angin Jazirah Al-Ward

angin Jazirah Al-Ward mengelus lembut

malam terakhir di bumi Anbiyak..
tak dapat mengungkap satu perkataan apa pun
pengalaman, oh pengalaman..

merantau...
musim luruh ke Luxor dan Aswan
musim sejuk ke Semenanjung Sinai
musim bunga ke Fayumi sambil makan aiskrim
musim panas ke Matruh Siwa
musim belajar saya di Kuliah
musim cuti ni ke Kaherah... =)

hmm, sampai bila pun,dlm dunia ini, kita akan merantau,
dan sesungguhnya, perjalanan agung kita ini hanya sekali
ya, muda hanya sekali,
mati juga hanya sekali,
alam kubur hanya sekali,
perhitungan pdg mahsyar juga sekali,
jadi manfaatkanlah, =)

angin Jazirah Al-Ward bertiup lagi...

kehidupan manusia terlalu rencam utk dihitam putihkan
bohonglah kalau-kalau ada yg mengeluh kebosanan
kerana kita sentiasa sibuk
yang duduk diam juga sibuk utk mengekalkan suasana duduk diam
dan fahamilah bahawa kepelbagaian itu ada sebabnya
ada maksud dan ada tujuannya
jadi tujuan manakah yg patut dipilih?

Jazirah Al-Ward sudah kaku, sunyi...

barangkali tujuan yg agung itu memerlukan perjalanan yg agung
perjalanan yg luarbiasa payahnya
perjalanan yg asing dari mata biasa
perjalanan yg jauh ke dasar hati
namun tetap berpijak di bumi hakiki

angin Jazirah Al-Ward mengelus lembut di pipi...

pengembara bungkam seribu bahasa
angan-angan melayang di langit
hawa nafsu terpasak di bumi
amalan tidak setanding mimpi!

angin Jazirah Al-Ward...

Read More...

Perkembangan falsafah Islam

Perbahasan tentang falsafah Islam biasanya berkisar kepada masalah asas dalam epistemologi iaitu sumber wahyu dan akal.Sejak dari dulu hingga sekarang persoalan-persoalan tentang dua sumber inilah yang terus menerus diperdebatkan sehingga timbul beberapa aliran dan mazhab dalam pemikiran Islam.Namun perkembangan falsafah Islam menjadi semakin matang dan meluas melalui faktor utamanya iaitu penterjemahan karya-karya dari falsafah Yunani kedalam pemikiran Islam

Beberapa ahli sejarah berpendapat bahawa perpindahan dan penterjemahan falsafah Yunani ini bermula pada zaman Khalifah Al-Abbasi Al-Makmun pada tahun 215 Hijrah.Seperkara yang harus kita ketahui falsafah Yunani ini mudah diterima oleh orang-orang Islam sebelum zaman Khalifah Al-Makmun lagi kerana banyak pusat-pusat pengajian atau Madrasah yang muncul ketika era pembukaan wilayah Islam seperti Madrasah Alexandariah.Bolehjadi orang-orang Islam sudah mempelajari dan menerima falsafah Yunani ini diMadrasah tersebut.Kesan daripada penterjemahan ini menjadikan karya-karya ahli falsafah Yunani seperti Aristotle dan Plato semakin terkenal dan diminati.

Walaubagaimanapun perpindahan dan penterjemahan falsafah Yunani ini bukan mudah untuk diterima oleh semua orang Islam.Sehinggakan disana ada beberapa pendapat yang mengharuskan dan menentang penterjemahan ini.
1.Bagi golongan yang menentang seperti Ibnu Solah berpendapat bahawa penterjemahan falsafah Yunani ini akan memberi kesan kepada kesesatan serta penyelewengan akidah.
2.Bagi golongan pertengahan,mereka menerima dan mengambil beberapa kajian serta kritikan bagi apa yang dinilai baik mahupun yang tidak baik.Golongan ini termasuklah Muktazilah dan Al-Asya'irah.Sehingga Imam Ghazali menjustifikasikan kepada tiga bahagian.Bahagian pertama menghukumkannya sebagai kufur.Keduanya menyebut sebagai bid'ah dan Ketiga tidak boleh diingkar.
3.Golongan yang memandang mulia dan taajub.Disinilah lahirnya ahli-ahli Falsafah Islam seperti Al-Kindi,Al-Farabi,Ibnu Sina dan Ibn Rusyd.

Pada umumnya terdapat empat aliran besar dalam sejarah perkembangan falsafah Islam

1:Falsafah taklidiah-Seperti Al-Kindi,Al-Farabi,Ibnu Sina dan Ibn Rusyd.Mereka menghadapi dan mempelajari falsafah Yunani dengan tekun dan mengambil kajian beberapa karya-karya penting khususnya daripada Aristotle dan Plato serta melakukan kritikan terhadap ahli-ahli falsafah Yunani tersebut.Ini bermakna mereka tidak menjadikan falsafah Yunani sebagai sumber rujukan asal tetapi menggunakan Al-quran sebagai sumber utama kemudian berusaha mencari titik pertemuan antara kedua-dua sumber tersebut.Tetapi mereka tidaklah mengambil falsafah Yunani secara taklid buta bahkan memelihara kandungan-kandungan sumber utama mereka iaitu Al-quran.

2,3,4 :Imu Kalam,Ilmu Feqh dan Ilmu Tasawwuf.Hakikatnya golongan ini bersumberkan wahyu sebagai teras dan akal sebagai pembantu.Aliran ini muncul berikutan daripada pergolakan dalaman dikalangan umat Islam sendiri selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW disamping reaksi terhadap pengaruh falsafah Yunani dan tamadun asing terhadap umat Islam.Dengan perkembangan baru seperti ini timbullah berbagai perubahan terutama perubahan pemikiran yang membentuk berbagai-bagai mazhab tertentu.

Kesimpulan : Sumber utama pemikiran dan Falsafah Islam
1.Al-quran dan Hadis.
2.Falsafah Yunani
3.Perkembangan agama dan budaya timur khususnya diwilayah arab.

Read More...

Falsafah Yunani (siri I)



Umumnya kita mengetahui Yunani (Greece) melahirkan ramai ilmuan dan tokoh-tokoh Falsafah yang terkenal.Dari segi geografinya,yang dikatakatan bangsa atau alam Yunani itu bukan sahaja bertempat dinegara Greece seperti sekarang,malah ia termasuk Pulau Sicily dan selatan Italy,daerah persisiran Asia Minor dan persisiran utara Afrika.Jadi disini ada Yunani barat di Greece dan Italy serta Yunani Asia.

Keluasan wilayah Yunani itu bukanlah kerana kekuatan empayar politiknya,tetapi lebih merupakan keluasan penyebaran budaya dan bangsa.Perluasan wilayah budaya ini pada mulanya berlaku kerana faktor luar iaitu serangan kaum Doria ke atas Yunani (1100-1000SM) yang membawa kepada perpindahan orang-orang Yunani ke tanah asing.Keduanya kerana faktor dalaman sendiri iaitu kerana tekanan ekonomi di mana tanah pergunungannya yang tidak sesuai untuk kegiatan pertanian,disamping kedudukan geografinya yang menjadikan mereka sebagai pelaut yang mahir,telah membawa bangsa Yunani ini merantau ke wilayah asing.Dan di antara wilayah yang paling terkenal ialah Ionia (sekarang Turki).

Orang Yunani Ionia mendiami tempat yang amat strategik dan menguntungkan bagi menerima pengaruh asing.Sebagai orang Yunani timur,orang Ionia mendapat kesempatan untuk menjalinkan hubungan dengan tamadun Mesir ,Babylon dan India.Hasil daripada hubungan tersebut menjadikan orang Yunani Ionia mencapai kemajuan,baik dari segi sosial dan ekonomi mahupun dari segi kebudayaan dan intelektual.

Adapun berkembangnya aliran Ionia pula bermula di kota Miletos (Militiah) yang muncul sebagai pusat pertama tamadun dan falsafah Yunani.Bermula pada abad ke 6 SM,lahirlah tokoh-tokoh falsafah dan sains kosmologi (yang mengkaji tentang asal-usul ,proses dan struktur alam semesta) seperti Thales,Anaximander dan Anaximenes yang muncul di Miletos dan kemudiannya Heraclitus di Efesos.

Thales (640-548SM) mempelajari sains dan matematik melalui pengembaraannya ke Mesir dan babylon.begitu besarnya pengaruh pelayaran laut dan sungai terhadapnya sehingga beliau mengemukakan falsafah kosmogoninya bahawa semua unsur itu air yakni segala sesuatu itu atau alam itu berasal pada yang satu(air).Demikian juga Anaximander (611/610-546/545 SM) murid Thales dimana seperti gurunya dia turut berpendapat bahawa yang asal itu satu ,cuma berbezanya dia tidak bersetuju bahawa ianya air kerana ianya adalah benda yang bersifat terbatas dan sentiasa berubah-ubah.Baginya asal segala sesuatu itu mesti tidak terbatas dan tidak berupa yang daripadanya timbullah alam ini.Adapun tentang Anaximenes,walaupun dia murid Anaximander namun dia lebih mirip kepada Thales tentang asal segala sesuatu yang bersifat kebendaan (Madah).Tetapi kalau Thales memilih air sebaliknya Anaximenes memilih udara,jiwa atau nafas yang berada pada tubuh manusia.

Adapun Herectilus dari suatu segi falsafah kosmologinya ada persamaannya dengan ajaran sebelumnya yang menekankan unsur air atau udara sebagai asal segala sesuatu tetapi Heraclitus lebih menekankan unsur api.Tetapi baginya walaupun api merupakan unsur alam yang terpenting namun ia bukanlah zat asli alam ini melainkan merupakan lambang perubahan dalam alam.

Disamping perkembangan awal di Ionia,pada abad yang sama juga bermulanya Falsafah Yunani di barat iaitu di Aeolia,Italy selatan dan Sicily.Aliran Aeolia ini membariskan tokoh-tokoh seperti Xenophanes,Parmenides,Zeno.Intisari Falsafah Aeolia ialah bahawa yang ada itu satu tidak ada selok-beloknya dan tidak berubah-ubah.

Read More...

maafkan aku

.....Sedang asyik menaip tiba-tiba 'blackout' lampu itu.Oooo kejamnya..begitulah sedikit lirik lagu yang masih terngiang-ngiang difikiran ini.
Untuk menghilangkan keresahan ini baik buat sesuatu..ia..tajuknya kisah tentang diriku.Diriku yang lebih mesra dipanggil b.o.p (brother of philosophers).Sebab apa? kerna akulah yang paling otai(segan nak panggil tua) dikalangan teman sekuliahku...tapi itu tak penting sekarang.Pokoknya mesti diteruskan tulisan
ini...
Oh belum terlambat nak ucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung blog ni.Sebenarnya blog ni masih belum sempurna.Insyaallah b.o.p akan cuba mengemaskininya dari masa kesemasa.Terimakasih kepada teman-temanku yang menyarankan b.o.p membuka satu laman blog untuk tatapan bersama.Yang penting bagi b.o.p ,tujuan menulis diblog untuk menyebarkan maklumat dan berkongsi ilmu dengan kawan-kawan....
Sebenarnya dah lama nak menghasilkan laman web sendiri...cuma tak berkesempatan..ntahla logik ke tidak,terpulang.Walaupun sebelum ini b.o.p dah ada laman web komuniti.(jadilah,taklah orang kata ketinggalan)Tetapi atas permintaan kawan-kawan dan kenalan masa menulis di INFO,SKEMA dan SEGA) timbulah satu inisiatif untuk meneruskan cita-cita ini...apapun b.o.p nak ucap terimakasih ini khusus buat teman b.o.p Haris yang 'memaksa' b.o.p menulis blog ini...

Read More...

Apa itu Falsafah?


Alangkah baiknya sekiranya saya menceritakan sedikit sebanyak berkaitan konsep Falsafah itu sendiri.Berpandukan pandangan dikalangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) (500-580 SM) adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan lafaz atau istilah Falsafah.Ia membawa maksud "al-bahsu" (pengetahuan,kebijaksanaan,keutamaan).Perkataan falsafah sebenarnya berasal daripada istilah Yunani ,Philo (cinta) dan Sophos (hikmat,kebijaksanaan).Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover of Wisdom).

Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Socrates adalah yang mula-mula menggunakan istilah Falsafah.Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos untuk membezakan dirinya dengan golongan Sophist(Sophisme/Sufasta'iyyin) yang diasaskan oleh Protagoras.Pokok pemikiran Sophisme ialah bahawa segala sesuatu itu berubah-ubah dan tidak tetap.In
i bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai.Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan.Sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk.Nilai-nilai moral yang dianggap baik dan abadi tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak baik pada hari esok.Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi kaum Sophist melalui proses dialog untuk mencari kebenaran.Dengan ini Socrates memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu.Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran ianya diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi erti yang sama.

Bagaimanapun pengertian Falsafah secara popular ialah berfikir.Yang dikatakan berfikir secara falsafah seharusnya mengandungi ciri-ciri seperti berikut,
1.Berfikir secara radikal,iaitu secara mendalam hingga keakar umbinya atau asal-usulnya dan hakikatnya.
2.Berfikir secara universal,iaitu menurut pengalaman manusia secara umum.Bukan khusus dan terbatas dengan ilmu tertentu sahaja.
3.Berfikir secara integral,iaitu berpadu secara lengkap pada mana-mana bahagian yang ada.

Dari segi sejarahnya,pada mulanya Falsafah merupakan induk kepada seluruh ilmu pengetahuan.Daripada falsafah lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,perubatan dan sebagainya.Tetapi dengan kemajuan ilmu ini jadilah Falsafah pula sebagai cabang ilmu pula.Namun fungsi asal Falsafah tidak berubah iaitu menangani masalah-masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas.Bidang ilmu yang hanya berasaskan pengalaman empirikal (Tajribah) serta menumpukan perhatian kepada alam nyata (alam syahadah) tentunya tidak mampu menangani persoalaan alam ghaib seperti dalam bidang Falsafah.

Umpamanya timbul persoalan Apakah hakikat hidup? dari mana hendak kemana manusia ini?apa tujuan dijadikan alam dan manusia?.Semua ini tidaklah termasuk dalam bidang perbahasan ilmu.Persoalan-persoalan sebeginilah yang cuba dijawab oleh Falsafah sebagai ilmu yang mencari sebab yang sedalam-dalamnya bagi segala sesuatu.Daripada masalah-masalah ini maka objek Falsafah dapatlah dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu :
1.Ontologi atau teori hakikat/wujud
a)Hakikat Tuhan (teologi)
b)Hakikat alam semseta (kosmologi)
c)Hakikat manusia (antropologi)
2.Epistemologi atau teori ilmu pengetahuan
3.Aksiologi atau teori nilai.

Inilah persoalan-persoalan pokok dalam Falsafah.Dan daripada persoalan-persoalan ini lahirlah cabang-cabang Falsafah seperti berikut :
1.Metafizik
2.Logik
3.Epistemologi
4.Etik
5.Etestik

Akhirnya sesuai dengan kepelbagaian dan perbezaan fikiran manusia terdapat berbagai-bagai aliran Falsafah.Sekadar tinjauan ringkas,antara aliran Falsafah itu ialah:
1.Aspek Ontologi/Metafizik
-Aliran naturalisme
-
Aliran Supernaturalisme
-
Aliran spritualisme
-Aliran dualisme
-
Aliran pluralisme
-
Aliran pantheisme
-
Aliran monisme

2.Aspek Epistemologi
-
Aliran rasionalisme
-
Aliran positivisme
-
Aliran empirisisme
-
Aliran realisme
-
Aliran idealisme

3.Aspek Aksiologi
-
Aliran hedonisme
-
Aliran vitalisme

Dari segi fungsinya sungguhpun bidang Falsafah cuba menyelesaikan masalah-masalah asasi yang tidak terjawab oleh bidang ilmu dan sains yang terbatas namun Falsafah juga mengandungi keterbatasannya sendiri.Persoalan-persoalan Falsafah terlalu luas tanpa ada batasannya tetapi kemampuan akal sentiasa terbatas untuk menyelesaikannya secara pasti dan meyakinkan.





Read More...

Secangkir ilmu di Jazirah al-Ward

Assalamualaikum wbth.....

Syukur alhamdulillah kerana dengan nikmat dan hidayahNya blog ini dapat dilaksanakan walaupun dalam serba serbi kekurangannya.Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad,para sahabat dan solihin yang menghidupkan agama Allah SWT melalui jihad dakwah .

Hasil ledakan ilmu pengetahuan (knowledge explosion) dan teknologi maklumat (information technology dari suatu segi telah meluaskan horizon manusia dan membawanya mengembara di dalam pelbagai dimensi ilmu dan maklumat yang tiada bertepi.Setiap minit dan saat manusia disogokkan dengan maklumat baru yang semakin dilayan semakin mengasyikkan.Tetapi apakah hasil semuanya itu? Nun jauh dihadapan perjalanan yangjauh,bagaikan ada kolam air yang menggamit kehausan kita.Tetapi setelah sampai,rupanya fatamorgana belaka.

Pengembaraan manusia di dalam hutan belantara maklumat disangka menambah ilmu tetapi rupanya menjadi sesat dan lemas tanpa mengetahu mana jalan keluarnya.

Manusia mungkin bertambah pandai tetapi tidak bertambah bijaksana.Maklumat memang bertambah tetapi kebijaksanaan (wisdom) tidak pernah bertambah....-to be continue-

Read More...