Apa itu Falsafah?


Alangkah baiknya sekiranya saya menceritakan sedikit sebanyak berkaitan konsep Falsafah itu sendiri.Berpandukan pandangan dikalangan ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa Pythagoras yang berasal dari Yunani (sekarang Greece) (500-580 SM) adalah pengasas dan orang yang mula-mula menggunakan lafaz atau istilah Falsafah.Ia membawa maksud "al-bahsu" (pengetahuan,kebijaksanaan,keutamaan).Perkataan falsafah sebenarnya berasal daripada istilah Yunani ,Philo (cinta) dan Sophos (hikmat,kebijaksanaan).Pythagoras telah menggelarkan dirinya sebagai philosophos atau pencinta kebijaksanaan(Lover of Wisdom).

Tetapi ada juga yang mengatakan bahawa Socrates adalah yang mula-mula menggunakan istilah Falsafah.Socrates menganggap dirinya sebagai philosophos untuk membezakan dirinya dengan golongan Sophist(Sophisme/Sufasta'iyyin) yang diasaskan oleh Protagoras.Pokok pemikiran Sophisme ialah bahawa segala sesuatu itu berubah-ubah dan tidak tetap.In
i bermakna bahawa kebenaran yang hakiki tidak tercapai dan tidak akan tercapai.Oleh kerana kebenaran hakiki tidak tercapai maka tiap-tiap pendirian boleh dibenarkan.Sebab itu tidak ada ukuran yang tetap tentang benar dan salah atau baik dan buruk.Nilai-nilai moral yang dianggap baik dan abadi tidak penting lagi kerana apa yang dianggap baik pada hari ini sudah dianggap tidak baik pada hari esok.Mengenai Socrates peranannya yang besar ialah menghadapi kaum Sophist melalui proses dialog untuk mencari kebenaran.Dengan ini Socrates memberi maksud Falsafah itu satu ilmu untuk mencari sebab dan kebenaran kepada punca sesuatu.Melalui istilah Socrates inilah yang menjadi begitu popular lantaran ianya diikuti oleh ramai ahli Falsafah berikutnya sehingga munculnya Falsafah Islam seperti Farabi dan Ibnu Sina yang memberi erti yang sama.

Bagaimanapun pengertian Falsafah secara popular ialah berfikir.Yang dikatakan berfikir secara falsafah seharusnya mengandungi ciri-ciri seperti berikut,
1.Berfikir secara radikal,iaitu secara mendalam hingga keakar umbinya atau asal-usulnya dan hakikatnya.
2.Berfikir secara universal,iaitu menurut pengalaman manusia secara umum.Bukan khusus dan terbatas dengan ilmu tertentu sahaja.
3.Berfikir secara integral,iaitu berpadu secara lengkap pada mana-mana bahagian yang ada.

Dari segi sejarahnya,pada mulanya Falsafah merupakan induk kepada seluruh ilmu pengetahuan.Daripada falsafah lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,perubatan dan sebagainya.Tetapi dengan kemajuan ilmu ini jadilah Falsafah pula sebagai cabang ilmu pula.Namun fungsi asal Falsafah tidak berubah iaitu menangani masalah-masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas.Bidang ilmu yang hanya berasaskan pengalaman empirikal (Tajribah) serta menumpukan perhatian kepada alam nyata (alam syahadah) tentunya tidak mampu menangani persoalaan alam ghaib seperti dalam bidang Falsafah.

Umpamanya timbul persoalan Apakah hakikat hidup? dari mana hendak kemana manusia ini?apa tujuan dijadikan alam dan manusia?.Semua ini tidaklah termasuk dalam bidang perbahasan ilmu.Persoalan-persoalan sebeginilah yang cuba dijawab oleh Falsafah sebagai ilmu yang mencari sebab yang sedalam-dalamnya bagi segala sesuatu.Daripada masalah-masalah ini maka objek Falsafah dapatlah dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu :
1.Ontologi atau teori hakikat/wujud
a)Hakikat Tuhan (teologi)
b)Hakikat alam semseta (kosmologi)
c)Hakikat manusia (antropologi)
2.Epistemologi atau teori ilmu pengetahuan
3.Aksiologi atau teori nilai.

Inilah persoalan-persoalan pokok dalam Falsafah.Dan daripada persoalan-persoalan ini lahirlah cabang-cabang Falsafah seperti berikut :
1.Metafizik
2.Logik
3.Epistemologi
4.Etik
5.Etestik

Akhirnya sesuai dengan kepelbagaian dan perbezaan fikiran manusia terdapat berbagai-bagai aliran Falsafah.Sekadar tinjauan ringkas,antara aliran Falsafah itu ialah:
1.Aspek Ontologi/Metafizik
-Aliran naturalisme
-
Aliran Supernaturalisme
-
Aliran spritualisme
-Aliran dualisme
-
Aliran pluralisme
-
Aliran pantheisme
-
Aliran monisme

2.Aspek Epistemologi
-
Aliran rasionalisme
-
Aliran positivisme
-
Aliran empirisisme
-
Aliran realisme
-
Aliran idealisme

3.Aspek Aksiologi
-
Aliran hedonisme
-
Aliran vitalisme

Dari segi fungsinya sungguhpun bidang Falsafah cuba menyelesaikan masalah-masalah asasi yang tidak terjawab oleh bidang ilmu dan sains yang terbatas namun Falsafah juga mengandungi keterbatasannya sendiri.Persoalan-persoalan Falsafah terlalu luas tanpa ada batasannya tetapi kemampuan akal sentiasa terbatas untuk menyelesaikannya secara pasti dan meyakinkan.





0 comments: