Kisah Fatimah R.Ha Mengisar Gandum

Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Faimah r.ha dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?"
Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayah menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Terdengar kata-kata itu hati Rasulullah terguris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan:

BismillahirRahmanirRahim
Ketika Rasulullah memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji akan Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar. Lalu baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar."

Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkatakata. "Demi Allah yang menghantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti selagi kau tidak memberi jaminan daripada Allah untuk menempatkan aku di dalam syurga dan menjauhkan aku dari api neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah batu, namun kau takut pada api neraka.

Alat pengisar menjawab:
"Wahai Rasulullah, aku telah terdengar kata-kata ini dari Al Ouran: Wahai orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dan batu-batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras tidak menderhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikal Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau: Beritahu batu itu berita gembira bahawa Allah telah menganugerahhan pada batu itu heselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu syurga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini.

Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda:
"Wahai Faitmah, sekiranya bergitulah kehendak Allah, pengisar itu akan berkerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan darajatmu kerana tanggung jawab yang berat itu."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit dl antara dirinya dengan api nereka jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal benang Allah akan mencatatkan unuknya perbuaan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di harl akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi settap wanita yang memintal akan benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka AIIah akan mencatatkan bagi0nya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya menyikatnya mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak Itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhati."
(Riwayat Abu Hurairah)

Read More...

CERITA SEORANG HAMBA ALLAH

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang ia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi. jeng!jeng jeng!...bunyi ....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu.Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. Sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni.Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. Naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni....habislah jadi mangsa buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, " Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitk madu si hamba Allah tu lupa pada Harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

INGATLAH dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang

Read More...

Sampai bila anda harus berasa selesa?


Pernahkah anda terdengar ungkapan-ungkapan sebegini "Imtihan lambat lagi,Alah,si anu tu gada' (budak bijak),Program belum pun start lagi,Lama-lama kita akan lulus juga" dan macam-macam lagi yang menyebabkan seseorang itu sentiasa leka dan "selesa" dengan situasi tersebut?


Apa perlunya kita membina kejayaan?Untuk apa bersusah payah dan berhempas pulas?Bukankah hidup tidak mensyaratkan kejayaan sebagai tiket kebahagiaan?Mengapa perlu bersusah payah mengejar kecemerlangan sedangkan kecemerlangan itu sendiri menjanjikan cabaran-cabaran tanpa penyudah?

Soalan begini selalu ditanyakan oleh mereka yang percaya hidup perlu dilalui seadanya.Bagi golongan ini,memburu kejayaan hanya menyukarkan hidup.Selama tidak menyusahkan orang,laluilah hidup mengikut kebiasaannya sahaja.Yang penting bahagia!

Pendirian semacam ini memang tiada salahnya.Tiada cacat celanya di mana-mana.Namun,kalau kita melihat kehidupan itu sendiri sebagai satu perlumbaan,sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan di belakang.Berada pada kedudukan "corot" dalam apa-apa pertandingan memang memalukan.

Adakah anda rela berada di tempat paling belakang?

Lalang,tumbuhan yang sering dikatakan tidak berguna kepada manusia,sentiasa bersaing untuk tumbuh lebih tinggi,lebih subur dan lebih menonjol.Haiwan liar dihutan sentiasa berjuang untuk hidup,ayam peliharaan juga sanggup berkelahi untuk mendapat lebih makanan.Malah siang dan malam saling kejar mengejar, sebagai beberapa contoh kehidupan itu adalah persaingan dan pertandingan.Mengapa tidak kita, manusia yang dikurniakan akal,berkebolehan dan keinginan-keinginan tertentu?

Hidup ini tidak bererti apa-apa bagi orang yang tidak mahu.Orang yang tidak mahu memang cukup selesa dengan kehidupan yang sedia dilaluinya.Maka itu,tidak hairan kalau kita melihat kebun yang semak samun itu pemiliknya orang melayu,manakala kebun yang bersih dimiliki oleh bangsa asing.Mengapa kita menjadi begitu pasif dengan hidup dan merasakan hidup bukan persaingan,bukan perjuangan dan bukan pertandingan"kalah mati"?

Hidup perlu diisi dengan matlamat.Matlamat perlu dikejar.Mengejar matlamat perlulah berlari.Berlari pula perlu kesungguhan supaya benar-benar sampai kepada matlamat.Mencapai matlamat itu adalah kejayaan.Kejayaan lambang keunggulan,mungkin diri sendiri,bangsa yang diwakilinya malah negara dimana dia berada.Bangsa yang belum pernah menempah kejayaan akan sentiasa dipandang rendah dan bakal menjadi permainan bangsa-bangsa yang lebih menonjol.

Adakah anda rela melihat keadaan ini berlaku?

Ramai orang terperangkap dalam zon selesa.Zon ini membuatkan orang yang berasa selesa berada dalam "tempurung" yang diserkup keatas kepala mereka.Bangsa yang dipeluk zon selesa lebih rela berkata,"Tak apa," daripada,"Kita perlu bersaing,"

Zon selesa membuatkan ramai orang tidak sedar pinggir sungai di mana dia berada sedang terhakis.Jika dia teruslalai dia akan jatuh apabila tanah tempat dia berpijak itu dimakan hakisan.Tetapi dengan selesa mungkin dia berkata,"Tak apa,kalau tempat aku berpijak ini terhakis aku boleh naik lagi ke atas," walhal semakin terhakis bermakna dia semakin hilang tempat berpijak.Orang yang tidak terperangkap dalam zon selesa nampak betapa dia patut bertindak membina benteng agar tebing tidak terus terhakis.Menyelamatkan tebing lebih utama daripada berlari menjauhi tebing.

"Tak apalah orang berjaya asalkan aku tak mengganggu orang lain.Tak apalah orang sampai dulu ke garisan penamat asalkan sampai juga.Tak apalah orang boleh dapat jayyid atau imtiaz asalkan aku lulus juga.Boleh balik Malaysia juga nanti.

Prinsip-prinsip begini pasti menebalkan lagi zon selesa.Niat asalnya baik iaitu tidak mahu mengganggu orang lain,tetapi dalam jarak waktu,sikap tidak merasakan diri bebas daripada tanggungjawab mengejar kejayaan amat merugikan kesemuanya.Sebagai insan biasa,dia rugi kerana tidak merebut apa yang sepatutnya dia rebut.Sebagai insan beragama,dia rugi sebab menidakkan perintah berusaha dengan gigih.

Terperangkap dalam zon selesa

Apakah yang menyebabkan seseorang itu boleh bersikap tak apa,lalu terperangkap dalam zon selesa? Memetik kata-kata seorang motivator antaranya ialah:

Merasakan tidak perlu bersaing kerana sudah selesa dengan kedudukan sedia ada.Penyakit ini selalu menimpa kepada masyarakat luar bandar akibat pesimistik terhadap hidup.Selagi ada duit sedikit untuk membeli keperluan-keperluan hidup seperti beras,garam,bawang itu dikira selamat dan tidak perlu meningkatkan usaha untuk merubah kehidupan.

Merasakan diri tuan di tempat sendiri.Penyakit ini biasanya menimpa penduduk pribumi sesebuah negara.Mereka selesa hidup seadanya kerana merasakan negara itu adalah hak mereka serta pemerintah pasti akan membantu,membela dan mengutamakan mereka dalam segala hal dan keadaan.Berbeza dengan para pendatang,mereka merasakan tanpa berusaha bersungguh-sungguh mereka akan mati kebuluran.kehidupan tidak mungkin dapat dinikmati tanpa berusaha bersungguh-sungguh.

Salah faham terhadap prinsip hidup yang sebenar.Sikap ini lahir daripada falsafah-falsafah kuno misalnya,"Rezeki secupak takkan jadi segantang,ulat dalam batu pun boleh hidup,inikan pula manusia," dan penggunaan istilah "Insya-Allah",yang diertikan dalam skop yang sempit.

Bagi saya kita tidak boleh berhenti berusaha lantaran kita tidak pernah tahu apakah sekian-sekian banyak rezeki yang telah ditentukan Allah kepada kita.Siapa yang tahu rezeki kita itu banyak mana dan bilakah kita akan mendapatkanny?Oleh itu,tentulah kita tidak boleh sewenang-wenangnya berkata,"Rezeki aku banyak ni,sebab dah ditentukan di Luh Mahfuz,"lantaran kita tak pernah tahu dan berpeluang menyemak banyak manakah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah itu kepada kita di sana.

Oleh sebab itu kita tidak tahu dan tiada siapa pun yang akan tahu,kita tidak boleh berhenti berusaha.Siapa tahu rezeki kita lebih banyak daripada apa yang kita sangkakan dan hal itu telah tercatat di sana,tetapi disebabkan kita kurang berusaha membuatkan kita menyangka setakat itulah yang telah ditentukan buat kita.

Berasa cukup itu bagus kerana ia menolak sikap haloba.Agama mengutuk orang yang haloba dan tidak pernah tahu berasa puas.Namun,agama juga tidak menyuruh penganut-penganutnya berpeluk tubuh,berasa selesa di tengah-tengah perlumbaan sengit.Kita diperintah membina sebanyak-banyak kekayaan bahkan kemelaratan itu disifatkan oleh agama sebagai ciri-ciri yang boleh membawa kepada kekufuran.

Jadi,apakah andaka akan terus selesa untuk berkata,"Tak apa?" dan membiarkan diri anda terus dibelenggu "tempurung" yang bernama Zon Selesa? Sedangkan orang lain terus meragut hak-hak anda,dibumi kelahiran anda?

Read More...

Lepas satu..satu..


Belum reda lagi kes pembunuhan diMansurah, berlaku sedikit kekecohan lagi apabila seorang lagi sahabat kita lemas ketika mandi disungai Nil pada hari semalam 29/6/07.Sekarang masih dirawat di Hospital Universiti Mansurah dan ditahan selama 3 hari di dalam wad.Ntah lepas satu..satu..Apapun kita doakan semoga beliau cepat sembuh.

Read More...

Mansurah 2007


Sudah lebih 2 minggu peristiwa kejadian yang meragut nyawa sahabat kita akibat kecederaan parah selepas ditetak berkali-kali.Seingat saya ini kali kedua pelajar malaysia meninggal dunia diMansurah selepas kematian seorang pelajar dari sabah yang terjatuh dari banggunan tingkat 4 kira-kira empat tahun dulu.

Sehingga hari ini kes kematian atau pembunuhan tersebut masih lagi diperkatakan.Bermula dari berita dikaca tv,akhbar-akhbar perdana diMalaysia sehinggalah laman-laman blog ada sahaja membuat ulasan dan liputan mengenainya.Ada yang menyentuh tentang punca sebenar yang berlaku,ada yang mengolah pandangan itu dan ini.Ada juga yang memberi respon tentang situasi yang berlaku selepas ini bahkan timbul pelbagai reaksi dan persoalan yang tidak terduga oleh saya sendiri.Antaranya ada yang menyatakan hubungan arab tempatan dengan pelajar malaysia sudah tidak akrab lagi sehingga orang arab sudah tidak menunjukkan rasa hormat dengan kita malah ada yang takut bila berjumpa dengan orang Malaysia.Hal ini menunjukkan seolah-olah pelajar-pelajar disini terlalu naif pada pandangan orang luar.Khabar-khabar angin kadang-kala di'sensasi'kan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kebimbangan kita malah keluarga diMalaysia.

Saya tak mahu mengulas panjang tentang kes ini kerana sehingga hari ini kes tersebut masih lagi dibicarakan.Apa yang diketahui hanyalah beberapa andaian-andaian (walaupun suspek sudah mengaku membunuh tetapi motif masih tidak dapat dibuktikan oleh pihak polis).Seperti kata Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa/Wi Mansurah,'..kalau nakkan kepastian pergi sendiri kemahkamah bagi mengikuti perbicaraan kes ini..'

Memang sekali imbas ianya banyak memberi kesan kepada pelajar wafidin khususnya Malaysia.Bahkan mungkin juga pada al-Azhar sendiri.Bayangkan bagaimana sekiranya isu seperti ini dijadikan modal oleh golongan musytasyrikun (Orientalis) bagi menjatuhkan al-Azhar dan Islam itu sendiri.


suram dan tenang

Minggu ini ramai yang telah pulang ke Malaysia,dan beberapa hari kedepan ramai lagi yang akan menyusul.Yang penting sekarang ini suasana diMansurah tetap berjalan seperti biasa.Pelajar-pelajar Malaysia tetap menjalankan kegiatan harian seperti sebelum ini.Kuliah pun dah boleh dibuka untuk beriadah pada waktu petang.Masyarakat tempatan tetap masih lagi memandang orang Malaysia sebagai ahsan nas (sebaik-baik manusia) hanya segelintir sahaja yang tetap nakal seperti sama sahaja sebelum kejadian ini berlaku.Tetapi tidak dinafikan ada sedikit kejutan daripada masyarakat setempat.Hal ini dapat ditangani sekiranya kita bijak bermu'amalah dengan mereka serta tidak cepat melatah bila ada yang memandang sinis dan bertanya itu dan ini.Sebenarnya banyaklah kes-kes yang lebih dasyat berlaku disini.Baca sahaja akhbar harian tempatan seperti al-wafd,al-ahram dan al-hawadis.

Banyak perkara boleh dimuhasabahkan daripada kejadian yang menyayat hati ini.Antara yang sempat saya coretkan disini ialah kita hendaklah berhati-hati dengan setiap khabar angin yang kita terima.Kadang-kadang berita yang diterima jauh menyimpang dari hal yang sebenar.Keduanya hendaklah menjaga tindak-tanduk dan mu'amalah baik sesama kita mahupun sesama masyarakat tempatan.Firman Allah yang bermaksud "Janganlah engkau palingkan muka engkau terhadap manusia(kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong,sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membanggakan diri" (Luqman:18).Kita dianjurkan bersifat sederhana dalam perkataan mahupun tindakan bagi mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian.Dengan langkah yang sederhana menuju kepada matlamat yang mulia.Manakala merendahkan suara pula adalah melambangkan ada yang murni,kepercayaan diri dan keyakinan pada perkara yang disuarakan.Berlidah tajam dan bercakap kasar merupakan adab yang buruk dan keji.Akhir sekali hendaklah kita sabar dan tenang dengan apa yang berlaku.Kita serahkan sahaja kepada Allah dalam menilai dan menentukan setiap hikmahnya.

al-Fatihah buat arwah Mohammad b. Ishak.

Read More...