Semalam sahabat saya bertanya kepada saya berkenaan blog yang saya pilih ini agak unik..kenapa saya memilih philosophisme...fanatik sangat ke dengan falsafah ni....? Ringkasnya saya cuma jelaskan saya ingin berkongsi ilmu dan menambah pengalaman menulis..disamping membantu rakan-rakan dalam beberapa mata pelajaran yang sukar seperti ,Falsafah Islam,Falsafah Yunani,Tayyarat Fikriah,Milal Wan Nihal dan beberapa lagi..

Apapun saya ucapkan terimakasih juga kepada sahabat saya yang mencadangkan agar saya tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja..bahkan dapat menulis dan menterjemah pelbagai kitab seperti hadis dan tafsir...Insyaallah ,kalau ada kemampuan saya akan mencubanya...

Read More...

Kenapa saya memilih Falsafah (siri I)


Empat tahun lepas saya tidak pernah terfikir untuk mengambil jurusan akidah & falsafah sebagai takhassus pengajian saya di Al-Azhar.Waktu itu timbul persoalan mengapa jurusan tersebut cukup penting disini.Saya ingat lagi seseorang pernah mengatakan kepada saya "tak usahlah ambil syukbah akidah & falsafah...mengaji falsafah tak ade masa depan.hanya dok balah sama sendiri"

...saban hari saya cuba mencari jawapannya..bertanya..membaca..memandang..meninjau dan merasainya sendiri..Suatu hari saya bertanya kepada diri saya...kenapa ada manusia yang mempertikai pengajian falsafah sedangkan falsafah itu juga merupakan salah satu daripada cabang ilmu.Bukankah Islam menggesa umatnya agar berilmu pengetahuan?Inilah jawapan pertama yang masih saya ingat sampai hari ini.

Mengambil pandangan-pandangan ulama' tidak dinafikan ada diantara mereka yang menentang dari mempelajarinya kerana ianya akan boleh menyebabkan umat Islam sibuk dengan teori-teori dan khayalan-khayalan serta kemungkinan itu dan ini .Pendapat ini dinisbahkan kepada sejumlah ulama’ salafus solihin r.a yang menjadi ikutan umat islam , seperti al-Imam asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh , al-Imam Ibnu Solah rh , al-Imam an-Nawawi rh dan al-Imam as-Suyuthi rh .Ianya seperti dinisbahkan oleh Imam Ghazali kepada golongan yang mempelajari falsafah yang menggunakan akal sebagai asas dan wahyu sebagai penyokongnya.Contohnya yang terpenting ialah dikhabarkan bahawa orang yang mula-mula membawa masuk warisan falsafah Yunani ialah seorang zindiq bernama Yahya bin Khalid al-Barmaki yang meminta Raja Rom agar memberikan kepadanya buku-buku Yunani yang telah disimpannya.Permintaan itu segera dipenuhi kerana baginya"biar mereka (orang Arab) menjadi kelam kabut sedangkan kita terselamat dari kejahatan buku-buku ini".Begitu juga apabila Khalifah al-Makmun membuat perjanjian dengan Raja Nasrani,yang dimintanya ialah warisan Yunani tersebut.Permintaan ini disambut baik oleh seorang paderi mereka lalu berkata"hantarkanlah warisan-warisan Yunani itu kepada al-Makmun kerana ilmu-ilmu itu apabila berada didalam sesebuah negeri ia akan menghancurkan negeri tersebut".Maka tidak hairanlah jika tindakan "mengimport"warisan falsafa Yunani itu ditentang oleh para ulama' Islam sehinggakan Imam Al-Syafii berkata "Tidaklah jahil manusia dan tidaklah pula mereka bertelagah kecuali kerana mereka meninggalkan lisan arab dan beralih kepada lisan Aristotle".

Tetapi disana terdapat ulama' yang mengharuskan mempelajari falsafah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dengan syarat ianya boleh mendatangkan faedah bagi Islam dan umatnya serta tidak merosakkan akidah.Pandangan ini dinisbahkan kepada Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rh , al-Imam Ibnu Hazm rh , al-Imam Ibnu Rusyd rh.Bagi Imam al-Ghazali misalnya,melalui bukunya al-Munqid min al-Dhalal beliau menghukumkannya sebagai harus dipelajari,kerana pada zamannya ilmu falsafah dan logik begitu meluas penyebarannya dan pengaruhnya kepada ahli-ahli falsafah Muslim dan ulama' Kalam daripada kalangan Muktazilah.Maka untuk menghadapi golongan ini perlulah ilmu ini dipelajari agar umat Islam dapat diselamatkan daripada penyelewengan akidah.

segolongan ulama' pada zaman moden ini khususnya ulama'-ulama' Al-Azhar sendiri seperti Imam Syeikh Abdul Halim Mahmud,Imam Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi dan al-Allamah Syeikh Atiah Saqar menghukumkan haram atau harus dalam mempelajari ilmu falsafah itu bergantung kepada siapakah yang mempelajarinya.Sekiranya seseorang itu kuat pegangan agamanya dan mempunyai asas pengetahuan agama islam yang tinggi khususnya berkaitan akidah dan syariah maka tidaklah mengapa mempelajari ilmu-ilmu seperti itu.Bahkan menjadi wajib atau fardhu kifayah bagi seseorang itu demi membela Islam daripada golongan bukan Islam apabila tiada orang lain selain dia sahaja yang menceburi pengajian itu.Inilah pandangan ulama'-ulama' Al-Azhar sehinggakan Ilmu Mantiq dan Falsafah diajar dan dikembangkan di Universiti Al-Azhar dan menjadi satu pelajaran yang wajib dipelajari bahkan wajib pula lulus di dalam peperiksaan.

Oleh itu sama ada Kita menerima ataupun menolak apa jua ilmu yang ada dimukabumi ini mestilah sesuai dengan kaedah yang diajar oleh Islam . Diterima apabila bermanfaat dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Ta’ala , dan menolak apabila ianya merosakkan dan menjauhkan pula kita daripada Allah Ta’ala .






Read More...

Chelsea Chelsea !! Chelsea Chelsea!!


Masuk kali kedua team pilihanku Chelsea gigit jari..kali ini ditangan Arsenal menyebabkan gelaran juara Liga Premier Inggris 2006/2007 terlepas ketangan Manchester United.Apapun aku masih berbangga sebagai fans Chelsea..walaupun kalah tapi tetap menunjukkan semangat melawan tanpa bintang-bintang utama seperti Drogba,Sheva,Ballack,A.Cole dan Caravalho...Tapi aku rasa kekecewaan Chelsea untuk kali ketiga tidak akan berlaku apabila bertemu Manchester United sekali lagi dalam Final F.A Cup minggu depan.

Read More...

Falsafah Yunani (siri III)

Kerancakkan perkembangan tamadun Yunani menimbulkan pertanyaan demi pertanyaan yang dilontarkan sejak zaman berzaman.Namun ianya tidak mampu dijawab oleh mereka.Lantaran itu,lahirlah suatu golongan ilmuwan yang menggunakan kaedah falsafah untuk memecahkan segala kebuntuan yang mereka hadapi.Namun pembicaraan dan pemikiran falsafah tidak menyelesaikan sepenuhnya masalah orang Yunani.Sebaliknya menimbulkan lebih banyak masalah dan persoalan yang menuntut mereka terus berfalsafah.

Falsafah menjadi begitu berpengaruh dalam kehidupan masyarakat Yunani sehingga dianggap sebagai satu agama dan ajaran yang bersifat metafizik.Berbagai-bagai mazhab mula timbul dan berkembang.Akibatnya berlaku pertelagahan dan percanggahan pemikiran dikalangan ahli falsafah Yunani.Perbezaan pendapat itu terus berlaku sehinggakan kebudayaan Yunani hilang kepentingannya.

Namun begitu pemikiran Yunani terus dapat kita ikuti hasil sumbangan para sarjana Islam yang telah mengambil inisiatif menterjemahkan karya-karya pemikir agung Yunani kedalam bahasa arab ,Parsi dan sebagainya.Tanpa mereka,mungkin pemikiran falsafah Yunani akan hilang bersama-sama dengan keruntuhan peradaban bangsa tersebut.



Read More...

Falsafah Yunani (siri II)



Pada abad ke6 SM lahir ramai tokoh ilmuan yang telah memperkenalkan falsafah sebagai satu bidang yang baru.Falsafah dianggap sebagai bapa kepada segala ilmu pengetahuan untuk mencari kebenaran dan jawapan kepada segala persoalan yang wujud dalam kehidupan manusia.Walaupun pada ketika itu sudah wujud ramai ahli sains,matematik,astronomi,sejarah dan kaji bumi tetapi mereka mengasosiasikan dirinya sebagai ahli falsafah.Ianya sekaligus telah meletakkan asas yang kukuh kearah perkembangan falsafah dan sains selanjutnya pada abad ke5 SM dialam Yunani.

Pertamanya di Asia Minor timbul semula falsafah kosmologi tetapi terpecah kepada dua aliran iaitu 1)Pluralisme dengan tokoh-tokohnya seperti Empedocles dan Anaxagoras.2)Atomisme dengan tokohnya Leucippus dan Democritus.Malah pada masa ini juga terdapat Herodotus yang dianggap sebagai Bapa Sejarah itu.Kemudian mucul satu lagi aliran iaitu Pythagorean atau pengikut Pyhthagoras yang juga berpecah kepada dua aliran.1)Aliran Mistik dan 2)Aliran Matematik.Antara mereka ialah Philolaus,Alamaeon dan Empedocles dari Asia Minor.Adapun di Athens sendiri,keadaan intelektualnya amat berbeza daripada Asia Minor.Kemakmuran di Athens berkat pentadbiran Pericles telah membawa kaum Sophist(Sufastaiyyah) meluru ke Athens untuk 'menjual' ilmu mereka kepada sesiapa sahaja yang ingin membelinya.Tindakan mereka mendapat reaksi yang hebat daripada Socrates yang meletakkan keutamaan seseorang itu pada ilmu pengetahuan dan ianya pula tidak harus diperdagangkan.Pada zaman ini juga terdapat dua tokoh besar sama namanya iaitu Hippocrates yang merupakan ahli perubatan dan Hippocrates juga sebagai ahli Matematik.

Dalam perkembangan kemudiannya,alam Yunani mencapai perkembangan tamadun ilmu yang pesat,merangkumi bidang-bidang falsafah,sains,matematik,perubatan dan lain-lain.Dalam bidang falsafah disamping Socrates terdapat nama-nama besar lain seperti Plato dan Aristotle.Dalam bidang sains Aristotle sendiri merupakan tokoh utamanya disamping Archimedis.Mengenai bidang matematik,selain Pythagoras terdapat tokoh-tokoh seperti Euclid,Aristarchus,Archimedis,Eratosthenes,Apollonius dan Diophantos.Dalam bidang perubatan,selain Hippocrates iala Galen.Dan dalam bidang astronomi,disamping Eratosthenes ialah tokohnya yang teragung iaitu Claudius Ptolemy.begitu ramai tokoh-tokoh Yunani yang cukup dominan sehingga membentuk silogistik-Aristotle sebagai mewakili pemikiran Yunani keseluruhannya.

Begitulah akhirnya berkembangnya falsafah Yunani yang menguasi alam Yunani sehinggakan pada merekafalsafah adalah raja kepada semua ilmu-ilmu tersebut.Sedangkan sains dan matematik hanya merupakan cabang kepada ilmu falsafah.Sejarawan Yunani yang terkenal seperti Herodotus dan Thukydides juga merupakan ahli Falsafah yang handal.Malahan keterampilan mereka sebagai ahli falsafah mengatasi kedudukan mereka sebagai golongan sejarawan.

Begitu juga dengan bidang keagamaan,kesenian dan sukan semuanya dikaitkan dengan falsafah.Masyarakat Yunani meminati dan memberikan penghormatan yang tinggi kepada bidang falsafah kerana dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi samada yang berkaitan moral,hubungan sosial atau pemerintahan kerajaan.Falsafah membantu mereka menjawab pelbagai pertanyaan yang tidak mampu mereka jawab selama ini seperti kenapa manusia dijadikan,untuk apa hidup ini,bagaimana benda itu terhasil dan sebagainya.Falsafah berusaha mencari dan memberikan jawapan.Selain itu falsafah juga menyingkap tabir yang menyelubungi kebenaran setiap perkara yang ada di alam maya ini.Orang Yunani berfalsafah kerana banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya tidak dapat difahami dengan baik.

Read More...