Falsafah Yunani (siri I)



Umumnya kita mengetahui Yunani (Greece) melahirkan ramai ilmuan dan tokoh-tokoh Falsafah yang terkenal.Dari segi geografinya,yang dikatakatan bangsa atau alam Yunani itu bukan sahaja bertempat dinegara Greece seperti sekarang,malah ia termasuk Pulau Sicily dan selatan Italy,daerah persisiran Asia Minor dan persisiran utara Afrika.Jadi disini ada Yunani barat di Greece dan Italy serta Yunani Asia.

Keluasan wilayah Yunani itu bukanlah kerana kekuatan empayar politiknya,tetapi lebih merupakan keluasan penyebaran budaya dan bangsa.Perluasan wilayah budaya ini pada mulanya berlaku kerana faktor luar iaitu serangan kaum Doria ke atas Yunani (1100-1000SM) yang membawa kepada perpindahan orang-orang Yunani ke tanah asing.Keduanya kerana faktor dalaman sendiri iaitu kerana tekanan ekonomi di mana tanah pergunungannya yang tidak sesuai untuk kegiatan pertanian,disamping kedudukan geografinya yang menjadikan mereka sebagai pelaut yang mahir,telah membawa bangsa Yunani ini merantau ke wilayah asing.Dan di antara wilayah yang paling terkenal ialah Ionia (sekarang Turki).

Orang Yunani Ionia mendiami tempat yang amat strategik dan menguntungkan bagi menerima pengaruh asing.Sebagai orang Yunani timur,orang Ionia mendapat kesempatan untuk menjalinkan hubungan dengan tamadun Mesir ,Babylon dan India.Hasil daripada hubungan tersebut menjadikan orang Yunani Ionia mencapai kemajuan,baik dari segi sosial dan ekonomi mahupun dari segi kebudayaan dan intelektual.

Adapun berkembangnya aliran Ionia pula bermula di kota Miletos (Militiah) yang muncul sebagai pusat pertama tamadun dan falsafah Yunani.Bermula pada abad ke 6 SM,lahirlah tokoh-tokoh falsafah dan sains kosmologi (yang mengkaji tentang asal-usul ,proses dan struktur alam semesta) seperti Thales,Anaximander dan Anaximenes yang muncul di Miletos dan kemudiannya Heraclitus di Efesos.

Thales (640-548SM) mempelajari sains dan matematik melalui pengembaraannya ke Mesir dan babylon.begitu besarnya pengaruh pelayaran laut dan sungai terhadapnya sehingga beliau mengemukakan falsafah kosmogoninya bahawa semua unsur itu air yakni segala sesuatu itu atau alam itu berasal pada yang satu(air).Demikian juga Anaximander (611/610-546/545 SM) murid Thales dimana seperti gurunya dia turut berpendapat bahawa yang asal itu satu ,cuma berbezanya dia tidak bersetuju bahawa ianya air kerana ianya adalah benda yang bersifat terbatas dan sentiasa berubah-ubah.Baginya asal segala sesuatu itu mesti tidak terbatas dan tidak berupa yang daripadanya timbullah alam ini.Adapun tentang Anaximenes,walaupun dia murid Anaximander namun dia lebih mirip kepada Thales tentang asal segala sesuatu yang bersifat kebendaan (Madah).Tetapi kalau Thales memilih air sebaliknya Anaximenes memilih udara,jiwa atau nafas yang berada pada tubuh manusia.

Adapun Herectilus dari suatu segi falsafah kosmologinya ada persamaannya dengan ajaran sebelumnya yang menekankan unsur air atau udara sebagai asal segala sesuatu tetapi Heraclitus lebih menekankan unsur api.Tetapi baginya walaupun api merupakan unsur alam yang terpenting namun ia bukanlah zat asli alam ini melainkan merupakan lambang perubahan dalam alam.

Disamping perkembangan awal di Ionia,pada abad yang sama juga bermulanya Falsafah Yunani di barat iaitu di Aeolia,Italy selatan dan Sicily.Aliran Aeolia ini membariskan tokoh-tokoh seperti Xenophanes,Parmenides,Zeno.Intisari Falsafah Aeolia ialah bahawa yang ada itu satu tidak ada selok-beloknya dan tidak berubah-ubah.

0 comments: