Satu kebiasaan yang biasa


Jika seseorang perokok sehari tidak merokok, itu bukan kebiasaannya.Itu boleh jadi luar biasa. Jika seseorang yang terbiasa bangun pagi jam 8 a.m,maka sekiranya dia bangun dan melakukan aktiviti jam 5 a.m ia boleh jadi luar biasa..
Dan banyak lagi kebiasaan manusia yang boleh jadi betul dan boleh jadi salah..
Namun, ia tidak mustahil bagi mereka yang ingin mengubah kebiasaan.Orang melayu selalu menyebut terma ’buang tabiat’, bagi orang yang membuat sesuatu di luar kebiasaannya.Namun bagaimana jika kebiasaan yang salah di lakukan?

KEBIASAAN = TABIAT ?
Adakah kebiasaan boleh di definisikan secara etimologi dengan tabiat atau ’habits’?Ia satu perkara yang subjektif yang saling berkaitan, dan ia bermula dengan mind-setting. Jika betul mind-set maka tabiatnya akan terarah dengan mind setting tersebut, iaitu kebaikan dan begitulah sebaliknya.Bagaimana perokok tegar boleh membetulkan kebiasaannya merokok jika tiada tekad yang kuat untuk meninggalkan rokok? Dan ia bermula dari dalam. Bagaimana pula jika anda berada di tengah-tengah kesesakan atau berdepan dengan kecuaian pemandu lain di jalan raya? Adakah kita membiasakan diri berdepan dengan situasi ini dengan minda tertekan dan perasaan marah? Jika ia di hadapi dengan minda positif dan tenang,ia jauh lebih bermakna.Dan pastinya ia bermula dari sumber instrinsik iaitu sumber rohaniyyah dalaman.

KEBIASAAN MENURUT AL-QURAN
Dalam kehidupan umat Islam, Islam telah menyusun jadual manusia dengan formula khusus dari Allah. Bahkan Al-Quran juga mengingatkan :

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

Islam mempunyai manhaj yang jelas untuk mengawal perjalanan hidup manusia, bukan menyekat. Mesti dibezakan maksud terminologi "kawal" dan "sekat".Islam membawa alternatif, jika diharamkan zina dihalalkan perkahwinan.Diharamkan arak tetapi dihalalkan air minuman yang lain. Kawalannya bersesuaian dengan kapasiti manusia seperti firman ALLAH :



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya" (2: 286)

AKHLAK VS MORAL
Satu ketika anak-anak muda sudah ‘senang’ berpelukan di khalayak ramai, tanpa rasa malu sehinggakan yang melihat pula merasa malu kerana rosaknya akhlak remaja islam kini.Ia dianggap satu kebiasaan. Rancangan realiti TV juga mula mempromosikan dan membiasakan amalan sosial yang bebas di kalangan lelaki dan wanita di dalam satu rumah (baca: AF). Pada awalnya mungkin ia mendapat tentangan dan teguran serta kritikan,namun ia kini dipandang remeh dan dilihat ‘biasa’ dalam pengamalan moral masyarakat kita. Jelas moral dan akhlak adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan, moral adalah sub-topic kepada akhlak, kerana moral dasarnya adalah dari mantaliti dan pandangan masyarakat.Manakala, akhlak adaptasi nilai kerohanian dari agama, punca moral seharusnya dari agama, tapi lain pula jadinya.Masyarakat lebih memandang nilai moral melebihi nilai akhlak, walhal boleh jadi nilai moral itu baik boleh jadi nilai moral itu buruk, kerana dasarnya ialah LOGIKA manusia dan NILAI INTUITIF insani yang tiada dasar yang jelas. Ia berbeza dengan nilai akhlak dalam Islam.


UBAHLAH KEBIASAAN SALAH
Bayangkan satu ketika anda sedang memandu kereta, tiba di traffic light lampu hijau bertukar kuning, lantas anda berhenti.Tiba-tiba anda dihon dari belakang,mungkin kerana tindakan anda berhenti ketika lampu kuning.Tindakan anda tadi adalah tindakan yang betul seperti dalam teori semasa anda belajar memandu.Tetapi ia seolah-olah menjadi kesalahan : berhenti dilampu kuning!. Eh,bukankah warna kuning kita perlu bersedia berhenti,salahkah tindakan kita berhenti? Tapi jika diberi pilihan, bila lampu kuning, adakah anda semakin meningkatkan halaju untuk mengejar sebelum bertukar warna merah, berhenti ! Atau bersedia untuk memperlahankan kenderaan anda sebelum tibanya warna merah?

Hakikatnya,kebiasaan dan habit pemandu kini tak seperti teori yang dipelajarinya di kelas pemanduan. Lainlah jika ada polis yang memerhati disekeliling lampu isyarat,automatik akan mula perlahankan kenderaan bila lampu kuning. Kita lebih bimbangkan polis atau bimbangkan keselamatan kita sebagai pengguna jalanraya??Itulah kebiasaan yang kurang elok di amalkan

BIASAKAN YANG BETUL
Saya pernah mendengar nasihat yang berbunyi : ”Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa”. Ya,betul. Bagi kebiasaan yang salah perlu diperbetuli, dan amalan yang betul perlu dibiasakan. De Bono menyebut bahawa menyuruh seseorang mengubah tingkah laku memerlukan perubahan pada tingkah lakunya bukannya pada prinsipnya. Yakin pada diri untuk mengubah diri membiasakan diri dengan yang betul. Teori Pigmalion mengatakan apabila kita menyakini kemampuan seseorang itu untuk berubah maka ia akan memberi peratusan positif ke arah perubahan.Ia mengukuhkan teori pengharapan untuk menjadi pencapaian.Jadi, believe yourself! Intuitif individu perlu dihidupkan untuk membina perubahan diri.Intuitif berasal dari perkataan latin intueri yang bermaksud melihat ke dalam, yang bermakna muhasabah diri. Check it yourself!

Read More...

SOALAN
ustaz...first of all saya nak mintak maafla kalau ape yang bakal saya tulis ni akan menyinggung perasaan ustaz...ok baik saya straight fwd la memandangkan ustaz sorang jek yang sertakan emel ustaz kat suara kampus mansurah bil:32 ogos 2007skizofrenia (edisi skema mansurah) so saya terpaksa hantar emel ni kat ustaz..saya tak berpuas hati dengan penulisan fenomena BAHANA ICT KEPADA MAHASISWA AL-AZHAR...mukasurat 36,37..penulisnya Khairun Nisa Mohd Khusainy..penulis tu sape..? bukan ke dia pun pelajar al-azhar..jadi saya rasa dia terlalu emosional dalam menceritakan keburukan pelajar al-azhar...dia patut jgk sedar bahawa bukan pelajar al-azhar je yang akan baca artikel ni...bukan saya nak tujukan pada dia sorang tapi mana perginya sidang redaksi suara kampus mansurah...tak kan lah tak de langsung penapisan, tapi tak kan lah dari penaung sampai ke bahagian pemasaran dan pencetakan tak de sensitiviti langsung pasal artikel ni....saya tak nafikan semua point2 yang ditulis tu...memang berlaku..mmg tak dinafikan akhlak pelajar al-azhar sekarang dah goyah sket tapi ni seolah-olah nak suluh lagi keburukan tu...bukan bermaksud nak tutup apa yang terjadi tetapi sejauh mana kebenaran perkara2 buruk kelakuan pelajar al-azhar itu berlaku...kalu ye pun terjadi tak payah la nk tulis secara terang gitu...pikir banyak kali sket...semua tu maruah kita sapa lagi yang jaga kalau bukan kita,tapi ni lain pulak yang jadi...kalau nampak kemungkaran depan mata tegur je la...habis setakat tu...orang yang buat salah pun boleh terima teguran...maaf saya terpaksa tulis semua ni pada ustaz harap ustaz n sidang redaksi buat muhasabah balik...bukan nak blame tapi sekadar alert dengan apa yang ditulis..harap ustaz tolong sampaikan pada penulis...saya pun heran penulis tulis seolah2 benda ni pernah dialami...saya pun tak sangka ada azhari yang sanggup tgk cite pornografi tapi btl la kalau tak kerana artikel ni saya takkan tau...so sama macam org kat luar sana bile terbaca artikel ni keadaan diorang sama seperti saya.... kalau org luar baca macam tu la diorang terima...ha macammana tu..ustaz terpikir tak?maksud saya tak payahla nak besarkan perkara ni....memalukan je....sungguhpun tujuan itu menegur tapi saya rasa tu bukan cara yang sesuai...okeh paragraph first mukasurat 37 ada tulis mahasiswi guna web cam buat benda tak elok...sejauh mana kebenaran ni...adakah benda ni jadi depan mata penulis sendiri....setahu saya semua ni tipu je,bukan betul pun....dan perkara ni dah lama berlaku....buat apa nak bangkitkan lagi...baru2 ni ada saudara saya dari Kaherah tanya ttg kes tu...dia pun terbaca artikel ni jugak...sedikit sebanyak memburukkan mahasiswi al-azhar sendiri, sekor kerbau bawak lumpur habis semua terpalit..betul tak ustaz...saya saje je tuliskan semua tu..sebagai contohla...oklah benda dah terjadi tapi ni sekadar sebagai tanda tak puas hati saya je....semoga tak berulang lagi...InsyaAllah...semua tu sebenarnya subjektif, saya akui ia memang pendapat masing2 tapi sebelum tu kene pikir jugak pe yang bakal terjadi....Tapi benda ni benar2 menyentuh sensitiviti saya sebagai pelajar al-azhar...saya harap ustaz dapat menerima pendapat saya ni secara positif dan saya jugak tidak berniat nak jatuhkan atau malukan sesapa sebab tu la saya ambil keputusan hantar emel ni....maaf sekali lagi...sori jgk tak guna ayat formal...lagi senang mcmni...tu je kot...terima kasih...-norhafiza mohamed-
JAWAPAN
Assalamualaikum wbth..
Apa khabar,moga sihat dan ceria-ceria selalu..terimakasih diatas kiriman emel tersebut.Apapun saya cukup berterimakasih diatas pandangan dan kritikan anda terhadap SKEMA demi kemajuan dan memartabatkan dunia penulisan dikalangan mahasiswa Islam khasnya.Kritikan merupakan satu wadah kearah membina kecemerlangan diri.Sebab itu Rasulullah ada menyebut "Orang yang cemerlang adalah bersyukur bila ditegur atau dikritik dan istigfar bila dipuji".Saya amat menitikberatkan hal ini sehingga pada satu tahap saya anggap sesiapa yang mengkritik saya adalah guru saya.
Didalam Islam kita dididik untuk menjadi orang yang bersikap sederhana.Namun tidak menghalang untuk kita mempertingkatkan kecemerlangan.Kita mesti mengakui dan meyakini bahawa Allah jadikan manusia itu ada kelebihan masing-masing.Maka dengan sebab itu kita perlu berani dalam menyatakan dan memperjuangkan hak dan kebenaran.Dalam kontek penulisan dan pandangan kita mempunyai hak bersuara malah ianya diperuntukan dalam mana-mana kanun samaada diparlimen mahupun undang2 sejagat.Sebab itu banyak pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia didaftarkan guna melindungi kebebasan-kebebasan yang dimaksudkan. Namun sejarah telah membuktikan kepayahan dan kesusahan dalam memperjuangkan kebebasan bersuara.Lihatlah betapa siksanya Nabi SAW ketika menyatakan kebenaran perihalaku akhlak bangsanya yang jahiliah waktu itu.Siapa tidak kenal Tan sri A.Samad Ismail tokoh wartawan tanahair yang sangat disegani,bergadai nyawa dalam memperjuangkan nasib bangsa melayu.Tun Dr Mahadir Mohamad dengan bukunya"Dilema Melayu" yang mengkritik anak bangsanya sendiri demi kemajuan bangsa dan agama.
(..bukan saya nak tujukan pada dia sorang tapi mana perginya sidang redaksi suara kampus mansurah...tak kan lah tak de langsung penapisan, tapi tak kan lah dari penaung sampai ke bahagian pemasaran dan pencetakan tak de sensitiviti langsung pasal artikel ni...)
Sebenarnya bukan persoalan sensitiviti seperti yang didakwa..kalau itu ukurannya kenapa dipersoalkan tindakan sidang redaksi? sedangkan penapisan 'khusus' hanya dilakukan oleh ketua Lajnah Penerangan & Penerbitan PMRAM.Adakah ustazah ingin mempersoalkan integriti PMRAM dalam soal ini? Bagi saya,kuasa yang terhad pada saya dalam SKEMA tidak mem"perkuasa"kan" saya sewenang-wenangnya untuk menghalang mana-mana tulisan dalam SKEMA selagi ianya selari dengan peruntukan yang diberikan?tunjukan saya mana kesalahan dalam tulisan Khairun Nisa Mohd Khusainy? lihatlah betapa ustazah sendiri mengakui kebenaran dalam tulisan tersebut.(...saya tak nafikan semua point2 yang ditulis tu...memang berlaku..) Sebab itu didalam SKEMA atau mana-mana suara kampus PMRAM ada tertulis "setiap karya yang disiarkan tidak semestinya mencerminkan pendirian sikap Suara Kampus".Kita cuba meraikan pandangan semua ahli kita dan kita juga memperkenalkan surat pembaca untuk mengkritik.Inilah objektif utama iaitu mencungkil bakat-bakat penulisan sebagai wadah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan maklumat.Tulisan Khairun Nisa Mohd Khusainy hanyalah pandangan beliau mengikut maklumat dan pengetahuan beliau terhadap apa yang berlaku yang barangkali tidak diketahui orang lain. (...saya akui ia memang pendapat masing2 tapi sebelum tu kene pikir jugak pe yang bakal terjadi....Tapi benda ni benar2 menyentuh sensitiviti saya sebagai pelajar al-azhar...)
Apa yang bakal terjadi? orang akan memandang buruk terhadap institusi Al-Azhar? mungkin ramai yang mengandaikan demikian..sebenarnya kita mengambil jalan singkat untuk menghukum sesuatu perkara..ini dinamakan istiqra naqis' kalau dalam kaedah mantik ,menilai benda yang juzuk(kecil) dan menghukumkannya dalam bentuk kulli(keseluruhan).kaedah ini sudah pasti ditentang habis2an dikalangan ulamak.Sebab itu bila kita terfikir apabila golongan orientalis menghukum orang islam itu terorist atau pengganas kita jawab balik yang ganas itu mungkin muslim bukan ISLAMnya.Islam tidak mengajar keganasan tetapi muslim itulah yang kadang-kadangnya membuat keganasan dan kerosakan.So nak salahkah siapa..semua orang islam? atau ISLAM itu sendiri? Saya percaya manusia zaman moden ini sudah bijak menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik,lebih-lebih lagi kita selaku mahasiswa Al-Azhar sendiri.Justeru biarkan penilaian itu ditentukan sendiri oleh pembaca...seperti ustazah :).
Saya tetap positif dengan pandangan anda tetapi tidak bermakna saya setuju 100%.Kritikan yang berjaya mestilah disertakan alternatif2 dan sumbangan-sumbangan kearah mengekalkan konsistennya teguran tersebut.Semua orang boleh mengkritik tetapi kebanyakan kritikan kearah emosionalistik.Kadang-kadang melalui kritikan orang boleh membaca sifat dan keikhlasan kita terhadap pandangan sesuatu isu.Mungkin tulisan Kahirun Nisa ada kekuranganya.Tetapi yang saya maksudnkan keberanian beliau menegur kemungkaran melalui pena.Sebagai seorang mahasiswa yang dididik dengan asas agama seharusnya kita bangga ada orang seperti ini malah kita patut meraikannya.Dan satu lagi kita tidak perlu malu untuk menyatakan kebenaran walaupun kebenaranm itu pahit untuk diterima kerana sesungguhnya yang pahit itu akan manis jua akhirnya."Boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya itulah sebaik-baik dan memberi faedah untuk kamu,boleh jadi apa yang kamu suka itu sebenarnya membawa keburukan dan kerosakan kepada kamu"
Inilah masalahnya bila sesuatu kritikan itu tidak mempunyai matlamat yang jelas..ketidakupayaan kita membentuk tasawur dan gambaran minda menyebabkan matlamat dn tujuan kita akan terbantut.Jadi kita mesti ada tasawur contohnya apa sumbangan kita kearah membina akhlak atau shahsiah muslim yang baik dan kesannya kepada masyarakat.Macamlah kalau kita berazam nak pergi ke Mekkah tapi sekadar azam semata-mata tak ada maknanya.melainkan kalau kita membentuk tasawur..insyaallah kita nak pergi ke Mekkah pada tahun 2008 atau 2009..Begitulah kalau kita sekadar mengkritik tapi apa sumbangan kita.Cakap semberono sahaja semua orang boleh.:) Jadi bila matlamat itu jelas insyaallah bentuk matlamat jelas dengan ada frame atau jangka masa yang jelas atau tindakan yang jelas dalil yang jelas..
Maaf sekiranya tulisan ini tidak sampai kepada maksud yang diminta.Di pihak SKEMA kita akui memang banyak kekurangan dan kesilapan yang sentiasa dimuhasabahkan dari masa kesemasa.Inilah kemampuan yang ada dalam keluarga SKEMA buat masa ini.Kita memang memerlukan penulis dan pengkritik seperti anda dalam SKEMA.Alangkah lebih baiknya ustazah dapat "menampilkan diri untuk sama-sama membantu SKEMA pada masa akan datang.

Read More...

Sajak buat Ustazah

Assalamualaikum wbth..
Salam buat pengunjung semua...ntahla tiba-tiba terasa nak meluahkan sesuatu...dah tiga tahun tak pernah jumpa akhawat keluar malam..ingat masalah-masalah begini dah selesai..rupanya makin teruk..
ceritanya bermula pukul 6.00 malam tadi..satu kes berlaku dekat dengan Hamra'.kedua dihadapan kuliah banat.berjalan seorang diri dengan selamba macam itik tergedek-gedek mencari anak.
Apapun teman nak tujukan sajak ini khusus kepada akhawat yang rajin keluar malam ni.Tapi teman nak minta maaf kalau sangkaan teman tadi tidak benar.Tapi seandainya benar,teman harap sangat "beliawanis-beliawanis ni tampil dan memberi penjelasan sebelum teman sendiri yang bertindak" ....semoga anda terhibur...

Tajuk "Wahai Ustazah"

"Wahai ustazah, hidupmu sekarang bagaikan cacing tanah di bawah terik mentari,menggelupur ke sana ke sini.
Sekejap ke belakang mencari tanah bagi menghilangkan panas,mungkin kalau tersilap langkah,dirimu akan berteduh di bawah bayangan seekor ayam yang sedang memerhati untuk mematuk dan menelanmu.
Wahai ustazah,Jangan jadikan dirimu seperti cacing tanah tadi,bila berada didalam tanah bergeraklah ke mana ia suka,tetapi bila ia keluar daripada tanah,tubuhnya yang berbogel itu tidak mampu melawan panas matahari menyebabkan hidupnya terbuka luas kepada musuh untuk mematuknya.
Wahai Ustazah,cacing keluar diwaktu siang mencari makanan,kamu keluar diwaktu malam mencari apa?cacing keluar berbogel tubuh mendapatkan sesuap hidangan untuk anak-anaknya.Kamu keluar berbogel kejahilan hanya sekadar "mentahwil rasid" mobilmu? !
Sedarlah wahai Ustazah,kembalimu ke tanahair nanti sewajibnya diselimuti pakaian ilmu,bukannya dengan keadaan bertelanjangkan kebodohan dan kecetekan iman.Persediaan pakaian ilmu dan iman ini sungguh penting bagi menjamin agar perjuangan Islammu tidak digoyangi oleh perasaan ,panas dan berpeluh kesan dari terkaman sikapmu yang seperti cacing itu. keluarkanlah dirimu dari kepompong kejumudan, kepincangan dan kebobrokan yang kronik ini!!
sedarlah ,dirimu perlu tampil sebagai perungkai utama seluruh permasalahan yang timbul bukannya sebagai model yang menimbulkan masalah yang sedia ada!!
sedarilah selaku insan yang bergelar wanita sudah pasti kamu tidak dapat lari dari tugas dan tanggungjawab sebagai ibu atau pendidik kepada anak-anak.Lalu bagaimana kamu hendak mendidik anak-anakmu sedangkan dirimu sendiri tidak terdidik? Ustazah oooo ustazah...kesiannya dirimu...."

p/s coretan ini ditujukan kepada para akhawat yang "rajin" keluar malam tanpa sebab dan tanpa musyrif bertauliah.

Read More...

Falsafah Ilmu

Episod kali ini teman ingin mengajak pengunjung blog ini kesatu subjek baru yang teman pelajari di muhadaroh atau kelas bersama pensyarah di Universiti Al-Azhar.. 'Falsafah Ilmu'..

Dalam kajian Falsafah Ilmu ini aspek Epistemologi (sumber ilmu) merupakan persoalan yang sangat utama.Malah sesetengah sarjana mentakrifkan yang epistemologi itulah yang merupakan falsafah ilmu atau lebih terkenal dengan nama Theory of Knowledge (Nazriyatul Ma'rifah) iaitulah "teori pengetahuan".Sebenarnya Istilah epistemologi berasal dari perkataan Yunani "episteme" yang bererti pengetahuan.Ada dua persoalan utama dalam epistemologi iaitu sumber ilmu pengetahuan dan kebenaran atau hakikat ilmu pengetahuan itu sendiri.

Timbul satu persoalan apakah kebenaran dalam mencapai hakikat pengetahuan ini? Sebenarnya epistemologi bermaksud membahaskan tabi'at untuk mencapai makrifat hingga mampu membantu ketahap mengetahui hakikat kewujudan (ontologi) dan nilai ilmu (aksiologi).Epistemologi ini juga membahaskan tentang kaedah-kaeda
h dan perkembangan serta sumber pengetahuan melalui penggunaan akal dan pancaindera.

Pertama sekali mengenai masalah sumber ilmu pengetahuan ini.Antara yang terpenting ialah sumber rasionalisme yang menekankan kepercayaan kepada kemampuan dan autoriti akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran.Aliran ini menekankan bahawa manusia mempunyai kekuatan sendiri untuk mengetahui dengan pasti tentang berbagai-bagai perkara.Yakni ianya bersifat fitrah dimana idea tentang kebenaran dikatakan sudah ada dalam diri setiap orang tanpa perlu mencarinya melalui pengalaman dan pengamatan terlebih dahulu.Dalam erti kata yang lain rasionalisme ialah kepercayaan bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk mengetahui sesuatu.Bahkan rasinalisme berpendirian bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah kita dapat memperolehi pengetahuan malah paling benar.Nak diceritakan begitu pentingnya sumber hingga seseorang yang cacat pancainderanya pun masih boleh mendapat pengetahuan melalui renungan akal dan matahatinya.

Yang kedua kaedah yang mementingkan pengalaman pancaindera atau deria sebagai sumber pengetahuan.Ia juga disebut sumber empirisisme (al-hissi wat tajribi) Secara ringkasnya beberapa contoh aliran yang menjadikan impirisisme ini sebagai satu kaedah dan ikutan diera kemuncaknya falsafah khususnya dibarat.Antaranya seperti eksistensialisme (wujudiyah) materialisme (
maddiyah),positivisme (wad'iyyah).Hampir kesemua aliran ini menganggap bahawa manusia dilahirkan dengan selembar akal yang kosong yang baru dicorakkan oleh pengalaman indera kemudianya.Positivisme yang diasaskan oleh Augustus comte (gambar) mendukung teori tiga proses sejarah manusia yang bermula dengan tahap teologi diikuti tahap metafizik dan akhirnya tahap positif.Pada tahap positif inilah membawa kepada keingkaran manusia terhadap metafizik dengan erti kata yang lain manusia tidak lagi memerlukan kepada agama sebaliknya lebih meyakini ilmu pengetahuan yang berasaskan pengalaman positif iaitu melalui pancaindera
semata.

Baiklah rasanye cukup sekadar itu...sambungan akan datang teman akan cuba membuka rahsia penyelewengan ilmu dan kelemahan aliran empirisme dan rasionalisme serta pandangan islam terhadap manhaj atau kaedah ilmu yang sebenar.

Read More...



Agak lama sepi dan menyepi..harap-harap tidak la terus menyepi...segan juga bila kawan-kawan menanyakan tulisan-tulisan terbaru ni..sebenarnye hikmah itu tidaklah hilang..cuma masih mencari-cari hidangan terbaik untuk dipersembahkan kepada audien maya...ahakss....tiba-tiba sahaja merapu tak tentu fasal..tup tup tup kene gam lak dengan Pengarah MMC...

Fatrah imtihan begini barulah teringat teratak maya..biasala..teratak yang sedia ada belum cukup ampuh untuk dibajai.Teman akui kata-kata keramat "hikmah itu barang yang tersembunyi....." memang sukar nak menjana minda dan idea yang bersih sebersih sinaran kuning yang bergemerlapan di Istana sang Raja.

Kita tunggu lepas ini.....






Read More...

Juara temasya Aidilfitri Cup 2007



Tahniah kepada Mutazawwijin United (MU FC) 2007/2008

Read More...

Kargo kitab dan Barang ke Malaysia


Berita baik kepada mereka-mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Pos kitab dan Barang JITRA PORT.Penghantaran seterusnya insyaallah akan bermula pada pertengahan bulan November 2007, Insyaallah..Sila hubungi saya ditalian 010 2985893 (Us Daing) untuk keterangan lanjut...terimakasih..

Read More...

Hak Demokrasi & Kesannya pada politik Turki

Detik 22 Julai yang lalu memberi nafas baru kepada ruang demokrasi di Turki dengan kemenangan parti yang berwadahkan islam iaitu Parti Keadilan & Pembangunan Turki atau Adeletve Kolkima Partisi (AKP).AKP berjaya memperolehi 341 kerusi daripada 550 kerusi parlimen yang dipertandingkan.Kejayaan ini bererti AKP berjaya mengatasi pencabar-pencabarnya.Secara keseluruhan AKP telah meraih sebanyak 46.6% undi popular daripada 35,017,315 undi yang dikira secara keseluruhan. Jumlah itu sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah yang diperolehi oleh dua pencabar terdekatnya iaitu CHP (20.85%) dan MHP (14.29%).Persoalannya benarkah amalan demokrasi masih memberi keuntungan kepada politik Turki dalam masa yang sama umat Islam terus dinafikan hak-hak mereka?

Suasana yang berlaku pada hari ini,ramai dikalangan umat Islam yang mengatakan demokrasi ini tidak islamik.Kedapatan perkara-perkara yang menjadi perselisihan ulamak tentang pandangan Islam mengenainya.Justeru itu adalah wajar bagi kita untuk meneliti dan mengkaji sejauh manakah kebenaran antara Islam dan demokrasi.Tulisan ini cuba mendedahkan secara ringkas kepada kita apakah ciri-ciri dan amalan yang terdapat didalam demokrasi serta beberapa perkara penting yang harus diperhatikan mudah-mudahan ianya boleh memberi manfaat kepada kita semua selaku umat Islam.

Persamaan antara Islam dan Demokrasi

Sebagaimana yang kita maklum demokrasi merupakan satu pemerintahan yang berasaskan kepada kuasa rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya.Lawan bagi demokrasi ialah diktator.Sheikh Abdul Rahman Al-Kawakibi telah menjelaskan tentang perbezaan antara sistem kuku besi atau diktator dan agama dan ini merupakan asas penting dalam menggerakkan demkokrasi Islam.Allah SWT telah membuat perbandingan diantara sistem pemerintahan diktator seperti Firaun yang zalim dengan sistem pemerintahan yang adil dan memenuhi hak manusia dan menyeru kepada keadilan dan saksama.

Menurut beliau lagi sesungguhnya hukum manusia perlu diperjelaskan kebaikannya,jika ianya baik berlandaskan Islam maka ianya semestinya dipilih menjadi sistem pemerintahan kerana ia dianggap sesuai dan selaras antara segala urusan manusia dengan apa yang diperintahkan oleh penciptanya..

Diantara ciri-ciri utama yang menjadi tonggak terdirinya demokrasi ialah hak-hak dan kebebasan umum.Didalam hal ini ianya merupakan rangkaian daripada dasar-dasar ketinggian undang-undang yang meletakkan kepada dua aspek utama:a)Persamaan-Persamaan meliputi bidang-bidang berikut -bidang undang-undang -bidang kehakiman -bidang tugas-tugas -bidang cukai.b)Kebebasan-Kebebasan yang disandarkan kepada hak-hak yang menjadi tuntutan kepada manusia.Ianya meliputi kepada:i)Kebebasan peribadi;Ianya merupakan hak-hak material seperti hak hidup,tidak harus memperhambakan manusia,kehormatan tempat tinggal dan sebagainya.ii)Hak-hak manusia-Ianya merupakan hak ummah sejagat seperti hak pemikiran,ilmu,kebebasan beraqidah,mengemukakan pandangan,kebebasan mengadu,kebebasan pendidikan dan sebagainya.ii)Kebebasan politik-Ianya merupakan suatu jalan bagi membuat perubahan dari aspek pentadbiran seperti hak mengundi,hak mencalonkan individu tertentu,hak menggubal undang-undang,hak mengawal pemerintah,hak melucutkan presiden,hak menubuhkan parti dan sebagainya.

Doktor Yusof Qardawi didalam kitabnya'Feqh Daulah' menyebut bahawa perkara yang menjadi titik persamaan antara Islam dan Demokrasi:
Pertama:Tidak harus memilih pimpinan yang dibenci oleh pengikut dengan berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud "Tiga jenis manusia yang tidak diangkat pahala sembahyang mereka diatas kepala mereka walaupun sejengkal,diantaranya,seseorang yang menjadi imam(ketua) kepada sesuatu kaum,sedang kaum itu benci kepadanya"(riwayat Ibnu majah dan Ibnu Hibban)
Kedua:Al-Quran dan as-Sunnah mencela orang-orang yang bersekongkol dengan penguasa yang zalim.
Ketiga:Al-Quran menentang pemerintahan diktaktor yang meletakkan diri mereka mempunyai kuasa mutlak seperti mengaku berkuasa seperti tuhan.Contohnya Namrud dan Firaun.
Keempat:Islam menetapkan konsep syura sebagai salah satu kaedah daripada kaedah kehidupan Islam dan mewajibkan pemimpin itu melakukan mesyuarat.Islam juga menganjurkan umatnya saling memberi nasihat seterusnya Islam juga menjadikan konsep amar makruf nahi mungkar sebagai kewajiban yang sudah pasti.
Kelima:Pilihanraya termasuk jenis kesaksian(Syahadah).

Manakalah Syeikh Atiyyah Saqar dalam kitab 'Dirasat Islamiyah Li Ahammi Qadaya Mu'asara' menyebut kan demokrasi mempunyai dua dasar asas yang diiktiraf Islam iaitu pertamanya pemerintahan rakyat dan kedua pemerintahan kebebasan.Walaupun demikian Islam berbeza dengan demokrasi disebabkan beberapa perkara:
Pertama:Islam tidak menjadikan rakyat berkuasa pada perkara teras dan tetap.Inilah asas umum dan kukuh dalam Islam.
Kedua:Pemerintahan di dalam Islam tidak akan meminta pandangan di dalam perkara-perkara yang dihasilkan oleh Al-Quran dan as-Sunnah.Kemudian beliau menyebut dihujung perbahasaannya"Demokrasi didalam Islam bukan laungan yang dislogankan tetapi hakikatnya untuk perlaksanaan dan pengalaman yang berdiri di atas iman dengan kemuliaan Islam,penghargaan kebebasan dan pengeratan ikatan-ikatan kemasyarakatan.Dasar keimanan adalah sebaik-baik peraturan untuk sampai kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Disini jelaslah bahawa para ulamak telah membincangkan perlaksanaan demokrasi ini bukan bertujuan untuk membanding-bandingkan ianya dengan agama,yang mana agama adalah sistem yang mencakupi segala aspek kehidupan samada rohani mahupun jasmani.Sementara demokrasi hanyalah tertumpu kepada ilmu siasah dan kemasyarakatan.Agama datang dari pencipta yang maha sempurna dan demokratis datang daripada manusia yang serba kekurangan.

Penglibatan gerakan Islam dalam demokrasi

Sejak kejatuhan khilafah Islamiah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924 tidak wujud lagi kerajaan Islam yang benar-benar berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah.kesannya undang-undang barat dan penjajah yang memisahkan Islam dan pemerintahan telah diamalkan dinegara-negara Islam.Menyedari hakikat inilah maka ulamak telah merasakan bahawa perlunya kepada pemulihan institusi khilafah Islamiah yang runtuh itu.Oleh kerana suasana tempat yang berlainan dan mempunyai perbezaan dari sudut reaksi untuk mendaulatkan Islam maka berlakulah kaedah yang berbeza untuk digunakan bagi menggulingkan kerajaan yang tidak Islam.Maka lahirlah disana kaedah ber"pilihanraya" yang diguna pakai hampir seluruh umat Islam.Kaedah ini telah dan sedang dipraktikkan oleh gerakan Islam untuk mengembalikan khilafah Islamiah dan agak meluas kewujudannya di negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain.Antaranya gerakan Ikhwan Muslimin yang terdapat di Mesir,Jordan,Algeria dan Syria,Parti Refah di Turki,Jamaat Islamiah di Pakistan,India dan Bangladesh,Hizbullah di Sudan dan Parti Islam Semalaysia(PAS) di Malaysia,dan banyak lagi. Mereka ini melibatkan diri kedalam pilihanraya kerana terdapat dasar-dasar dan hak-hak demokrasi yang memberi ruang dan peluang kepada Islam untuk mencapai cita-cita dan tujuannya.Terlibat di dalam pilihanraya juga merupakan perkara yang berhubung kait dengan perkara ijtihad.Islam tidak menentukan secara sabit pengharusan dan pengharamannya.

Ada beberapa alasan yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan kesesuaian keterlibatan di dalam pilihanraya.
Pertama:Tujuan-tujuan pokok bagi gerakan Islam i)Mencorak keperibadian Islam.ii)Menegakkan negara Islam disetiap negara.iii)Menyatukan umat Islam.iV)Menghidupkan khalifah Islamiah.V)Menegakkan negara Islam sedunia.
Kedua:Allah telah memfardukan kepada orang-orang mukmin mendirikan hukum-hukum Islam.
Ketiga:Kaedah Feqh 'Perkara yang asalnya tidak wajib,tetapi tidak sempurna perkara yang wajib kecuali dengannya maka ia juga wajib.Didalam kitab 'Jundullah thaqafah dan akhlak'Sa'id Hawwa menyebutkan"Jihad tidak akan sempurna dengan tidak ada kerajaan Islam yang beriman dengan Islam di setiap negara.Tidak sempurna kewajiban melainkan dengannya,maka ia adalah satu kewajiban.Apabila itu semua tidak sempurna tanpa persiapan,wajib ke atas kita untuk menyediakan persiapan.Apabila ia tidak sempurna tanpa jihad maka wajib keatas kita berjihad.Perkara ini tiada 'ihtimal'lagi,dan wajib keatas setiap muslim di setiap negara menegakkan kerajaan Islam,sebagai suatu maslahah yang lebih utama dari maslahah-maslahah lain.Masalah ini bukan fardhu kifayah dizaman sekarang bahkan ia fardhu ain sehingga tertegaknya negara Islam.Tanpa Islam umatnya pasti akan hancur.
Keempat:Kaedah Feqh'Asal(hukum)pada sesuatu perkara itu adalah harus'.Para ulamak berpendapat sesuatu yang tiada nas kitab dan Sunnah yang mengharamkan penglibatannya di dalam demokrasi selama mana kewajiban dapat dilaksanakan seperti menyuruh kebaikan,mencegah kemungkaran dan menegakkan pendirian Islam.Oleh itu asal sesuatu itu diatas asas hukum harus.
kelima:'Maqasid Syara' yang dituntut apabila tertentu padanya satu cara untuk mencapainya,caa ini akan berhukum seperti hukum maqasid itu.
Keenam:Doktor Yusof Qardawi menyebutmkan didalam kitabnya'Fatawa Mu'asarah dan Feqh Daulah' bahawa "Tidak ada sesuatu halangan syara' dari menceduk sesuatu teori atau penyelesaiaan ilmiah daripada bukan Islam.Nabi telah mengambil teori menggali parit(khandak) di dalam peperangan al-Azhab sedangkan menggali parit daripada uslub tentera Parsi.Rasulullah saw mengambil faedah daripada tawanan Badar yang pandai membaca dan menulis supaya mengajar anak-anak muslimin menulis walaupun mereka syirik.
Ketujuh:Islam memerintah supaya menyampaikan dakwah Islam,mengemukakan undang-undang Islam,mencegah kemungkaran dan bangkit memperbetulkan penyelewengan dan kezaliman.
Kelapan:Rasulullah dan para sahabat mengambil faedah daripada sistem jahiliah untuk kepentingan dakwah Islam.Masyarakat jahiliah mengamalkan sistem 'Himayah Wa Jiwar'(pemeliharaan dan berjiran).Apabila orang lemah berada dibawah perlindungan seseorang atau kabilah yang kuat dan samseng,dia akan selamat daripada pencerobohan dan terus hidup.Contohnya i)Perlindungan Abi Talib terhadap Rasulullah saw untuk menyampaikan Islam.ii)Perlindungan Muthim bin Adi terhadap kepulangan Rasulullah saw daripada Thaif untuk masuk ke Madinah.iii)Perlindungan yang diberi oleh Ibnu al-Daghnah kepada Saidina Abu Bakr RA.

z
Realiti Islam dalam era pendekmorasian

Realiti yang ada masih belum menggambarkan bahawa gerakan Islam mampu untuk mewujudkan apa yang diperjuangkan bagi meletakkan ad-Deen sebagai asas pijakan utama di dalam pentadbiran negara melalui pendekmorasian.Bahkan negara-negara yang dipimpin oleh umat Islam yang meletakkan agama sebagai agama rasmi juga hanyut ditenggelami undang-undang ciptaan manusia sehingga bertapak kukuh,merampas dan mencabul hak-hak perundangan Allah.Gerakan-gerakan Islam sentiasa menghadapi pelbagai suasana kesulitan juga tragdei yang sambung menyambung sehingga kita boleh menyaksikan kemunafikan demokrasi yang ada.Bahkan gerakkan Islam dianggap sebagai golongan 'fundamentalis Islam' atau 'militan Islam'.

Senario yang berlaku kearah kebangkitan umat Islam di Turki khasnya dan dunia amnya dalam penglibatan mereka dalam pilihanraya dapat kita perhatikan melalui:
i)Kemenangan Parti Refah di Turki sehingga berjaya membentuk kerajaan.Walaupun telah berkuasa di Turki,parti politik ini tidak dapat menjalankan program Islamnya kerana mendapat penentangan daripada pihak tentera.Tentera mempunyai peranan yang tersendiri dalam perlembagaan Turki.Pihak tentera masih lagi dengan ideologi lamanya iaitu prinsip Kemalisme dan sekularisme.Prinsip ini menyatakan bahawa Turki adalah sebuah negara sekular yang moden dan bersatu padu.Peranan tentera ialah untuk mengekalkan perpaduan rakyat dan keutuhan negara serta pelindung kepada ideologi negara.Semenjak berkuasa parti Refah telah menghadapi laluan sukar untuk menerapkan Islam dalam pemerintahannya.Pihak tentera yang bimbang dengan kebangkitan Islam sentiasa meneliti perkembangan parti tersebut dan sentiasa menimbulkan tekanan dan suasana tegang dalam negara yang akhirnya membawa kepada pengharaman Parti Refah ini.
ii)Penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi adalah merupakan satu proses berorientasikan 'safety valves' dimana selagi mana gerakan Islam dilihat sebagai berkuasa maka selagi itulah mereka akan dibenarkan turut terlibat dalam proses demokrasi.Mereka tidak akan sama sekali membenarkan gerakan Islam menguasai dunia bahkan sentiasa memperhatikan gerak-geri yang dilakukan oleh gerakan Islam dan membuat pelbagai ancaman bagi memastikan gerakan Islam tidak menguasai politik Islam yang sebenar.Mereka mungkin hanya memberikan ruang bernafas bagi gerakan Islam di acara demokrasi tetapi tidak sekali-kali memberikan kemutlakan demokrasi kepada gerakan Islam.

Walaupun kita telah meninjau betapa pendemokrasian yang ada menampakkan ketidaktelusannya namun ruang dan peluang masih mampu diberikan oleh sesetengah negara.Justeru itu gerakan Islam yang mampu mencapai kemenangan melalui proses demokrasi hendaklah meneruskannya kerana cara yang sebegitu adalah cara yang dianggap cermat dan teliti daripada melalui kaedah peperangan dan revolusi.Namun jika sekiranya demokrasi menghalang bagi mencapai tujuan itu gerakan Islam mestilah mencari cara lain yang difikirkan masih selamat dan serasi dengan keadaan setempat daripada dua cara yang disebutkan tadi.

Al-Quran
Majalah Manar Al-Islam (mei-april 2005)
Islam Wad Demokratiah
Feqh Daulah (Dr Yusuf Al-Qardawi)

#artikel lengkap di Warta PMRAM -oktober 2007-

Read More...

Read More...

Peristiwa Ramadhan

Kedatangan Ramadhan sentiasa mengingatkan kita kepada kejayaan-kejayaan generasi Islam yang awal. Sebagai menggambarkan betapa kekuatan umat Islam yang sebenar adalah pada iman dan komitmennya terhadap perintah Allah, bulan Ramadhan terus menggagahi mereka untuk mara menempa kecemerlangan, sama ada dalam rangka usaha menyampaikan risalah Islam ke kawasan-kawasan baru, mahu pun mempertahan diri dari ancaman musuh dan penjajahan kufar. Renungilah catatan-catatan di bawah, semoga pulih kembali semangat kita untuk bangkit mengibarkan panji Rasulullah SAW.


Pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfudz ke Baitul ‘Izzah (Langit Pertama), Hal ini dijelaskan oleh firmanNya di dalam surah Al-Qadr. Ini berdasarkan keterangan Ibnu Abbas RA : “"Allah menurunkan Al-Quran Al-Karim keseluruhannya secara sekali gus dari Luh Mahfudz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks pelbagai peristiwa selama 23 tahun."

Al-Quran seterusnya diturunkan buat kali pertama kepada junjungan mulia Rasulullah SAW oleh Jibrail AS pada bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah iaitu firman Allah SWT di dalam Surah Al-Alaq ayat 1-5. Pada tahun ke-3 sebelum Hijrah, Saidatina Khadijah RA telah kembali ke rahmatullah. Manakala pada tahun 1H, Rasulullah SAW menghantar Hamzah bin Abd Muttalib RA bersama 30 orang pengiring ke Saif Al-Bahr menyiasat 300 tentera Quraish yang berhimpun di sana. Baginda juga telah memerintahkan supaya Masjid Dhirar yang dibina oleh kaum Munafiq dirobohkan. Pada tahun 2H, Zakat fitrah mula disyariatkan. 17 Ramadhan 2H Peperangan Badar Al-Kubra terjadi. Ia merupakan pertempuran besar-besaran pertama kaum muslimin menentang kufar. 5H persiapan dimulakan untuk menghadapi serangan yang kemudiannya berlaku pada bulan Syawal iaitu Peperangan Khandaq (Al-Ahzab).

Pada tahun 6H, Zaid bin Harithah RA dihantar ke Wadi Al-Qura untuk bertemu dengan Fatimah bt Rabiah, permaisuri di kawasan berkenaan. Pihaknya telah merompak rombongan Zaid RA sebelum itu. Fatimah terbunuh di bulan Ramadhan semasa berhadapan dengan tentera muslimin ini. Ramadhan 7H pula, Ghalib bin Abdullah Al-Laithi RA mengepalai 130 gerombolan tentera Islam menentang Bani 'Awâl dan Bani 'Abd bin Tha'lbah.

10 Ramadhan 8H, Nabi SAW mula melancarkan tentera untuk membebaskan Mekah dari kekufuran dan syirik, ekoran dari pencabulan perjanjian Hudaibiyah. 20 Ramadhan tahun itu, Mekah akhirnya berjaya ditawan oleh tentera Nabi SAW. Peristiwa Futuh Al-Makkah ini memberikan anjakan paradigma kepada Islam dan kekuasaannya. Sejurus selepas itu, Baginda SAW mengutus beberapa kumpulan sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

Manakala pada bulan Ramadhan tahun 9H, Baginda SAW telah pulang bersama tentera Islam daripada Peperangan Tabuk yang berlangsung selama 50 hari. Ia merupakan peperangan terakhir yang disertai oleh Baginda SAW. Delegasi Tsaqif kemudiannya bertemu dengan Nabi SAW sekembalinya Baginda SAW dari Tabuk dengan tujuan untuk menyatakan keIslaman mereka. Pada bulan itu juga Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.

Pada tahun 10H, Baginda mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari. Ramadhan tahun itu juga Baginda SAW telah mengasingkan dirinya selama 20 hari, tidak 10 hari sebagaimana kebiasaan yang Baginda SAW lakukan pada Ramadhan tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah petanda utama kembalinya Baginda SAW ke rahmatullah beberapa bulan berikutnya.

Tahun 53H, pejuang Arab Islam telah berjaya menakluki pulau Rudes. 2 Ramadhan 2H, Al-Maghreeb Al-Awsath telah menerima Islam. 7 Ramadhan 89H, Daher King of Sind terbunuh. Pada tahun 91H, Pejuang Islam di bawah kepimpinan Tariq ibn Ziyad mula mendarat di Selatan Andalus. 28 Ramadhan 92H, Tariq bin Ziyad dan tenteranya dapat mengalahkan King Roderic of the Visigoths di dalam satu peperangan sengit. Pada 1 Ramadhan 114H, Peperangan Balat Asy-Syuhada berlaku. Ramadhan 132H, berakhirnya pemerintahan Bani Umaiyyah. Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama. 6 Ramadhan 222H, merupakan tarikh pembukaan Islam di kawasan Amouriah. Universiti Al-Azhar telah siap dibina pada Ramadhan 361H. Salahuddin Al-Ayyubi berjaya membebaskan Palestin dan Syam amnya dari penguasaan tentera Salib pada Ramadhan 585H. Tentera Islam pula telah berjaya mengalahkan tentera Perancis yang dipimpin oleh Louis the 9th. Louis telah dipenjarakan di Mansurah pada tahun 647H. 25 Ramadan 658H, Peperangan Ain Jalut berlaku. Saifuddin Al-Qatz berjaya mengalahkan tentera Tatar yang telah menghancurkan Baghdad daripada bergerak ke Mesir bagi menawan Kaherah. 14 Ramadhan 666H, kawasan Antakya yang menjadi pusat Kristian telah berjaya ditawan.

Sesungguhnya masih banyak lagi cacatan mengenai peristiwa-peristiwa seumpama ini yang boleh dicatatkan, terutamanya di zaman pemerintahan Khilafah Othmaniyyah sendiri. Walau bagaimana pun, apabila penggunaan kalender Islam mengalami perubahan, catatan juga telah dilakukan dengan menggunakan taqwim yang berbeza. Selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah pada tahun 1924, umat Islam secara rasminya mula menggunakan kalender Gregorian dan meninggalkan kalendar Islam mahu pun kalender Othmaniyyah sendiri. Namun Insya Allah, masalah ini boleh diatasi dengan usaha gigih kita untuk mengembalikan identiti Islam di dalam segenap aspek kehidupan, individu, keluarga, masyarakat mahu pun negara.

Semoga Ramadhan kali ini dapat menjadi pemangkin yang membarakan semangat jihad di dalam diri kita. Sesungguhnya mereka yang mati dalam keadaan tidak pernah berjihad atau memasang niat untuk berjihad, maka matinya adalah di atas salah satu cabang nifaq!

Read More...

Ramadhan kita...Ramadhan mereka


Segala puji bagi Allah SWT yang telah memanjangkan usia menemui Ramadhan tahun yang ini penuh bermakna. Salam dan selawat terhadap Junjungan Mulia Rasulullah SAW yang telah memberikan teladan mulia yang berkekalan. Seterusnya buat para sahabat RA, sekalian tabien dan para pendukung agama Allah SWT hingga ke hari kesudahan... Amma Ba'd.

MASA... ADAKAH ALASAN UNTUK MENGABAIKANNYA?

Umat Islam telah terdidik oleh Allah SWT untuk sentiasa sensitif dengan masa. SumpahNya kepada beberapa perkara di dalam Al-Quran adalah sebagai isyarat besar akan kepentingannya. Allah SWT bersumpah dengan masa di dalam begitu banyak ayat Al-Quran sebagaimana firmanNya di dalam Surah Wal-Asr (Masa), Al-Fajr (Waktu Fajar), Al-Lail (Waktu Malam), Ad-Dhuha (Waktu Dhuha) dan sebagainya. Begitu juga, beberapa hari di dalam kalender Islam dimuliakan Allah SWT dengan kelebihan-kelebihan tertentu sebagaimana disunatkan kepada kita untuk melakukan ibadat-ibadat tertentu seperti berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain. Apatah lagi jika persoalan bersolat fardhu lima waktu diutarakan, semestinya tiada alasan untuk para muslimin mengabaikan kepentingan masa kerana seluruh hidupnya telah diprogramkan oleh Allah SWT agar sentiasa berhubung kait dengan masa. Lantaran kesedaran inilah generasi Islam di masa lampau mencapai kegemilangan kerana motivasi Allah SWT di dalam Surah Asy-Syarh (94) ayat 7:


"Dan apabila kamu telah selesai (melakukan sesuatu perkara), maka hendaklah kamu( terus bersegera) melakukan (perkara) yang lain pula..."

TAWARAN ISTIMEWA RAMADHAN MULIA

Ramadhan kembali muncul membawa janji-janji Allah yang tidak mungkin terabai oleh mereka yang sedar lagi berfikir. Alangkah adilnya Allah SWT, dijadikanNya kita ini tidak segagah dan sepanjang usia umat-umat yang terdahulu, tetapi diberikanNya saham pelaburan yang mudah untuk melipatgandakan amalan. Hanya dengan mengeluarkan secebis tenaga meredah kemalasan menuju ke masjid untuk solat berjemaah, digandakanNya pahala sebanyak 25 atau 27 kali ganda. Maka Ramadhan pula muncul dengan gandaan-gandaan yang lebih besar dan utama, terutamanya malam Lailatul Qadar yang disebut sebagai lebih utama dari kebajikan 1000 bulan atau kira-kira 83 tahun! Amalan-amalan yang lain pula diberikan pahala sebanyak 10 kali ganda berbanding dengan amalan yang sama tetapi dilakukan di luar bulan Ramadhan. Allah Yang Maha Kaya... pemberian yang tidak menyusutkan keagungan, kurniaan yang tidak mengurangkan perbendaharaan.

Walau bagaimanapun, soal banyak mana Allah SWT mahu memberikan kelebihanNya kepada kita adalah soal kedua. Imam Al-Ghazali di dalam kitab kecilnya yang bermakna besar menyebut tentang perihal pentingnya kita meninggalkan 'khulasatul 'amal' iaitu dengan melakukan ibadat sebanyak-banyakkan tanpa dihitung berapa atau banyak mana yang akan diperolehi. Janji-janji Allah itu sepatutnya lebih dilihat sebagai targhib (galakan) untuk kita memanfaatkan bulan tarbiah, madrasah Ramadhan ini.

LAPAR DAHAGA MELEMAHKAN UMAT?

Suatu ketika seorang pemimpin di salah sebuah negara Arab Afrika Utara menuduh bahawa puasa Ramadhan mengurangkan daya kerja rakyatnya lantas menjejaskan produktiviti negara. Tuduhan itu tidak bersendirian menempelak umat bahkan kita biasa mendengar di penjuru-penjuru alam, ramai yang menjadikan hawa nafsu sebagai Ilah selain Allah, mempersalahkan Ramadhan secara peluru tabur tanpa menetapkan sasaran yang betul. Dakwaan seumpama ini bukan sahaja datangnya dari orang yang jahil hidayah atau buta petunjuk, bahkan mereka menafikan bukti sejarah yang tidak pernah menipu.

Jika direnung kepada sejarah umat Islam, ternyata bulan Ramadhan adalah di antara bulan yang paling banyak mencatat kegemilangan dan kemenangan. Sekadar menyebut beberapa contoh, Ramadhan telah menyaksikan kemenangan Islam di dalam Peperangan Badar Al-Kubra, Pembebasan Palestin oleh Salahuddin Al-Ayyubi, kemenangan Saifuddin Al-Qatz di dalam peperangan 'Ain Jalut bahkan lebih awal dari itu, bumi Andalus menerima kunjungan petunjuk dan rahmat Islam dengan kemenangan Tariq bin Ziad bersama tenteranya.

Umat Islam sejak zaman berzaman adalah umat yang kecemerlangan dan kekuatannya tidak diukur pada tubuh badan, bilangan atau apa-apa yang bersifat material dan fizikal. Semakin ia kurang melelapkan mata pada waktu malam, semakin gagah ia berjuang di siang harinya. Semakin ia tidak menyahut rengek-rengek perut seketika dalam sehari, semakin ia mara ke medan kejayaan. Begitulah kehebatan umat Rasulullah SAW, hanya yang meneropong dengan kacamata Islam sahajalah, mampu memahami hakikat ini.

MENGAPA RAMADHAN KINI BERBEZA?

Dalam kebanggaan kita menjunjung realiti sejarah, fikiran tidak pula lupa melontarkan persoalan mengapa semua itu tidak kelihatan di hari-hari kita kebelakangan ini. Jika dulu umat yang sama membuka lembaran-lembaran sejarah penuh gagah di bulan Ramadhan, umat hari ini ditimpa bencana yang tidak kesudahan. Lihat sahaja pada bulan Ramadhan 1414H, sejumlah umat Islam yang sedang bersujud menunaikan solat Subuh di pagi Jumaat yang mengheningi Masjid Ibrahim Al-Khalil, Palestin, mereka telah ditembak mati oleh tentera-tentera Yahudi tanpa belas kasihan. Reaksi umat pula hanyalah kemarahan sementara sambil menurunkan tiang separuh bendera!

Sesungguhnya Ramadhan tidak pernah berbeza. Janji Allah tidak pernah berubah. Maka yang kini sudah tidak seperti dulu, adalah kita sendiri. Betapa hari ini kualiti kita sudah tidak sehebat umat silam, walaupun kuantitinya mungkin menggerunkan catatan statistik kira-kira. Semakin banyak makanan, umat semakin lapar. Semakin banyak kekayaan, umat semakin faqir kedana. Semuanya itu adalah berpunca daripada tersasarnya kita dari matlamat sebenar. Kita bagaikan anak panah yang dilancarkan dari panahan yang sama, tetapi tersasar tuju ke kesudahan yang berlainan.

PESTA PAHALA ATAU PESTA SUKARIA?

Jika dulu, Nabi SAW hanya berbuka dengan butiran tamar dan sesekali dengan tegukan susu, kini kita jauh berbeza, mengejar iftar di masjid termewah. Solat tarawih mencari masjid terpantas atau mungkin terpendek, moreh mencari hidangan terlazat lagi percuma. Itulah sahaja tajuk perbualan di saat-saat detik masa mendekati waktu berbuka, maka akhirnya kekenyangan lantas mendirikan qiyam Ramadhan dengan penuh kemalasan dan sambil lewa.

SYUKUR SEMUANYA BELUM TERLAMBAT

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna pernah menyebut di dalam muqaddimah kitab kecil karangan Abbas As-Siesie bertajuk At-Thariq ila Al-Qulub (Jalan Menuju ke Hati):

"Wahai saudara, janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak muslimin. Hakikat yang ada pada hari ini adalah mimpi semalam, manakala mimpi hari ini bakal menjadi hakikat esok. Pihak yang lemah tidak akan lemah selamanya kerana yang kuat itu akan beransur-ansur menjadi tua dan uzur. Setiap makhluk ada ajalnya maka setiap kezaliman ada kesudahannya!"

Maka tidak ada istilah sudah terlewat di dalam kamus kita, melainkan setelah nyawa sampai ke halqum atau mentara terbit di barat sana. Tidak ada kemustahilan untuk kita mengembalikan kegemilangan Islam yang lampau, asalkan kita menjejaki perjalanan mereka berbekalkan apa yang telah memajukan mereka.

MADRASAH RAMADHAN UNTUK TAQWA, JIHAD DAN KEMENANGAN

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu termasuk di dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa"

Perkataan 'semoga' di dalam ayat di atas sepatutnya menggerunkan kita, bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa, mungkin sebahagian beroleh taqwa dan mungkin pula sebahagian yang lain hanya mewarisi lapar dan dahaga. Sabda Nabi SAW: "Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga." Sabda Nabi SAW lagi: "Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan amin' maka kuucapkan, 'Amin.' " (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah) Lantas dengan peringatan ini, marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan kita melayani pengajian dan urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana kata Saidina Ali RA: "Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang untuk beramal"

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Read More...

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan DPMM




Read More...

Looking for my viva

'

Read More...

Kisah Fatimah R.Ha Mengisar Gandum

Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Faimah r.ha dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?"
Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayah menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Terdengar kata-kata itu hati Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan:

BismillahirRahmanirRahim
Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar. Lalu baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar."

Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkatakata. "Demi Allah yang menghantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak memberi jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah batu, namun kau takut pada api neraka.

Alat pengisar menjawab:
"Wahai Rasulullah, aku telah terdengar kata-kata ini dari Al Ouran: Wahai orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras tidak menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikal Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau: Beritahu batu itu berita gembira bahawa Allah telah menganugerahhan pada batu itu heselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini.

Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:
"Wahai Faitmah, sekiranya bergitulah kehendak Allah, pengisar itu akan berkerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darajatmu kerana tanggung jawab yang berat itu."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit dl antara dirinya dengan api nereka jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal benang Allah akan mencatatkan unuknya perbuaan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di harl akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal akan benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka AIIah akan mencatatkan bagi0nya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya menyikatnya mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak Itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati."
(Riwayat Abu Hurairah)

Read More...

CERITA SEORANG HAMBA ALLAH

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang ia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi. jeng!jeng jeng!...bunyi ....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. Sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni.Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. Naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni....habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, " Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitk madu si hamba Allah tu lupa pada Harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

INGATLAH dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang

Read More...

Sampai bila anda harus berasa selesa?


Pernahkah anda terdengar ungkapan-ungkapan sebegini "Imtihan lambat lagi,Alah,si anu tu gada' (budak bijak),Program belum pun start lagi,Lama-lama kita akan lulus juga" dan macam-macam lagi yang menyebabkan seseorang itu sentiasa leka dan "selesa" dengan situasi tersebut?


Apa perlunya kita membina kejayaan?Untuk apa bersusah payah dan berhempas pulas?Bukankah hidup tidak mensyaratkan kejayaan sebagai tiket kebahagiaan?Mengapa perlu bersusah payah mengejar kecemerlangan sedangkan kecemerlangan itu sendiri menjanjikan cabaran-cabaran tanpa penyudah?

Soalan begini selalu ditanyakan oleh mereka yang percaya hidup perlu dilalui seadanya.Bagi golongan ini,memburu kejayaan hanya menyukarkan hidup.Selama tidak menyusahkan orang,laluilah hidup mengikut kebiasaannya sahaja.Yang penting bahagia!

Pendirian semacam ini memang tiada salahnya.Tiada cacat celanya di mana-mana.Namun,kalau kita melihat kehidupan itu sendiri sebagai satu perlumbaan,sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan di belakang.Berada pada kedudukan "corot" dalam apa-apa pertandingan memang memalukan.

Adakah anda rela berada di tempat paling belakang?

Lalang,tumbuhan yang sering dikatakan tidak berguna kepada manusia,sentiasa bersaing untuk tumbuh lebih tinggi,lebih subur dan lebih menonjol.Haiwan liar dihutan sentiasa berjuang untuk hidup,ayam peliharaan juga sanggup berkelahi untuk mendapat lebih makanan.Malah siang dan malam saling kejar mengejar, sebagai beberapa contoh kehidupan itu adalah persaingan dan pertandingan.Mengapa tidak kita, manusia yang dikurniakan akal,berkebolehan dan keinginan-keinginan tertentu?

Hidup ini tidak bererti apa-apa bagi orang yang tidak mahu.Orang yang tidak mahu memang cukup selesa dengan kehidupan yang sedia dilaluinya.Maka itu,tidak hairan kalau kita melihat kebun yang semak samun itu pemiliknya orang melayu,manakala kebun yang bersih dimiliki oleh bangsa asing.Mengapa kita menjadi begitu pasif dengan hidup dan merasakan hidup bukan persaingan,bukan perjuangan dan bukan pertandingan"kalah mati"?

Hidup perlu diisi dengan matlamat.Matlamat perlu dikejar.Mengejar matlamat perlulah berlari.Berlari pula perlu kesungguhan supaya benar-benar sampai kepada matlamat.Mencapai matlamat itu adalah kejayaan.Kejayaan lambang keunggulan,mungkin diri sendiri,bangsa yang diwakilinya malah negara dimana dia berada.Bangsa yang belum pernah menempah kejayaan akan sentiasa dipandang rendah dan bakal menjadi permainan bangsa-bangsa yang lebih menonjol.

Adakah anda rela melihat keadaan ini berlaku?

Ramai orang terperangkap dalam zon selesa.Zon ini membuatkan orang yang berasa selesa berada dalam "tempurung" yang diserkup keatas kepala mereka.Bangsa yang dipeluk zon selesa lebih rela berkata,"Tak apa," daripada,"Kita perlu bersaing,"

Zon selesa membuatkan ramai orang tidak sedar pinggir sungai di mana dia berada sedang terhakis.Jika dia teruslalai dia akan jatuh apabila tanah tempat dia berpijak itu dimakan hakisan.Tetapi dengan selesa mungkin dia berkata,"Tak apa,kalau tempat aku berpijak ini terhakis aku boleh naik lagi ke atas," walhal semakin terhakis bermakna dia semakin hilang tempat berpijak.Orang yang tidak terperangkap dalam zon selesa nampak betapa dia patut bertindak membina benteng agar tebing tidak terus terhakis.Menyelamatkan tebing lebih utama daripada berlari menjauhi tebing.

"Tak apalah orang berjaya asalkan aku tak mengganggu orang lain.Tak apalah orang sampai dulu ke garisan penamat asalkan sampai juga.Tak apalah orang boleh dapat jayyid atau imtiaz asalkan aku lulus juga.Boleh balik Malaysia juga nanti.

Prinsip-prinsip begini pasti menebalkan lagi zon selesa.Niat asalnya baik iaitu tidak mahu mengganggu orang lain,tetapi dalam jarak waktu,sikap tidak merasakan diri bebas daripada tanggungjawab mengejar kejayaan amat merugikan kesemuanya.Sebagai insan biasa,dia rugi kerana tidak merebut apa yang sepatutnya dia rebut.Sebagai insan beragama,dia rugi sebab menidakkan perintah berusaha dengan gigih.

Terperangkap dalam zon selesa

Apakah yang menyebabkan seseorang itu boleh bersikap tak apa,lalu terperangkap dalam zon selesa? Memetik kata-kata seorang motivator antaranya ialah:

Merasakan tidak perlu bersaing kerana sudah selesa dengan kedudukan sedia ada.Penyakit ini selalu menimpa kepada masyarakat luar bandar akibat pesimistik terhadap hidup.Selagi ada duit sedikit untuk membeli keperluan-keperluan hidup seperti beras,garam,bawang itu dikira selamat dan tidak perlu meningkatkan usaha untuk merubah kehidupan.

Merasakan diri tuan di tempat sendiri.Penyakit ini biasanya menimpa penduduk pribumi sesebuah negara.Mereka selesa hidup seadanya kerana merasakan negara itu adalah hak mereka serta pemerintah pasti akan membantu,membela dan mengutamakan mereka dalam segala hal dan keadaan.Berbeza dengan para pendatang,mereka merasakan tanpa berusaha bersungguh-sungguh mereka akan mati kebuluran.kehidupan tidak mungkin dapat dinikmati tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

Salah faham terhadap prinsip hidup yang sebenar.Sikap ini lahir daripada falsafah-falsafah kuno misalnya,"Rezeki secupak takkan jadi segantang,ulat dalam batu pun boleh hidup,inikan pula manusia," dan penggunaan istilah "Insya-Allah",yang diertikan dalam skop yang sempit.

Bagi saya kita tidak boleh berhenti berusaha lantaran kita tidak pernah tahu apakah sekian-sekian banyak rezeki yang telah ditentukan Allah kepada kita.Siapa yang tahu rezeki kita itu banyak mana dan bilakah kita akan mendapatkanny?Oleh itu,tentulah kita tidak boleh sewenang-wenangnya berkata,"Rezeki aku banyak ni,sebab dah ditentukan di Luh Mahfuz,"lantaran kita tak pernah tahu dan berpeluang menyemak banyak manakah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah itu kepada kita di sana.

Oleh sebab itu kita tidak tahu dan tiada siapa pun yang akan tahu,kita tidak boleh berhenti berusaha.Siapa tahu rezeki kita lebih banyak daripada apa yang kita sangkakan dan hal itu telah tercatat di sana,tetapi disebabkan kita kurang berusaha membuatkan kita menyangka setakat itulah yang telah ditentukan buat kita.

Berasa cukup itu bagus kerana ia menolak sikap haloba.Agama mengutuk orang yang haloba dan tidak pernah tahu berasa puas.Namun,agama juga tidak menyuruh penganut-penganutnya berpeluk tubuh,berasa selesa di tengah-tengah perlumbaan sengit.Kita diperintah membina sebanyak-banyak kekayaan bahkan kemelaratan itu disifatkan oleh agama sebagai ciri-ciri yang boleh membawa kepada kekufuran.

Jadi,apakah andaka akan terus selesa untuk berkata,"Tak apa?" dan membiarkan diri anda terus dibelenggu "tempurung" yang bernama Zon Selesa? Sedangkan orang lain terus meragut hak-hak anda,dibumi kelahiran anda?

Read More...

Lepas satu..satu..


Belum reda lagi kes pembunuhan diMansurah, berlaku sedikit kekecohan lagi apabila seorang lagi sahabat kita lemas ketika mandi disungai Nil pada hari semalam 29/6/07.Sekarang masih dirawat di Hospital Universiti Mansurah dan ditahan selama 3 hari di dalam wad.Ntah lepas satu..satu..Apapun kita doakan semoga beliau cepat sembuh.

Read More...

Mansurah 2007


Sudah lebih 2 minggu peristiwa kejadian yang meragut nyawa sahabat kita akibat kecederaan parah selepas ditetak berkali-kali.Seingat saya ini kali kedua pelajar malaysia meninggal dunia diMansurah selepas kematian seorang pelajar dari sabah yang terjatuh dari banggunan tingkat 4 kira-kira empat tahun dulu.

Sehingga hari ini kes kematian atau pembunuhan tersebut masih lagi diperkatakan.Bermula dari berita dikaca tv,akhbar-akhbar perdana diMalaysia sehinggalah laman-laman blog ada sahaja membuat ulasan dan liputan mengenainya.Ada yang menyentuh tentang punca sebenar yang berlaku,ada yang mengolah pandangan itu dan ini.Ada juga yang memberi respon tentang situasi yang berlaku selepas ini bahkan timbul pelbagai reaksi dan persoalan yang tidak terduga oleh saya sendiri.Antaranya ada yang menyatakan hubungan arab tempatan dengan pelajar malaysia sudah tidak akrab lagi sehingga orang arab sudah tidak menunjukkan rasa hormat dengan kita malah ada yang takut bila berjumpa dengan orang Malaysia.Hal ini menunjukkan seolah-olah pelajar-pelajar disini terlalu naif pada pandangan orang luar.Khabar-khabar angin kadang-kala di'sensasi'kan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kebimbangan kita malah keluarga diMalaysia.

Saya tak mahu mengulas panjang tentang kes ini kerana sehingga hari ini kes tersebut masih lagi dibicarakan.Apa yang diketahui hanyalah beberapa andaian-andaian (walaupun suspek sudah mengaku membunuh tetapi motif masih tidak dapat dibuktikan oleh pihak polis).Seperti kata Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi Mansurah,'..kalau nakkan kepastian pergi sendiri kemahkamah bagi mengikuti perbicaraan kes ini..'

Memang sekali imbas ianya banyak memberi kesan kepada pelajar wafidin khususnya Malaysia.Bahkan mungkin juga pada al-Azhar sendiri.Bayangkan bagaimana sekiranya isu seperti ini dijadikan modal oleh golongan musytasyrikun (Orientalis) bagi menjatuhkan al-Azhar dan Islam itu sendiri.


suram dan tenang

Minggu ini ramai yang telah pulang ke Malaysia,dan beberapa hari kedepan ramai lagi yang akan menyusul.Yang penting sekarang ini suasana diMansurah tetap berjalan seperti biasa.Pelajar-pelajar Malaysia tetap menjalankan kegiatan harian seperti sebelum ini.Kuliah pun dah boleh dibuka untuk beriadah pada waktu petang.Masyarakat tempatan tetap masih lagi memandang orang Malaysia sebagai ahsan nas (sebaik-baik manusia) hanya segelintir sahaja yang tetap nakal seperti sama sahaja sebelum kejadian ini berlaku.Tetapi tidak dinafikan ada sedikit kejutan daripada masyarakat setempat.Hal ini dapat ditangani sekiranya kita bijak bermu'amalah dengan mereka serta tidak cepat melatah bila ada yang memandang sinis dan bertanya itu dan ini.Sebenarnya banyaklah kes-kes yang lebih dasyat berlaku disini.Baca sahaja akhbar harian tempatan seperti al-wafd,al-ahram dan al-hawadis.

Banyak perkara boleh dimuhasabahkan daripada kejadian yang menyayat hati ini.Antara yang sempat saya coretkan disini ialah kita hendaklah berhati-hati dengan setiap khabar angin yang kita terima.Kadang-kadang berita yang diterima jauh menyimpang dari hal yang sebenar.Keduanya hendaklah menjaga tindak-tanduk dan mu'amalah baik sesama kita mahupun sesama masyarakat tempatan.Firman Allah yang bermaksud "Janganlah engkau palingkan muka engkau terhadap manusia(kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong,sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membanggakan diri" (Luqman:18).Kita dianjurkan bersifat sederhana dalam perkataan mahupun tindakan bagi mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian.Dengan langkah yang sederhana menuju kepada matlamat yang mulia.Manakala merendahkan suara pula adalah melambangkan ada yang murni,kepercayaan diri dan keyakinan pada perkara yang disuarakan.Berlidah tajam dan bercakap kasar merupakan adab yang buruk dan keji.Akhir sekali hendaklah kita sabar dan tenang dengan apa yang berlaku.Kita serahkan sahaja kepada Allah dalam menilai dan menentukan setiap hikmahnya.

al-Fatihah buat arwah Mohammad b. Ishak.

Read More...


Ya Ibni ( Wahai anakku)


Ya ibni
Lahirmu kedunia hanyalah satu pinjaman
Yang dimas'ulkan kepada orang tuamu
memenuhi tuntutan kalimah tauhid
Tidaklah aku perlu mencukupkan kamu
sedangkan kamu telahpun dicukupkan
Kelak kamu akan dewasa
mengenali dunia sebelum kealam fana
merentasi gelombang keasyikan dunia
semenjak engkau lahir kedunia
engkau telah berundur daripadanya dan menuju keakhirat
Perkampungan akhirat yang ditujui itu
adalah lebih hampir daripada perkampungan
yang telah engkau tinggalkan

Ya ibni
Akan datang kepada manusia nanti
suatu zaman yang tidak tenang mata orang alim..
dikala manusia berbangga
dengan pertuturan mereka yang indah
maka senangilah hatimu
dengan keindahan diammu
berwasapadalah daripada berdusta
dan berakhlak buruk
sesungguhnya orang berbohong akan hilang air mukanya
dan siapa yang buruk amalannya
maka banyak berdukacita
kasihilah temanmu dan teman bapamu
jangan pula kamu ghairah
untuk mengasihi orang jahil
kerana dia akan menganggap
kamu redha dengan amalannya
janganlah memandang remeh
kemarahan orang yang bijaksana
kerana kemarahan itu
menyebabkan ia berberat hati terhadapmu

Ya ibni
Setiap amalan tidak dapat dilakukan
melainkan dengan keyakinan
sesiapa yang lemah keyakinannya
maka lemahlah amalannya.
Apabila syaitan cuba datangkan keraguan
maka kalahkanlah ia dengan keyakinan dan nasihat
Apabila syaitan cuba datangkan rasa jemu dan malas
maka kalahkan ia dengan mengingati kubur dan kiamat
Apabila syaitan cuba datangkan sifat tamak dan gementar
maka beritahunya bahawa
dunia akan dipisahkan dan ditinggalkan
Sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam
ramai manusia yang tenggelam di dalamnya.
Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu,
iman sebagai penumpang
tawakkal sebagai layar,
semoga akan memperolehi kejayaan




Read More...

Sekadar peringatan...

Teka-teki Imam Ghazali.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’

Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.

Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Read More...