya,” - surah Al An-am ayat 141

2. ‘Adas (Organik lentils)

Allah berfirman dalam Quran tentang ‘adas (sejenis bijirin) dalam Al-Quraan:

“Wahai Musa! Kami tak sabar dengan makanan yang semacam saja, maka pohonlah kepada tuhanmu untuk kami supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi, dari sayurannya, mentimun, bawang putihnya dan kacang ‘adasnya serta bawang merah..’ surah Al Baqarah: 61

Adas ialah makanan bijirin yang terkenal di kalangan orang Arab serta disokong oleh ulamak perubatan Islam untuk kesihatan badan. Antara khasiatnya ialah dapat menguatkan ingatan dan kesihatan otak yang terdapat dalam kitab Islam, Tib-al-Aimmah, muka surat 389 maksudnya :

“Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang mewarisi ingatan ialah makan daging dikawasan tengkok binatang (yang halal), makan yang manis- manis serta ‘adas’, makan roti sejuk dan membaca ayat Qursi.”

3. Za’faran (Crocos sativus)

Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur, menyebut tentang za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina. Saidina Ali k.w. pernah menyatakan tentangnya iaitu :

“Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian, dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir".

4. Zabib (Raisin)

Di dalam kitab Tib al-Nabawi oleh Ibnu Qayyim al-Juzi karangan Dr. Asayyid al-jamili, muka surat 241, Imam Al Zuhri ada berkata:

“Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka dia hendaklah memakan zabib."

5. Qaranful (Eugenia carophyllus)

Ia merupakan tumbuhan kesihatan yang tahan lama jika dikeringkan. Terkenal di dalam perubatan Islam, ia berkhasiat untuk kesihatan badan terutamanya untuk kekuatan ingatan dan kepintaran sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab perubatan Islam, Tib al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir muka surat 389 yang menjelaskan tentang kenyataan Imam Jaafar Al-Sodiq rahimahullah. Imam Jaafar adalah ulama terkenal di Madinah, mempunyai ramai penuntut di antaranya termasuklah Imam Abu Hanifah rahimahullah. Imam Jaafar lahir pada tahun 80 hijrah dan meninggal pada tahun 148 hijrah. Beliau adalah guru kimia kepada ulama kimia yang terkenal iaitu Jabir bin Hayyan dan Ar-Razi rahimahullah. Imam Jaafar pernah menerangkan masalah kekuatan ingatan dan cara menguasai ilmu kepada pertanyaan anak muridnya Abi Basir, sebagaimana dalam satu riwayat di bawah:

“Berkata Abi Basir : Aku bertanya kepada Al-Sodiq iaitu Imam Jaafar Al-Sodiq bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami, lalu imam Jaafar Al-Sodiq berkata “Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundar serta ditumbuk halus kedua-duanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari.””

6. Karaps (Apium gravolens)

Dari kitab Tib al-Aimmah oleh Asyayyid Abdullah Syubbir, muka surat 388 dan 393, ada dinyatakan bahawa nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, maksudnya:

“Makanlah olehmu karaps kerana ianya mewarisi ingatan. Ia adalah dari tumbuhan hijau.”

“Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu dapat menambahkan akal ianya adalah (karaps).

7. Zanjabil (Zingerber officinal)

Allah S.W.T berfirman dalam Quran, maksudnya,

"Mereka dalam Syurga itu,diberi minum sejenis minuman campurannya dari zanjabil.”

Di dalam kitab Mukhtasar Tib al-Nabawi, Imam jalaludin al-Sayuti (849 - 911 Hijrah) karangan Ibrahim Muhammad al-Jamal dan kitab Tib al-Aimmah oleh Assayyid Abdullah Syubbir, muka suratr 388 - 389 menyebut riwayat dari ulama terkenal iaitu Ali al-Ridha rahimahullah (141 - 203 Hijrah) menyatakan bahawa :

“Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan, maka hendaklah dia makan 3 potong zanjabil yang dicampur dengan “ Asal dan juga Khardal(sejenis bijirin) bersama dengan makanannya pada setiap hari.”

8. Khardal (Semen brassica juncea)

Khardal juga merupakan salah satu daripada khazanah perubatan orang Arab termasuk Ibnu Sina. Ini kerana khasiatnya banyak untuk tubuh badan sebagaimana yang tercatat di dalam kitab karangan Dr. Amin Ruwain bertajuk Al-Tadawa bi al-A'syab wa al-Nabatat, muka surat 79.

9. 'Asal (Forest Honey)

'Asal (madu) merupakan makanan pengubatan yang paling terkenal kepada semua penduduk di dunia di mana Allah berfirman dalam surah An Nahl ayat 68-69, maksudnya:

“ ……. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan (penyakit) bagi manusia.”

Dari riwayat Imam Al-Juzi ia menyatakan bahawa:

“Hendaklah kamu mengambil ‘asal (madu) kerana ianya baik untuk ingatan.”

Faqeh diperbuat daripada madu Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu dari pohon-pohon kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya di mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quraan dan kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.

10. Laban (Pure goat's milk)

Allah berfirman dalam Al Quran tentang laban (maksudnya) :

"Sesungguhnya pada binatang-binatang ternakan itu kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar, kami beri minuman kepada kamu dari apa yang terbit dari dalam perut, yang lahir di antara hampas makanan dengan darah, iaitu susu yang bersih, mudah diminum lagi sedap rasanya." - surah an-Nahl ayat 66

Susu kambing dicampur di dalam formula ini kerana khasiatnya yang banyak seperti mana yang disebut dalam kitab perubatan Islam dan perubatan moden.

11. Na’na’ (Mental longifolia)

Ia merupakan tumbuhan yang sentiasa dimasukkan dalam minuman orang-orang Arab. Dalam kitab Al Tadawa muka surat 205, Abdul Latif Asyur menyebut bahawa na’na’ boleh melancarkan perjalanan darah ke otak manusia serta merangsang kecerdasan pemikiran. Dr. Riyad Muhamad dalam kitabnya yang bertajuk “Kepintaran Minda Dan Kepantasan Ingatan" berkata :

“Digoreng (dikeringkan) na’na’ serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda, diminum suam-suam serta dibaca ayat Al Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat syifa serta surah Yassin."

12. Habbatus Sauda (Nigelia sativa)

Faedahnya sudah terkenal sebagai bijirin yang dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W maksudnya:

“Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda ini kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.”

Read More...