Ya Ibni ( Wahai anakku)


Ya ibni
Lahirmu kedunia hanyalah satu pinjaman
Yang dimas'ulkan kepada orang tuamu
memenuhi tuntutan kalimah tauhid
Tidaklah aku perlu mencukupkan kamu
sedangkan kamu telahpun dicukupkan
Kelak kamu akan dewasa
mengenali dunia sebelum kealam fana
merentasi gelombang keasyikan dunia
semenjak engkau lahir kedunia
engkau telah berundur daripadanya dan menuju keakhirat
Perkampungan akhirat yang ditujui itu
adalah lebih hampir daripada perkampungan
yang telah engkau tinggalkan

Ya ibni
Akan datang kepada manusia nanti
suatu zaman yang tidak tenang mata orang alim..
dikala manusia berbangga
dengan pertuturan mereka yang indah
maka senangilah hatimu
dengan keindahan diammu
berwasapadalah daripada berdusta
dan berakhlak buruk
sesungguhnya orang berbohong akan hilang air mukanya
dan siapa yang buruk amalannya
maka banyak berdukacita
kasihilah temanmu dan teman bapamu
jangan pula kamu ghairah
untuk mengasihi orang jahil
kerana dia akan menganggap
kamu redha dengan amalannya
janganlah memandang remeh
kemarahan orang yang bijaksana
kerana kemarahan itu
menyebabkan ia berberat hati terhadapmu

Ya ibni
Setiap amalan tidak dapat dilakukan
melainkan dengan keyakinan
sesiapa yang lemah keyakinannya
maka lemahlah amalannya.
Apabila syaitan cuba datangkan keraguan
maka kalahkanlah ia dengan keyakinan dan nasihat
Apabila syaitan cuba datangkan rasa jemu dan malas
maka kalahkan ia dengan mengingati kubur dan kiamat
Apabila syaitan cuba datangkan sifat tamak dan gementar
maka beritahunya bahawa
dunia akan dipisahkan dan ditinggalkan
Sesungguhnya dunia ini ibarat lautan yang dalam
ramai manusia yang tenggelam di dalamnya.
Jadikanlah taqwa sebagai kapalmu,
iman sebagai penumpang
tawakkal sebagai layar,
semoga akan memperolehi kejayaan




0 comments: