Kenapa saya memilih Falsafah (siri I)


Empat tahun lepas saya tidak pernah terfikir untuk mengambil jurusan akidah & falsafah sebagai takhassus pengajian saya di Al-Azhar.Waktu itu timbul persoalan mengapa jurusan tersebut cukup penting disini.Saya ingat lagi seseorang pernah mengatakan kepada saya "tak usahlah ambil syukbah akidah & falsafah...mengaji falsafah tak ade masa depan.hanya dok balah sama sendiri"

...saban hari saya cuba mencari jawapannya..bertanya..membaca..memandang..meninjau dan merasainya sendiri..Suatu hari saya bertanya kepada diri saya...kenapa ada manusia yang mempertikai pengajian falsafah sedangkan falsafah itu juga merupakan salah satu daripada cabang ilmu.Bukankah Islam menggesa umatnya agar berilmu pengetahuan?Inilah jawapan pertama yang masih saya ingat sampai hari ini.

Mengambil pandangan-pandangan ulama' tidak dinafikan ada diantara mereka yang menentang dari mempelajarinya kerana ianya akan boleh menyebabkan umat Islam sibuk dengan teori-teori dan khayalan-khayalan serta kemungkinan itu dan ini .Pendapat ini dinisbahkan kepada sejumlah ulama’ salafus solihin r.a yang menjadi ikutan umat islam , seperti al-Imam asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh , al-Imam Ibnu Solah rh , al-Imam an-Nawawi rh dan al-Imam as-Suyuthi rh .Ianya seperti dinisbahkan oleh Imam Ghazali kepada golongan yang mempelajari falsafah yang menggunakan akal sebagai asas dan wahyu sebagai penyokongnya.Contohnya yang terpenting ialah dikhabarkan bahawa orang yang mula-mula membawa masuk warisan falsafah Yunani ialah seorang zindiq bernama Yahya bin Khalid al-Barmaki yang meminta Raja Rom agar memberikan kepadanya buku-buku Yunani yang telah disimpannya.Permintaan itu segera dipenuhi kerana baginya"biar mereka (orang Arab) menjadi kelam kabut sedangkan kita terselamat dari kejahatan buku-buku ini".Begitu juga apabila Khalifah al-Makmun membuat perjanjian dengan Raja Nasrani,yang dimintanya ialah warisan Yunani tersebut.Permintaan ini disambut baik oleh seorang paderi mereka lalu berkata"hantarkanlah warisan-warisan Yunani itu kepada al-Makmun kerana ilmu-ilmu itu apabila berada didalam sesebuah negeri ia akan menghancurkan negeri tersebut".Maka tidak hairanlah jika tindakan "mengimport"warisan falsafa Yunani itu ditentang oleh para ulama' Islam sehinggakan Imam Al-Syafii berkata "Tidaklah jahil manusia dan tidaklah pula mereka bertelagah kecuali kerana mereka meninggalkan lisan arab dan beralih kepada lisan Aristotle".

Tetapi disana terdapat ulama' yang mengharuskan mempelajari falsafah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dengan syarat ianya boleh mendatangkan faedah bagi Islam dan umatnya serta tidak merosakkan akidah.Pandangan ini dinisbahkan kepada Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rh , al-Imam Ibnu Hazm rh , al-Imam Ibnu Rusyd rh.Bagi Imam al-Ghazali misalnya,melalui bukunya al-Munqid min al-Dhalal beliau menghukumkannya sebagai harus dipelajari,kerana pada zamannya ilmu falsafah dan logik begitu meluas penyebarannya dan pengaruhnya kepada ahli-ahli falsafah Muslim dan ulama' Kalam daripada kalangan Muktazilah.Maka untuk menghadapi golongan ini perlulah ilmu ini dipelajari agar umat Islam dapat diselamatkan daripada penyelewengan akidah.

segolongan ulama' pada zaman moden ini khususnya ulama'-ulama' Al-Azhar sendiri seperti Imam Syeikh Abdul Halim Mahmud,Imam Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi dan al-Allamah Syeikh Atiah Saqar menghukumkan haram atau harus dalam mempelajari ilmu falsafah itu bergantung kepada siapakah yang mempelajarinya.Sekiranya seseorang itu kuat pegangan agamanya dan mempunyai asas pengetahuan agama islam yang tinggi khususnya berkaitan akidah dan syariah maka tidaklah mengapa mempelajari ilmu-ilmu seperti itu.Bahkan menjadi wajib atau fardhu kifayah bagi seseorang itu demi membela Islam daripada golongan bukan Islam apabila tiada orang lain selain dia sahaja yang menceburi pengajian itu.Inilah pandangan ulama'-ulama' Al-Azhar sehinggakan Ilmu Mantiq dan Falsafah diajar dan dikembangkan di Universiti Al-Azhar dan menjadi satu pelajaran yang wajib dipelajari bahkan wajib pula lulus di dalam peperiksaan.

Oleh itu sama ada Kita menerima ataupun menolak apa jua ilmu yang ada dimukabumi ini mestilah sesuai dengan kaedah yang diajar oleh Islam . Diterima apabila bermanfaat dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Ta’ala , dan menolak apabila ianya merosakkan dan menjauhkan pula kita daripada Allah Ta’ala .






0 comments: