Falsafah Yunani (siri II)



Pada abad ke6 SM lahir ramai tokoh ilmuan yang telah memperkenalkan falsafah sebagai satu bidang yang baru.Falsafah dianggap sebagai bapa kepada segala ilmu pengetahuan untuk mencari kebenaran dan jawapan kepada segala persoalan yang wujud dalam kehidupan manusia.Walaupun pada ketika itu sudah wujud ramai ahli sains,matematik,astronomi,sejarah dan kaji bumi tetapi mereka mengasosiasikan dirinya sebagai ahli falsafah.Ianya sekaligus telah meletakkan asas yang kukuh kearah perkembangan falsafah dan sains selanjutnya pada abad ke5 SM dialam Yunani.

Pertamanya di Asia Minor timbul semula falsafah kosmologi tetapi terpecah kepada dua aliran iaitu 1)Pluralisme dengan tokoh-tokohnya seperti Empedocles dan Anaxagoras.2)Atomisme dengan tokohnya Leucippus dan Democritus.Malah pada masa ini juga terdapat Herodotus yang dianggap sebagai Bapa Sejarah itu.Kemudian mucul satu lagi aliran iaitu Pythagorean atau pengikut Pyhthagoras yang juga berpecah kepada dua aliran.1)Aliran Mistik dan 2)Aliran Matematik.Antara mereka ialah Philolaus,Alamaeon dan Empedocles dari Asia Minor.Adapun di Athens sendiri,keadaan intelektualnya amat berbeza daripada Asia Minor.Kemakmuran di Athens berkat pentadbiran Pericles telah membawa kaum Sophist(Sufastaiyyah) meluru ke Athens untuk 'menjual' ilmu mereka kepada sesiapa sahaja yang ingin membelinya.Tindakan mereka mendapat reaksi yang hebat daripada Socrates yang meletakkan keutamaan seseorang itu pada ilmu pengetahuan dan ianya pula tidak harus diperdagangkan.Pada zaman ini juga terdapat dua tokoh besar sama namanya iaitu Hippocrates yang merupakan ahli perubatan dan Hippocrates juga sebagai ahli Matematik.

Dalam perkembangan kemudiannya,alam Yunani mencapai perkembangan tamadun ilmu yang pesat,merangkumi bidang-bidang falsafah,sains,matematik,perubatan dan lain-lain.Dalam bidang falsafah disamping Socrates terdapat nama-nama besar lain seperti Plato dan Aristotle.Dalam bidang sains Aristotle sendiri merupakan tokoh utamanya disamping Archimedis.Mengenai bidang matematik,selain Pythagoras terdapat tokoh-tokoh seperti Euclid,Aristarchus,Archimedis,Eratosthenes,Apollonius dan Diophantos.Dalam bidang perubatan,selain Hippocrates iala Galen.Dan dalam bidang astronomi,disamping Eratosthenes ialah tokohnya yang teragung iaitu Claudius Ptolemy.begitu ramai tokoh-tokoh Yunani yang cukup dominan sehingga membentuk silogistik-Aristotle sebagai mewakili pemikiran Yunani keseluruhannya.

Begitulah akhirnya berkembangnya falsafah Yunani yang menguasi alam Yunani sehinggakan pada merekafalsafah adalah raja kepada semua ilmu-ilmu tersebut.Sedangkan sains dan matematik hanya merupakan cabang kepada ilmu falsafah.Sejarawan Yunani yang terkenal seperti Herodotus dan Thukydides juga merupakan ahli Falsafah yang handal.Malahan keterampilan mereka sebagai ahli falsafah mengatasi kedudukan mereka sebagai golongan sejarawan.

Begitu juga dengan bidang keagamaan,kesenian dan sukan semuanya dikaitkan dengan falsafah.Masyarakat Yunani meminati dan memberikan penghormatan yang tinggi kepada bidang falsafah kerana dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi samada yang berkaitan moral,hubungan sosial atau pemerintahan kerajaan.Falsafah membantu mereka menjawab pelbagai pertanyaan yang tidak mampu mereka jawab selama ini seperti kenapa manusia dijadikan,untuk apa hidup ini,bagaimana benda itu terhasil dan sebagainya.Falsafah berusaha mencari dan memberikan jawapan.Selain itu falsafah juga menyingkap tabir yang menyelubungi kebenaran setiap perkara yang ada di alam maya ini.Orang Yunani berfalsafah kerana banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya tidak dapat difahami dengan baik.

0 comments: