Sampai bila anda harus berasa selesa?


Pernahkah anda terdengar ungkapan-ungkapan sebegini "Imtihan lambat lagi,Alah,si anu tu gada' (budak bijak),Program belum pun start lagi,Lama-lama kita akan lulus juga" dan macam-macam lagi yang menyebabkan seseorang itu sentiasa leka dan "selesa" dengan situasi tersebut?


Apa perlunya kita membina kejayaan?Untuk apa bersusah payah dan berhempas pulas?Bukankah hidup tidak mensyaratkan kejayaan sebagai tiket kebahagiaan?Mengapa perlu bersusah payah mengejar kecemerlangan sedangkan kecemerlangan itu sendiri menjanjikan cabaran-cabaran tanpa penyudah?

Soalan begini selalu ditanyakan oleh mereka yang percaya hidup perlu dilalui seadanya.Bagi golongan ini,memburu kejayaan hanya menyukarkan hidup.Selama tidak menyusahkan orang,laluilah hidup mengikut kebiasaannya sahaja.Yang penting bahagia!

Pendirian semacam ini memang tiada salahnya.Tiada cacat celanya di mana-mana.Namun,kalau kita melihat kehidupan itu sendiri sebagai satu perlumbaan,sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan di belakang.Berada pada kedudukan "corot" dalam apa-apa pertandingan memang memalukan.

Adakah anda rela berada di tempat paling belakang?

Lalang,tumbuhan yang sering dikatakan tidak berguna kepada manusia,sentiasa bersaing untuk tumbuh lebih tinggi,lebih subur dan lebih menonjol.Haiwan liar dihutan sentiasa berjuang untuk hidup,ayam peliharaan juga sanggup berkelahi untuk mendapat lebih makanan.Malah siang dan malam saling kejar mengejar, sebagai beberapa contoh kehidupan itu adalah persaingan dan pertandingan.Mengapa tidak kita, manusia yang dikurniakan akal,berkebolehan dan keinginan-keinginan tertentu?

Hidup ini tidak bererti apa-apa bagi orang yang tidak mahu.Orang yang tidak mahu memang cukup selesa dengan kehidupan yang sedia dilaluinya.Maka itu,tidak hairan kalau kita melihat kebun yang semak samun itu pemiliknya orang melayu,manakala kebun yang bersih dimiliki oleh bangsa asing.Mengapa kita menjadi begitu pasif dengan hidup dan merasakan hidup bukan persaingan,bukan perjuangan dan bukan pertandingan"kalah mati"?

Hidup perlu diisi dengan matlamat.Matlamat perlu dikejar.Mengejar matlamat perlulah berlari.Berlari pula perlu kesungguhan supaya benar-benar sampai kepada matlamat.Mencapai matlamat itu adalah kejayaan.Kejayaan lambang keunggulan,mungkin diri sendiri,bangsa yang diwakilinya malah negara dimana dia berada.Bangsa yang belum pernah menempah kejayaan akan sentiasa dipandang rendah dan bakal menjadi permainan bangsa-bangsa yang lebih menonjol.

Adakah anda rela melihat keadaan ini berlaku?

Ramai orang terperangkap dalam zon selesa.Zon ini membuatkan orang yang berasa selesa berada dalam "tempurung" yang diserkup keatas kepala mereka.Bangsa yang dipeluk zon selesa lebih rela berkata,"Tak apa," daripada,"Kita perlu bersaing,"

Zon selesa membuatkan ramai orang tidak sedar pinggir sungai di mana dia berada sedang terhakis.Jika dia teruslalai dia akan jatuh apabila tanah tempat dia berpijak itu dimakan hakisan.Tetapi dengan selesa mungkin dia berkata,"Tak apa,kalau tempat aku berpijak ini terhakis aku boleh naik lagi ke atas," walhal semakin terhakis bermakna dia semakin hilang tempat berpijak.Orang yang tidak terperangkap dalam zon selesa nampak betapa dia patut bertindak membina benteng agar tebing tidak terus terhakis.Menyelamatkan tebing lebih utama daripada berlari menjauhi tebing.

"Tak apalah orang berjaya asalkan aku tak mengganggu orang lain.Tak apalah orang sampai dulu ke garisan penamat asalkan sampai juga.Tak apalah orang boleh dapat jayyid atau imtiaz asalkan aku lulus juga.Boleh balik Malaysia juga nanti.

Prinsip-prinsip begini pasti menebalkan lagi zon selesa.Niat asalnya baik iaitu tidak mahu mengganggu orang lain,tetapi dalam jarak waktu,sikap tidak merasakan diri bebas daripada tanggungjawab mengejar kejayaan amat merugikan kesemuanya.Sebagai insan biasa,dia rugi kerana tidak merebut apa yang sepatutnya dia rebut.Sebagai insan beragama,dia rugi sebab menidakkan perintah berusaha dengan gigih.

Terperangkap dalam zon selesa

Apakah yang menyebabkan seseorang itu boleh bersikap tak apa,lalu terperangkap dalam zon selesa? Memetik kata-kata seorang motivator antaranya ialah:

Merasakan tidak perlu bersaing kerana sudah selesa dengan kedudukan sedia ada.Penyakit ini selalu menimpa kepada masyarakat luar bandar akibat pesimistik terhadap hidup.Selagi ada duit sedikit untuk membeli keperluan-keperluan hidup seperti beras,garam,bawang itu dikira selamat dan tidak perlu meningkatkan usaha untuk merubah kehidupan.

Merasakan diri tuan di tempat sendiri.Penyakit ini biasanya menimpa penduduk pribumi sesebuah negara.Mereka selesa hidup seadanya kerana merasakan negara itu adalah hak mereka serta pemerintah pasti akan membantu,membela dan mengutamakan mereka dalam segala hal dan keadaan.Berbeza dengan para pendatang,mereka merasakan tanpa berusaha bersungguh-sungguh mereka akan mati kebuluran.kehidupan tidak mungkin dapat dinikmati tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

Salah faham terhadap prinsip hidup yang sebenar.Sikap ini lahir daripada falsafah-falsafah kuno misalnya,"Rezeki secupak takkan jadi segantang,ulat dalam batu pun boleh hidup,inikan pula manusia," dan penggunaan istilah "Insya-Allah",yang diertikan dalam skop yang sempit.

Bagi saya kita tidak boleh berhenti berusaha lantaran kita tidak pernah tahu apakah sekian-sekian banyak rezeki yang telah ditentukan Allah kepada kita.Siapa yang tahu rezeki kita itu banyak mana dan bilakah kita akan mendapatkanny?Oleh itu,tentulah kita tidak boleh sewenang-wenangnya berkata,"Rezeki aku banyak ni,sebab dah ditentukan di Luh Mahfuz,"lantaran kita tak pernah tahu dan berpeluang menyemak banyak manakah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah itu kepada kita di sana.

Oleh sebab itu kita tidak tahu dan tiada siapa pun yang akan tahu,kita tidak boleh berhenti berusaha.Siapa tahu rezeki kita lebih banyak daripada apa yang kita sangkakan dan hal itu telah tercatat di sana,tetapi disebabkan kita kurang berusaha membuatkan kita menyangka setakat itulah yang telah ditentukan buat kita.

Berasa cukup itu bagus kerana ia menolak sikap haloba.Agama mengutuk orang yang haloba dan tidak pernah tahu berasa puas.Namun,agama juga tidak menyuruh penganut-penganutnya berpeluk tubuh,berasa selesa di tengah-tengah perlumbaan sengit.Kita diperintah membina sebanyak-banyak kekayaan bahkan kemelaratan itu disifatkan oleh agama sebagai ciri-ciri yang boleh membawa kepada kekufuran.

Jadi,apakah andaka akan terus selesa untuk berkata,"Tak apa?" dan membiarkan diri anda terus dibelenggu "tempurung" yang bernama Zon Selesa? Sedangkan orang lain terus meragut hak-hak anda,dibumi kelahiran anda?

0 comments: