Perkembangan falsafah Islam

Perbahasan tentang falsafah Islam biasanya berkisar kepada masalah asas dalam epistemologi iaitu sumber wahyu dan akal.Sejak dari dulu hingga sekarang persoalan-persoalan tentang dua sumber inilah yang terus menerus diperdebatkan sehingga timbul beberapa aliran dan mazhab dalam pemikiran Islam.Namun perkembangan falsafah Islam menjadi semakin matang dan meluas melalui faktor utamanya iaitu penterjemahan karya-karya dari falsafah Yunani kedalam pemikiran Islam

Beberapa ahli sejarah berpendapat bahawa perpindahan dan penterjemahan falsafah Yunani ini bermula pada zaman Khalifah Al-Abbasi Al-Makmun pada tahun 215 Hijrah.Seperkara yang harus kita ketahui falsafah Yunani ini mudah diterima oleh orang-orang Islam sebelum zaman Khalifah Al-Makmun lagi kerana banyak pusat-pusat pengajian atau Madrasah yang muncul ketika era pembukaan wilayah Islam seperti Madrasah Alexandariah.Bolehjadi orang-orang Islam sudah mempelajari dan menerima falsafah Yunani ini diMadrasah tersebut.Kesan daripada penterjemahan ini menjadikan karya-karya ahli falsafah Yunani seperti Aristotle dan Plato semakin terkenal dan diminati.

Walaubagaimanapun perpindahan dan penterjemahan falsafah Yunani ini bukan mudah untuk diterima oleh semua orang Islam.Sehinggakan disana ada beberapa pendapat yang mengharuskan dan menentang penterjemahan ini.
1.Bagi golongan yang menentang seperti Ibnu Solah berpendapat bahawa penterjemahan falsafah Yunani ini akan memberi kesan kepada kesesatan serta penyelewengan akidah.
2.Bagi golongan pertengahan,mereka menerima dan mengambil beberapa kajian serta kritikan bagi apa yang dinilai baik mahupun yang tidak baik.Golongan ini termasuklah Muktazilah dan Al-Asya'irah.Sehingga Imam Ghazali menjustifikasikan kepada tiga bahagian.Bahagian pertama menghukumkannya sebagai kufur.Keduanya menyebut sebagai bid'ah dan Ketiga tidak boleh diingkar.
3.Golongan yang memandang mulia dan taajub.Disinilah lahirnya ahli-ahli Falsafah Islam seperti Al-Kindi,Al-Farabi,Ibnu Sina dan Ibn Rusyd.

Pada umumnya terdapat empat aliran besar dalam sejarah perkembangan falsafah Islam

1:Falsafah taklidiah-Seperti Al-Kindi,Al-Farabi,Ibnu Sina dan Ibn Rusyd.Mereka menghadapi dan mempelajari falsafah Yunani dengan tekun dan mengambil kajian beberapa karya-karya penting khususnya daripada Aristotle dan Plato serta melakukan kritikan terhadap ahli-ahli falsafah Yunani tersebut.Ini bermakna mereka tidak menjadikan falsafah Yunani sebagai sumber rujukan asal tetapi menggunakan Al-quran sebagai sumber utama kemudian berusaha mencari titik pertemuan antara kedua-dua sumber tersebut.Tetapi mereka tidaklah mengambil falsafah Yunani secara taklid buta bahkan memelihara kandungan-kandungan sumber utama mereka iaitu Al-quran.

2,3,4 :Imu Kalam,Ilmu Feqh dan Ilmu Tasawwuf.Hakikatnya golongan ini bersumberkan wahyu sebagai teras dan akal sebagai pembantu.Aliran ini muncul berikutan daripada pergolakan dalaman dikalangan umat Islam sendiri selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW disamping reaksi terhadap pengaruh falsafah Yunani dan tamadun asing terhadap umat Islam.Dengan perkembangan baru seperti ini timbullah berbagai perubahan terutama perubahan pemikiran yang membentuk berbagai-bagai mazhab tertentu.

Kesimpulan : Sumber utama pemikiran dan Falsafah Islam
1.Al-quran dan Hadis.
2.Falsafah Yunani
3.Perkembangan agama dan budaya timur khususnya diwilayah arab.

0 comments: