Mansurah 2007


Sudah lebih 2 minggu peristiwa kejadian yang meragut nyawa sahabat kita akibat kecederaan parah selepas ditetak berkali-kali.Seingat saya ini kali kedua pelajar malaysia meninggal dunia diMansurah selepas kematian seorang pelajar dari sabah yang terjatuh dari banggunan tingkat 4 kira-kira empat tahun dulu.

Sehingga hari ini kes kematian atau pembunuhan tersebut masih lagi diperkatakan.Bermula dari berita dikaca tv,akhbar-akhbar perdana diMalaysia sehinggalah laman-laman blog ada sahaja membuat ulasan dan liputan mengenainya.Ada yang menyentuh tentang punca sebenar yang berlaku,ada yang mengolah pandangan itu dan ini.Ada juga yang memberi respon tentang situasi yang berlaku selepas ini bahkan timbul pelbagai reaksi dan persoalan yang tidak terduga oleh saya sendiri.Antaranya ada yang menyatakan hubungan arab tempatan dengan pelajar malaysia sudah tidak akrab lagi sehingga orang arab sudah tidak menunjukkan rasa hormat dengan kita malah ada yang takut bila berjumpa dengan orang Malaysia.Hal ini menunjukkan seolah-olah pelajar-pelajar disini terlalu naif pada pandangan orang luar.Khabar-khabar angin kadang-kala di'sensasi'kan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kebimbangan kita malah keluarga diMalaysia.

Saya tak mahu mengulas panjang tentang kes ini kerana sehingga hari ini kes tersebut masih lagi dibicarakan.Apa yang diketahui hanyalah beberapa andaian-andaian (walaupun suspek sudah mengaku membunuh tetapi motif masih tidak dapat dibuktikan oleh pihak polis).Seperti kata Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi Mansurah,'..kalau nakkan kepastian pergi sendiri kemahkamah bagi mengikuti perbicaraan kes ini..'

Memang sekali imbas ianya banyak memberi kesan kepada pelajar wafidin khususnya Malaysia.Bahkan mungkin juga pada al-Azhar sendiri.Bayangkan bagaimana sekiranya isu seperti ini dijadikan modal oleh golongan musytasyrikun (Orientalis) bagi menjatuhkan al-Azhar dan Islam itu sendiri.


suram dan tenang

Minggu ini ramai yang telah pulang ke Malaysia,dan beberapa hari kedepan ramai lagi yang akan menyusul.Yang penting sekarang ini suasana diMansurah tetap berjalan seperti biasa.Pelajar-pelajar Malaysia tetap menjalankan kegiatan harian seperti sebelum ini.Kuliah pun dah boleh dibuka untuk beriadah pada waktu petang.Masyarakat tempatan tetap masih lagi memandang orang Malaysia sebagai ahsan nas (sebaik-baik manusia) hanya segelintir sahaja yang tetap nakal seperti sama sahaja sebelum kejadian ini berlaku.Tetapi tidak dinafikan ada sedikit kejutan daripada masyarakat setempat.Hal ini dapat ditangani sekiranya kita bijak bermu'amalah dengan mereka serta tidak cepat melatah bila ada yang memandang sinis dan bertanya itu dan ini.Sebenarnya banyaklah kes-kes yang lebih dasyat berlaku disini.Baca sahaja akhbar harian tempatan seperti al-wafd,al-ahram dan al-hawadis.

Banyak perkara boleh dimuhasabahkan daripada kejadian yang menyayat hati ini.Antara yang sempat saya coretkan disini ialah kita hendaklah berhati-hati dengan setiap khabar angin yang kita terima.Kadang-kadang berita yang diterima jauh menyimpang dari hal yang sebenar.Keduanya hendaklah menjaga tindak-tanduk dan mu'amalah baik sesama kita mahupun sesama masyarakat tempatan.Firman Allah yang bermaksud "Janganlah engkau palingkan muka engkau terhadap manusia(kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong,sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membanggakan diri" (Luqman:18).Kita dianjurkan bersifat sederhana dalam perkataan mahupun tindakan bagi mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian.Dengan langkah yang sederhana menuju kepada matlamat yang mulia.Manakala merendahkan suara pula adalah melambangkan ada yang murni,kepercayaan diri dan keyakinan pada perkara yang disuarakan.Berlidah tajam dan bercakap kasar merupakan adab yang buruk dan keji.Akhir sekali hendaklah kita sabar dan tenang dengan apa yang berlaku.Kita serahkan sahaja kepada Allah dalam menilai dan menentukan setiap hikmahnya.

al-Fatihah buat arwah Mohammad b. Ishak.

0 comments: