Kargo kitab dan Barang ke Malaysia


Berita baik kepada mereka-mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Pos kitab dan Barang JITRA PORT.Penghantaran seterusnya insyaallah akan bermula pada pertengahan bulan November 2007, Insyaallah..Sila hubungi saya ditalian 010 2985893 (Us Daing) untuk keterangan lanjut...terimakasih..

Read More...

Hak Demokrasi & Kesannya pada politik Turki

Detik 22 Julai yang lalu memberi nafas baru kepada ruang demokrasi di Turki dengan kemenangan parti yang berwadahkan islam iaitu Parti Keadilan & Pembangunan Turki atau Adeletve Kolkima Partisi (AKP).AKP berjaya memperolehi 341 kerusi daripada 550 kerusi parlimen yang dipertandingkan.Kejayaan ini bererti AKP berjaya mengatasi pencabar-pencabarnya.Secara keseluruhan AKP telah meraih sebanyak 46.6% undi popular daripada 35,017,315 undi yang dikira secara keseluruhan. Jumlah itu sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah yang diperolehi oleh dua pencabar terdekatnya iaitu CHP (20.85%) dan MHP (14.29%).Persoalannya benarkah amalan demokrasi masih memberi keuntungan kepada politik Turki dalam masa yang sama umat Islam terus dinafikan hak-hak mereka?

Suasana yang berlaku pada hari ini,ramai dikalangan umat Islam yang mengatakan demokrasi ini tidak islamik.Kedapatan perkara-perkara yang menjadi perselisihan ulamak tentang pandangan Islam mengenainya.Justeru itu adalah wajar bagi kita untuk meneliti dan mengkaji sejauh manakah kebenaran antara Islam dan demokrasi.Tulisan ini cuba mendedahkan secara ringkas kepada kita apakah ciri-ciri dan amalan yang terdapat didalam demokrasi serta beberapa perkara penting yang harus diperhatikan mudah-mudahan ianya boleh memberi manfaat kepada kita semua selaku umat Islam.

Persamaan antara Islam dan Demokrasi

Sebagaimana yang kita maklum demokrasi merupakan satu pemerintahan yang berasaskan kepada kuasa rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya.Lawan bagi demokrasi ialah diktator.Sheikh Abdul Rahman Al-Kawakibi telah menjelaskan tentang perbezaan antara sistem kuku besi atau diktator dan agama dan ini merupakan asas penting dalam menggerakkan demkokrasi Islam.Allah SWT telah membuat perbandingan diantara sistem pemerintahan diktator seperti Firaun yang zalim dengan sistem pemerintahan yang adil dan memenuhi hak manusia dan menyeru kepada keadilan dan saksama.

Menurut beliau lagi sesungguhnya hukum manusia perlu diperjelaskan kebaikannya,jika ianya baik berlandaskan Islam maka ianya semestinya dipilih menjadi sistem pemerintahan kerana ia dianggap sesuai dan selaras antara segala urusan manusia dengan apa yang diperintahkan oleh penciptanya..

Diantara ciri-ciri utama yang menjadi tonggak terdirinya demokrasi ialah hak-hak dan kebebasan umum.Didalam hal ini ianya merupakan rangkaian daripada dasar-dasar ketinggian undang-undang yang meletakkan kepada dua aspek utama:a)Persamaan-Persamaan meliputi bidang-bidang berikut -bidang undang-undang -bidang kehakiman -bidang tugas-tugas -bidang cukai.b)Kebebasan-Kebebasan yang disandarkan kepada hak-hak yang menjadi tuntutan kepada manusia.Ianya meliputi kepada:i)Kebebasan peribadi;Ianya merupakan hak-hak material seperti hak hidup,tidak harus memperhambakan manusia,kehormatan tempat tinggal dan sebagainya.ii)Hak-hak manusia-Ianya merupakan hak ummah sejagat seperti hak pemikiran,ilmu,kebebasan beraqidah,mengemukakan pandangan,kebebasan mengadu,kebebasan pendidikan dan sebagainya.ii)Kebebasan politik-Ianya merupakan suatu jalan bagi membuat perubahan dari aspek pentadbiran seperti hak mengundi,hak mencalonkan individu tertentu,hak menggubal undang-undang,hak mengawal pemerintah,hak melucutkan presiden,hak menubuhkan parti dan sebagainya.

Doktor Yusof Qardawi didalam kitabnya'Feqh Daulah' menyebut bahawa perkara yang menjadi titik persamaan antara Islam dan Demokrasi:
Pertama:Tidak harus memilih pimpinan yang dibenci oleh pengikut dengan berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud "Tiga jenis manusia yang tidak diangkat pahala sembahyang mereka diatas kepala mereka walaupun sejengkal,diantaranya,seseorang yang menjadi imam(ketua) kepada sesuatu kaum,sedang kaum itu benci kepadanya"(riwayat Ibnu majah dan Ibnu Hibban)
Kedua:Al-Quran dan as-Sunnah mencela orang-orang yang bersekongkol dengan penguasa yang zalim.
Ketiga:Al-Quran menentang pemerintahan diktaktor yang meletakkan diri mereka mempunyai kuasa mutlak seperti mengaku berkuasa seperti tuhan.Contohnya Namrud dan Firaun.
Keempat:Islam menetapkan konsep syura sebagai salah satu kaedah daripada kaedah kehidupan Islam dan mewajibkan pemimpin itu melakukan mesyuarat.Islam juga menganjurkan umatnya saling memberi nasihat seterusnya Islam juga menjadikan konsep amar makruf nahi mungkar sebagai kewajiban yang sudah pasti.
Kelima:Pilihanraya termasuk jenis kesaksian(Syahadah).

Manakalah Syeikh Atiyyah Saqar dalam kitab 'Dirasat Islamiyah Li Ahammi Qadaya Mu'asara' menyebut kan demokrasi mempunyai dua dasar asas yang diiktiraf Islam iaitu pertamanya pemerintahan rakyat dan kedua pemerintahan kebebasan.Walaupun demikian Islam berbeza dengan demokrasi disebabkan beberapa perkara:
Pertama:Islam tidak menjadikan rakyat berkuasa pada perkara teras dan tetap.Inilah asas umum dan kukuh dalam Islam.
Kedua:Pemerintahan di dalam Islam tidak akan meminta pandangan di dalam perkara-perkara yang dihasilkan oleh Al-Quran dan as-Sunnah.Kemudian beliau menyebut dihujung perbahasaannya"Demokrasi didalam Islam bukan laungan yang dislogankan tetapi hakikatnya untuk perlaksanaan dan pengalaman yang berdiri di atas iman dengan kemuliaan Islam,penghargaan kebebasan dan pengeratan ikatan-ikatan kemasyarakatan.Dasar keimanan adalah sebaik-baik peraturan untuk sampai kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Disini jelaslah bahawa para ulamak telah membincangkan perlaksanaan demokrasi ini bukan bertujuan untuk membanding-bandingkan ianya dengan agama,yang mana agama adalah sistem yang mencakupi segala aspek kehidupan samada rohani mahupun jasmani.Sementara demokrasi hanyalah tertumpu kepada ilmu siasah dan kemasyarakatan.Agama datang dari pencipta yang maha sempurna dan demokratis datang daripada manusia yang serba kekurangan.

Penglibatan gerakan Islam dalam demokrasi

Sejak kejatuhan khilafah Islamiah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924 tidak wujud lagi kerajaan Islam yang benar-benar berpandukan Al-Quran dan as-Sunnah.kesannya undang-undang barat dan penjajah yang memisahkan Islam dan pemerintahan telah diamalkan dinegara-negara Islam.Menyedari hakikat inilah maka ulamak telah merasakan bahawa perlunya kepada pemulihan institusi khilafah Islamiah yang runtuh itu.Oleh kerana suasana tempat yang berlainan dan mempunyai perbezaan dari sudut reaksi untuk mendaulatkan Islam maka berlakulah kaedah yang berbeza untuk digunakan bagi menggulingkan kerajaan yang tidak Islam.Maka lahirlah disana kaedah ber"pilihanraya" yang diguna pakai hampir seluruh umat Islam.Kaedah ini telah dan sedang dipraktikkan oleh gerakan Islam untuk mengembalikan khilafah Islamiah dan agak meluas kewujudannya di negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain.Antaranya gerakan Ikhwan Muslimin yang terdapat di Mesir,Jordan,Algeria dan Syria,Parti Refah di Turki,Jamaat Islamiah di Pakistan,India dan Bangladesh,Hizbullah di Sudan dan Parti Islam Semalaysia(PAS) di Malaysia,dan banyak lagi. Mereka ini melibatkan diri kedalam pilihanraya kerana terdapat dasar-dasar dan hak-hak demokrasi yang memberi ruang dan peluang kepada Islam untuk mencapai cita-cita dan tujuannya.Terlibat di dalam pilihanraya juga merupakan perkara yang berhubung kait dengan perkara ijtihad.Islam tidak menentukan secara sabit pengharusan dan pengharamannya.

Ada beberapa alasan yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan kesesuaian keterlibatan di dalam pilihanraya.
Pertama:Tujuan-tujuan pokok bagi gerakan Islam i)Mencorak keperibadian Islam.ii)Menegakkan negara Islam disetiap negara.iii)Menyatukan umat Islam.iV)Menghidupkan khalifah Islamiah.V)Menegakkan negara Islam sedunia.
Kedua:Allah telah memfardukan kepada orang-orang mukmin mendirikan hukum-hukum Islam.
Ketiga:Kaedah Feqh 'Perkara yang asalnya tidak wajib,tetapi tidak sempurna perkara yang wajib kecuali dengannya maka ia juga wajib.Didalam kitab 'Jundullah thaqafah dan akhlak'Sa'id Hawwa menyebutkan"Jihad tidak akan sempurna dengan tidak ada kerajaan Islam yang beriman dengan Islam di setiap negara.Tidak sempurna kewajiban melainkan dengannya,maka ia adalah satu kewajiban.Apabila itu semua tidak sempurna tanpa persiapan,wajib ke atas kita untuk menyediakan persiapan.Apabila ia tidak sempurna tanpa jihad maka wajib keatas kita berjihad.Perkara ini tiada 'ihtimal'lagi,dan wajib keatas setiap muslim di setiap negara menegakkan kerajaan Islam,sebagai suatu maslahah yang lebih utama dari maslahah-maslahah lain.Masalah ini bukan fardhu kifayah dizaman sekarang bahkan ia fardhu ain sehingga tertegaknya negara Islam.Tanpa Islam umatnya pasti akan hancur.
Keempat:Kaedah Feqh'Asal(hukum)pada sesuatu perkara itu adalah harus'.Para ulamak berpendapat sesuatu yang tiada nas kitab dan Sunnah yang mengharamkan penglibatannya di dalam demokrasi selama mana kewajiban dapat dilaksanakan seperti menyuruh kebaikan,mencegah kemungkaran dan menegakkan pendirian Islam.Oleh itu asal sesuatu itu diatas asas hukum harus.
kelima:'Maqasid Syara' yang dituntut apabila tertentu padanya satu cara untuk mencapainya,caa ini akan berhukum seperti hukum maqasid itu.
Keenam:Doktor Yusof Qardawi menyebutmkan didalam kitabnya'Fatawa Mu'asarah dan Feqh Daulah' bahawa "Tidak ada sesuatu halangan syara' dari menceduk sesuatu teori atau penyelesaiaan ilmiah daripada bukan Islam.Nabi telah mengambil teori menggali parit(khandak) di dalam peperangan al-Azhab sedangkan menggali parit daripada uslub tentera Parsi.Rasulullah saw mengambil faedah daripada tawanan Badar yang pandai membaca dan menulis supaya mengajar anak-anak muslimin menulis walaupun mereka syirik.
Ketujuh:Islam memerintah supaya menyampaikan dakwah Islam,mengemukakan undang-undang Islam,mencegah kemungkaran dan bangkit memperbetulkan penyelewengan dan kezaliman.
Kelapan:Rasulullah dan para sahabat mengambil faedah daripada sistem jahiliah untuk kepentingan dakwah Islam.Masyarakat jahiliah mengamalkan sistem 'Himayah Wa Jiwar'(pemeliharaan dan berjiran).Apabila orang lemah berada dibawah perlindungan seseorang atau kabilah yang kuat dan samseng,dia akan selamat daripada pencerobohan dan terus hidup.Contohnya i)Perlindungan Abi Talib terhadap Rasulullah saw untuk menyampaikan Islam.ii)Perlindungan Muthim bin Adi terhadap kepulangan Rasulullah saw daripada Thaif untuk masuk ke Madinah.iii)Perlindungan yang diberi oleh Ibnu al-Daghnah kepada Saidina Abu Bakr RA.

z
Realiti Islam dalam era pendekmorasian

Realiti yang ada masih belum menggambarkan bahawa gerakan Islam mampu untuk mewujudkan apa yang diperjuangkan bagi meletakkan ad-Deen sebagai asas pijakan utama di dalam pentadbiran negara melalui pendekmorasian.Bahkan negara-negara yang dipimpin oleh umat Islam yang meletakkan agama sebagai agama rasmi juga hanyut ditenggelami undang-undang ciptaan manusia sehingga bertapak kukuh,merampas dan mencabul hak-hak perundangan Allah.Gerakan-gerakan Islam sentiasa menghadapi pelbagai suasana kesulitan juga tragdei yang sambung menyambung sehingga kita boleh menyaksikan kemunafikan demokrasi yang ada.Bahkan gerakkan Islam dianggap sebagai golongan 'fundamentalis Islam' atau 'militan Islam'.

Senario yang berlaku kearah kebangkitan umat Islam di Turki khasnya dan dunia amnya dalam penglibatan mereka dalam pilihanraya dapat kita perhatikan melalui:
i)Kemenangan Parti Refah di Turki sehingga berjaya membentuk kerajaan.Walaupun telah berkuasa di Turki,parti politik ini tidak dapat menjalankan program Islamnya kerana mendapat penentangan daripada pihak tentera.Tentera mempunyai peranan yang tersendiri dalam perlembagaan Turki.Pihak tentera masih lagi dengan ideologi lamanya iaitu prinsip Kemalisme dan sekularisme.Prinsip ini menyatakan bahawa Turki adalah sebuah negara sekular yang moden dan bersatu padu.Peranan tentera ialah untuk mengekalkan perpaduan rakyat dan keutuhan negara serta pelindung kepada ideologi negara.Semenjak berkuasa parti Refah telah menghadapi laluan sukar untuk menerapkan Islam dalam pemerintahannya.Pihak tentera yang bimbang dengan kebangkitan Islam sentiasa meneliti perkembangan parti tersebut dan sentiasa menimbulkan tekanan dan suasana tegang dalam negara yang akhirnya membawa kepada pengharaman Parti Refah ini.
ii)Penglibatan gerakan Islam dalam proses demokrasi adalah merupakan satu proses berorientasikan 'safety valves' dimana selagi mana gerakan Islam dilihat sebagai berkuasa maka selagi itulah mereka akan dibenarkan turut terlibat dalam proses demokrasi.Mereka tidak akan sama sekali membenarkan gerakan Islam menguasai dunia bahkan sentiasa memperhatikan gerak-geri yang dilakukan oleh gerakan Islam dan membuat pelbagai ancaman bagi memastikan gerakan Islam tidak menguasai politik Islam yang sebenar.Mereka mungkin hanya memberikan ruang bernafas bagi gerakan Islam di acara demokrasi tetapi tidak sekali-kali memberikan kemutlakan demokrasi kepada gerakan Islam.

Walaupun kita telah meninjau betapa pendemokrasian yang ada menampakkan ketidaktelusannya namun ruang dan peluang masih mampu diberikan oleh sesetengah negara.Justeru itu gerakan Islam yang mampu mencapai kemenangan melalui proses demokrasi hendaklah meneruskannya kerana cara yang sebegitu adalah cara yang dianggap cermat dan teliti daripada melalui kaedah peperangan dan revolusi.Namun jika sekiranya demokrasi menghalang bagi mencapai tujuan itu gerakan Islam mestilah mencari cara lain yang difikirkan masih selamat dan serasi dengan keadaan setempat daripada dua cara yang disebutkan tadi.

Al-Quran
Majalah Manar Al-Islam (mei-april 2005)
Islam Wad Demokratiah
Feqh Daulah (Dr Yusuf Al-Qardawi)

#artikel lengkap di Warta PMRAM -oktober 2007-

Read More...

Read More...